Sunday, October 13, 2019

CORE AVIONICS & INDUSTRIAL INC. MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN ARM UNTUK MEMBANGUNKAN PENYELESAIAN PEMPROSESAN GRAFIK YANG KRITIKAL TERHADAP KESELAMATAN


SAN JOSE, Calif., 9 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Arm TechCon: Core Avionics & Industrial Inc. (“CoreAVI”) mengumumkan kerjasama teknologi dengan Arm hari ini untuk bekerja bersama pada penyelesaian untuk pemprosesan grafik yang kritikal terhadap keselamatan untuk sistem automatif generasi seterusnya.

Kerjasama ini akan membantu untuk meringkaskan dan mengurangkan risiko mencapai tahap yang paling menyulitkan bagi pensijilan keselamatan oleh pengeluar sistem automotif. CoreAVI berada dalam kedudukan unik untuk membawakan pelajaran yang dipelajari daripada kes penggunaan keselamatan kokpit digital aeroangkasa kepada pasaran keselamatan automotif. Ini akan mendayakan pengeluar dan pembekal automotif untuk mengerahkan aplikasi kokpit yang kritikal terhadap keselamatan secara cekap seperti gugusan digital, paparan pandang depan, sistem penglihatan diperkuat, cermin digital dan sistem pembantu pemandu lanjutan (ADAS).

“Apabila kenderaan generasi akan datang berkembang, dan kemajuan dibuat dalam menambah baik dan meningkatkan pengalaman pemandu, keselamatan adalah kritikal merentasi sistem ini,” kata Chet Babla, naib presiden automotif, Lini Perniagaan Automotif dan IoT, Arm. “Perkongsian ini dengan CoreAVI membawakan sejarah dan kepakaran kaya mereka dalam menyokong penerapan keselamatan avionik dan kes penggunaan pengiraan GPU ke dalam domain kokpit digital automotif.”

“CoreAVI mempunyai rekod prestasi yang lama dalam membangunkan grafik yang kritikal terhadap keselamatan dan perisian pengiraan yang berhubung dengan produk peneraju dan pelanggan dalam aplikasi disahkan mempunyai kebolehharapan yang tinggi. Kami berkongsi visi Arm bahawa kedua-dua pasaran automotif dan avionik akan menerima manfaat daripada memastikan pensijilan keselamatan merupakan kriteria utama dalam reka bentuk,” kata Damian Fozard, CEO di CoreAVI. “Kami percaya bahawa kerjasama kami dengan Arm akan mendayakan platform bersepadu yang mudah dikerahkan, memiliki reka bentuk keselamatan tahap avionik, dan ideal untuk pelbagai aplikasi yang kritikal terhadap keselamatan yang menjangkaui avionik.”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Core Avionics & Industrial Inc.: Sales@coreavi.com.

Tentang Core Avionics & Industrial Inc.
Core Avionics & Industrial Inc. (“CoreAVI”) merupakan perintis dalam sektor ketenteraan dan aeroangkasa dengan rekod prestasi yang terbukti dalam menyediakan seluruh platform IP perisian dan perkakasan yang mendayakan aplikasi yang kritikal terhadap keselamatan. Peneraju global dalam membina dan membekalkan pemacu grafik, pengiraan dan video yang kritikal terhadap keselamatan, pemproses grafik terbenam “sedia program” dan IP perkakasan COTS boleh disijilkan DO-254/ED-80, sut produk CoreAVI membolehkan reka bentuk dan perlaksanaan bagi penyelesaian terbenam yang kritikal terhadap keselamatan lengkap untuk aplikasi aeroangkasa, automotif, dan industri yang mencapai pensijilan keselamatan tahap tertinggi termasuklah RTCA DO-254/DO-178C, EUROCAE ED-80/ED-12C dan ISO 26262, dengan sokongan jangka masa panjang. www.coreavi.com

Sumber: Core Avionics & Industrial, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...