Nippon Express Mengumumkan Pelaburan dalam Future Supply Chain Solutions Limited, Pembekal Perkhidmatan Logistik Terkemuka India
TOKYO, 30 Sept (Bernama) -- Nippon Express Co., Ltd. (TSE: 9062, “Syarikat” itu), yang bertindak melalui anak syarikat mereka Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd. telah bersetuju untuk membuat satu pelaburan di dalam Future Supply Chain Solutions Limited (“FSC”) (“Pelaburan”). Lembaga Pengarah Syarikat itu, pada mesyuarat mereka yang diadakan pada 20 September, 2019, telah meluluskan pelaksanaan satu Perjanjian Langganan Saham (“SSA”) dan Perjanjian Pemegang Saham (“SHA”) dengan FSC dan satu Perjanjian Pembelian Saham (“SPA”) dengan beberapa pemegang saham FSC. FSC, yang disenaraikan di BSE Limited dan Bursa Saham Kebangsaan bagi India Limited, adalah di antara penyedia perkhidmatan logistik terkemuka India dan merupakan sebahagian daripada Future Group, kumpulan peruncitan terbesar di India. Pelaburan itu adalah tertakluk kepada syarat-syarat penutupan dan kelulusan pengawalseliaan yang lazim.
- Objektif Pelaburan
Kumpulan Nippon Express berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat logistik dengan kehadiran yang signifikan di pasaran global seperti yang dinyatakan dalam “Pelan Perniagaan Kumpulan Nippon Express 2023 - Pertumbuhan Dinamik” yang bermula dari tahun kewangan 2018. Satu bahagian penting bagi strategi teras kumpulan itu adalah untuk memberi tumpuan kepada mengukuhkan perniagaan mereka di India untuk memanfaatkan terhadap pertumbuhan pesat yang dijangkakan di dalam pasaran logistik India. Pasaran logistik India dijangka mempunyai pertumbuhan yang signifikan yang didorong oleh faktor utama seperti 1) pemodenan rangkaian infrastruktur jalan raya, 2) penyusunan semula rangkaian bekalan tradisional disebabkan oleh pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) (*) dan 3) pertumbuhan penggunaan yang didorong oleh satu kumpulan berpendapatan sederhana yang berkembang pesat. Nippon Express mula-mula memasuki pasaran India pada tahun 2007 dan pada masa ini memberi tumpuan kepada penghantaran kargo antarabangsa bagi kargo yang tiba dan berlepas dari India. Sebagai satu langkah seterusnya untuk memperluaskan selanjutnya perniagaan mereka di India, ia telah meningkatkan perniagaan logistik domestik di India untuk mendapatkan permintaan domestik yang semakin meluas. Beribu pejabat di Mumbai, India, Future Group adalah satu daripada konglomerat perniagaan terbesar yang terlibat di dalam perdagangan runcit moden dengan kehadiran di seluruh India. Pertumbuhan pesat Future Group di dalam perniagaan runcit disokong oleh keupayaan logistik FSC. Dalam tempoh masa yang singkat, FSC telah memantapkan diri mereka sebagai satu daripada syarikat terbesar di India, dengan mengambil kira bukan sahaja Future Group sebagai pelanggan tunggak mereka tetapi juga beberapa pelanggan India dan MNC yang berkembang pesat.
Perkongsian itu dengan FSC akan menambahkan kemampuan pelengkap kepada Nippon Express dan membolehkannya untuk menyediakan perkhidmatan logistik hujung-ke-hujung kepada pelanggan mereka yang menghasilkan di dalam pertumbuhan bagi perniagaan logistik India mereka.
(*) GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan): Cukai tidak langsung yang dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan.
Untuk butiran lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/201909191058-O1-4aKWNJ7y.pdf
- Pandangan
Impak bagi Pelaburan ke atas prestasi Syarikat yang disatukan bagi tahun fiskal yang berakhir Mac 2020 akan menjadi kecil.
SUMBER: Nippon Express Co., Ltd.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment