Dengan memberikan perhatian pada laporan itu, 63 dekan dan Ketua Pegawai Eksekutif mengeluarkan surat terbuka menggesa perubahan dasar yang ketara dalam pendekatan AS Syarikat terhadap imigrasi berkemahiran tinggi
WASHINGTON, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) hari ini mengumumkan Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent. Laporan yang menyeluruh ini meneliti peranan imigrasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi global, keperluan untuk menyokong mobiliti antarabangsa bagi bakat merentasi sempadan, dan peranan penting yang dimainkan sekolah perniagaan sebagai penyaring kepada imigrasi berkemahiran dan pembangunan bakat. Laporan tersebut menganalisis data di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, India dan China, serta meliputi data permohonan kemasukan ke sekolah perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh GMAC hari ini melalui Application Trends Survey Report 2019.
“Sekolah perniagaan berada dalam kedudukan unik untuk menjelaskan cara mobiliti bakat berhubung dengan pertumbuhan dan daya tenaga ekonomi melalui penyelidikan dan kepakaran sekolah kami. Namun, sebagai pembangun bakat, kami juga mempunyai data hampir menyamai masa nyata yang menunjukkan aliran baharu bidang yang dipilih oleh bakat,” kata Bill Boulding, Pengerusi Lembaga GMAC dan Dekan Sekolah Perniagaan Fuqua di Universiti Duke. “Kami berpendapat pentingnya kami berkongsi maklumat ini sekarang dengan pembuat dasar di seluruh dunia memandangkan bakat bakal menjadi faktor terpenting dalam menentukan pihak yang menang dan kalah dari segi ekonomi pada masa hadapan. Isu yang kami kemukakan ini penting bukan hanya untuk menyediakan peluang pendidikan merentasi sempadan tetapi juga untuk menggalakkan aktiviti ekonomi nasional yang kukuh dan teguh. “
Bertujuan untuk menarik perhatian terhadap cabaran tertentu yang dihadapi oleh A.S., 63 Ketua Pegawai Eksekutif dan dekan dari sekolah perniagaan yang merentasi bahagian luas di seluruh negara termasuk sektor swasta dan awam telah menandatangani surat terbuka yang menggesa perubahan besar-besaran dalam pendekatan A.S. terhadap imigrasi berkemahiran tinggi. Surat itu menyatakan kebimbangan kerana A.S. tidak mempunyai bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan atau kapasiti untuk melatih rakyat yang mempunyai bakat tersebut untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global.
Untuk menghalang aliran ini daripada berterusan, penandatangan mencadangkan pembaharuan dasar propertumbuhan termasuk:
- Menghentikan had visa “setiap negara”, memodenkan sistem pemprosesan visa dan membuat pembaharuan terhadap program visa H-1B untuk membolehkan bakat yang diperlukan mempunyai peluang munasabah untuk memasuki Amerika Syarikat.
- Mewujudkan “visa nusa teras” untuk menggalakkan imigrasi ke rantau Amerika Syarikat yang boleh menggunakan sebaiknya daya tenaga individu yang berbakat ini.
“Sekolah perniagaan yang berkualiti terus muncul di seluruh dunia dan persaingan menjadi sengit yang menandakan pasaran yang bertenaga,” kata Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC. “Namun, sekolah perniagaan tidak mempunyai kuasa. Pembuat dasar juga bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mobiliti pelajar. Dengan berbuat demikian, mereka akan membuka peluang inovasi di samping membantu untuk mengekalkan kepelbagaian dalam kelas yang menjadi aspek kritikal dalam pendidikan pengurusan siswazah.”
Penemuan Utama:
Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent memberikan pandangan terhadap aliran semasa bakat ke negara tertentu yang memetik data daripada GMAC Application Trends Report 2019, satu laporan pendek tahunan tentang aliran kemasukan program perniagaan siswazah. Rantau yang diminati pelajar untuk melanjutkan pengajian berkemungkinan besar menjadi pemenang dalam pembangunan ekonomi kerana mampu menarik bakat—yang mempunyai kesan terhadap bakat tempatan rantau itu dengan mewujudkan hab inovasi dan pertumbuhan ekonomi.
Keadaan di Amerika Syarikat
Pada tahun 2019, Amerika Syarikat mengalami penurunan sebanyak 13.7 peratus dalam permohonan antarabangsa ke sekolah perniagaan yang merupakan penurunan lebih teruk berbanding mana-mana negara dalam dunia. Penurunan itu juga terjadi ketika permohonan serupa dicatatkan stabil dan meningkat di bahagian lain dunia. Sebaliknya, program di Kanada dan negara-negara Eropah menyaksikan peningkatan yang kebanyakannya dipacu oleh permintaan antarabangsa yang semakin meningkat. Bagi AS, angka-angka ini merupakan penunjuk yang membimbangkan untuk mobiliti bakat pada masa hadapan terutamanya bagi peneraju perniagaan yang menyatakan bahawa pengambilan dan pengekalan bakat menjadi kebimbangan utama mereka.
Keadaan di Kanada
Kanada menyaksikan kenaikan sebanyak 8.6 peratus dalam permohonan antarabangsa ke sekolah perniagaan tahun 2019 yang menjadi isyarat positif bagi masa hadapan negara itu dan aliran mobiliti akan datang sementara isyarat positif bagi mobiliti masa hadapan negara itu menjadi trend. Ini berikutan peningkatan rapat sebanyak 16.4 peratus pada tahun berikutnya. Kanada juga menerima 286,000 penduduk tetap pada tahun 2017 dan berhasrat untuk mempunyai 1 juta penduduk baharu menjelang tahun 2021, dengan memberikan tumpuan kepada buruh berkemahiran tinggi. Ini meletakkan negara pada kedudukan untuk mendapatkan manfaat ekonomi bagi tahun dan dekad akan datang.
Keadaan di UK
Tiga antara lima firma di UK melaporkan mengalami waktu sukar untuk mencari bakat pada tahun sebelumnya dan sebanyak 50 peratus menjangkakan keadaan kekurangan tenaga mahir Britain akan bertambah buruk pada masa hadapan. Namun, sebanyak 61 peratus program perniagaan UK melaporkan peningkatan dalam permohonan antarabangsa pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya dan bahagian skor laporan Graduate Management Admission Test (GMAT) yang dihantar kepada program di Britain telah meningkat sedikit pada tahun 2016, menurut laporan yang dikeluarkan oleh GMAC pada Mac 2019.
Keadaan di India
Data permohonan ke sekolah perniagaan menunjukkan pergerakan bakat dari India ke bahagian lain di dunia, dengan minat yang semakin meningkat dalam sekolah domestik. Peratusan warga India yang menghantar skor peperiksaan GMAT ke sekolah perniagaan di Amerika Syarikat jatuh dari 57 peratus dalam ujian pada tahun 2014 kepada 45 peratus dalam ujian pada tahun 2018, menurut data GMAC terbaru. Dalam tempoh yang sama, peratusan warga India yang pengambil ujian GMAT dan menghantar skor ujian ke sekolah di India meningkat dari 15 peratus ke 19 peratus.
Keadaan di China
Menurut GMAC, Application Trends Survey Report 2019, sekolah perniagaan di China menyaksikan peningkatan sebanyak 6.8 peratus dalam permohonan domestik pada tahun ini dan jumlah permohonan domestik meningkat tahun ke tahun sebanyak 73 peratus bagi semua program. Walaupun 86 peratus daripada pemohon program-program ini datang dari rantau itu, profil menaik sekolah perniagaan China mungkin mula menarik lebih banyak calon dari seluruh dunia. China kini mempunyai enam program MBA 50 Teratas Global oleh Financial Times, termasuk sekolah keseluruhan di tempat kelima iaitu China-Europe International Business School (CEIBS). Pada tahun 2009, hanya dua sekolah yang tersenarai dalam 100 teratas di China.
Untuk memuat turun kertas putih GMAC, Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent, lawati gmac.com/talentmobility. Untuk Application Trends Survey Report 2019, lawati gmac.com/apptrends2019.
Tentang GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan juga membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat ditemui.
GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri yang direka bentuk untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh lebih 7,000 program di seluruh dunia.
Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com menerima 6 juta pengunjung setiap tahun dan menawarkan alat padanan Carian Sekolah dan perkhidmatan carian GMASS™ yang memadankan calon dan sekolah perniagaan .
GMAC ialah organisasi global yang mempunyai pejabat di Hong Kong Shanghai, China; Gurugram, India; Singapura; London, Britain; dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.
Orang hubungan media:
Lindsey Neary, Edelman
GMAC@Edelman.com atau (202) 243-8574
Geoffrey Basye, Pengarah Perhubungan Media, GMAC
gbasye@gmac.com atau (202) 271-1529
Sumber: Graduate Management Admission Council
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12683
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment