Thursday, October 3, 2019

ROI CEPAT DI DALAM PERLOMBONGAN MATA WANG KRIPTO KEDIAMAN DENGAN BITHARP

WELLINGTON, New Zealand, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BitHarp Group Limited ( www.BitHarp.com ), sebuah pengeluar berpengalaman bagi perkakasan perlombongan kripto, kini merupakan sebuah nama yang menjadi pilihan di kalangan individu yang berminat di dalam perlombongan kripto yang menguntungkan dari keselesaan rumah mereka. Produk syarikat itu yang baharu dilancarkan Lyre Miner dan Harp Miner telah memulakan satu era baharu di dalam perlombongan mata wang kripto, dengan menawarkan perkakasan perlombongan haba dan bunyi rendah yang boleh ditempatkan di dalam ruang terhad di rumah. Pengguna boleh mula mendapatkan keuntungan dengan serta merta memandangkan rig perlombongan pra-konfigurasi hanya perlu dipasang, dengan memilih syiling pilihan, dan memasukkan data kolam.

Faedah yang paling menarik dari Lyre Miner dan Harp Miner adalah keupayaan bagi produk ini untuk menghasilkan kadar pulangan yang pantas bagi semua pengguna. Ini telah dimungkinkan dengan menyampaikan kuasa kadar hash yang tinggi yang tiada tandingan di pasaran. Kadar hash adalah satu ukuran umum bagi kuasa pemprosesan bagi rig perlombongan kripto. Bagi pelombong, satu kadar hash yang lebih tinggi bermakna meningkatnya peluang membuat keuntungan dan menerima ganjaran blok. Selain itu, Lyre Miner dan Harp Miner menyokong keuntungan dengan penggunaan tenaga yang rendah.

Kuasa kadar hash yang disampaikan oleh Lyre Miner dan Harp Miner ada dinyatakan di bawah.

Bitcoin: 335 TH (Lyre Miner) & 2000 TH (Harp Miner)

Litecoin: 55 GH (Lyre Miner) & 300 GH (Harp Miner)

Ethereum: 14 GH (Lyre Miner) & 75 GH (Harp Miner)

Dash: 9 TH (Lyre Miner) & 50 TH (Harp Miner)

“BitHarp adalah satu daripada syarikat paling awal di pasaran ini untuk menghasilkan produk yang sesuai bagi peminat kripto biasa dari rumah mereka tanpa banyak pengetahuan atau pengalaman,” kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan dari BitHarp. “Lyre Miner dan Harp Miner telah direka untuk membuat perlombongan kripto mudah dan mampu dimiliki untuk mereka. Adalah sangat menggembirakan bagi kami untuk melihat ramai orang yang baharu belajar mendapatkan keuntungan dengan menggunakan rig BitHarp dari rumah.”
 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lyre Miner dan Harp Miner, sila layari https://www.bitharp.com/


Maklumat mengenai BitHarp: BitHarp adalah sebuah pengeluar mata wang kripto yang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang fleksibel dan paling berprestasi tinggi yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan bagi pelabur.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12607

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...