Tuesday, October 29, 2019

VIRGIN GALACTIC MELENGKAPKAN PENGGABUNGAN DENGAN SOCIAL CAPITAL HEDOSOPHIA, MEWUJUDKAN SYARIKAT PERTAMA DI DUNIA DAN SATU-SATUNYA SYARIKAT PENERBANGAN ANGKASA LEPAS MANUSIA KOMERSIL YANG DIDAGANGKAN SECARA AWAM


Table

(Foto: Business Wire)


NEW YORK, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Virgin Galactic (“VG”), sebuah syarikat aeroangkasa bersepadu menegak, dan Social Capital Hedosophia (“SCH”), sebuah kenderaan pelaburan awam, hari ini mengumumkan penyiapan bagi gabungan perniagaan mereka yang telah diumumkan sebelum ini. Syarikat yang terhasil dinamakan Virgin Galactic Holdings, Inc. (“VGH”) dan saham biasa, unit dan waran mereka dijangka memulakan dagangan di Bursa Saham New York di bawah simbol ticker baharu “SPCE”, “SPCE.U” dan “SPCE WS”, masing-masing pada 28 Oktober, 2019. Syarikat itu mengeluarkan kenderaan angkasa lepas mereka di Mojave, California, melalui anak syarikat pembangunan aeroangkasa mereka The Spaceship Company, dengan operasi komersial berpusat di Spaceport America di New Mexico.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191025005532/en/

VG sudah mempunyai tempahan pelanggan dari lebih 600 orang di 60 buah negara yang mewakili kira-kira $80 juta dalam jumlah deposit terkumpul, dan lebih $120 juta bagi bakal hasil. Penyiapan bagi penggabungan ini dan dagangan sebagai sebuah syarikat awam adalah pencapaian besar yang seterusnya dalam arah menuju membangunkan sebuah perniagaan perkhidmatan komersial yang berkembang maju dan melabur dengan sewajarnya untuk masa hadapan.

George Whitesides, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Virgin Galactic Holdings berkata:

“Hari ini adalah permulaan bagi satu era baharu untuk industri penerbangan angkasa lepas manusia. VG telah mempelopori beberapa kejayaan angkasa yang penting, termasuk menghantar penumpang ujian pertama ke angkasa lepas di atas satu kenderaan komersial, dan pengumuman hari ini tidak berbeza. Memandangkan VG sekarang merupakan sebuah syarikat awam yang didagangkan, sesiapa sahaja boleh melabur di dalam sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas manusia yang sedang berusaha untuk benar-benar mengubah pasaran itu dan menjadi sebahagian daripada keterangsangan bagi industri angkasa lepas komersial. Saya amat berbangga dengan aliran teguh bagi deposit pelanggan dan minat yang kami peroleh hingga kini, dan berharap untuk membuat impian penerbangan angkasa lepas menjadi kenyataan bagi pelanggan angkasawan kami yang luar biasa.”

Chamath Palihapitiya, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi SCH, berkata:

“Sejak penubuhan kami, SCH telah menetapkan usaha untuk menyatukan ahli-ahli teknologi, usahawan dan pelabur berorientasikan teknologi pada satu visi yang dikongsi bersama. Apa yang pernah menjadi satu matlamat kini telah menjadi satu misi yang berjaya. Kami amat gembira kerana telah mencapai kejayaan yang bersejarah pada hari ini dan berharap dapat terus bekerja dengan Syarikat itu untuk mengubah industri angkasa lepas komersial.”

Sir Richard Branson, Pengasas bagi Virgin Galactic, berkata:

“Kepada rakan-rakan pelabur, pekerja VG dan The Spaceship Company, rakan-rakan perniagaan dan pelanggan – terima kasih di atas komitmen anda kepada syarikat kita yang hebat ini, yang telah membuat pengumuman yang menarik pada hari ini. Dengan sistem penerbangan angkasa lepas proprietari kami, akses ruang udara khas di Spaceport America, jenama yang dikenali di seluruh dunia dan minat pelabur yang luas, saya percaya VG berada pada kedudukan yang ideal untuk mengambil kesempatan daripada pasaran angkasa lepas komersial yang berkembang pesat, dan bernilai berjuta-juta dolar dan akhirnya membuka angkasa lepas kepada beribu-ribu angkasawan baharu. Hari ini, kami telah mencapai satu misi, dan ketika kami membawa lebih ramai bakal angkasawan ke angkasa lepas, kami tidak sabar-sabar menghadapi masa hadapan yang menarik.”

Butiran Urus Niaga

Hasil daripada urus niaga ini, Virgin Galactic telah menerima lebih $450 juta hasil utama dan pada penutupan pasaran pada Jumaat 25 Oktober, perniagaan itu mempunyai permodalan pasaran sebanyak $2.3 bilion. Melangkah ke hadapan, pemegang saham Virgin Galactic yang sedia ada akan memiliki hampir 59%. Lembaga pengarah bagi Syarikat itu terdiri daripada Chamath Palihapitiya sebagai Pengerusi, Adam Bain dan James Ryans, yang merupakan pengarah SCH, serta Wanda Austin, Craig Kreeger, George Mattson, Evan Lovell dan George Whitesides.

Maklumat mengenai Virgin Galactic Holdings

Virgin Galactic Holdings, Inc. adalah sebuah syarikat aeroangkasa bersepadu menegak yang mempelopori penerbangan angkasa lepas manusia untuk orang perseorangan dan penyelidik persendirian. Ia percaya penerokaan komersial bagi ruang angkasa merupakan satu daripada inisiatif teknologi yang paling menarik dan penting pada zaman kita. Ia memulakan perjalanan penerokaan komersial ini dengan satu misi untuk menempatkan manusia ke angkasa lepas dan membawa mereka pulang dengan selamat ke bumi secara rutin, konsisten dan pada harga yang berpatutan. Dengan menggunakan teknologi proprietari dan boleh digunakan semula, dan disokong oleh satu pengalaman pelanggan berjenama Virgin yang tersendiri, ia sedang membangunkan satu sistem penerbangan angkasa lepas yang direka untuk menawarkan kepada pelanggan dengan satu pengalaman pelbagai hari yang unik, yang memuncak di dalam satu penerbangan angkasa yang termasuk kenirberatan selama beberapa minit dan pemandangan Bumi dari ruang angkasa. Ia berada di peringkat akhir pembangunan, setelah sudah menamatkan beberapa penerbangan yang membawa anak kapal bagi kenderaan mereka ke ruang angkasa, dan menjangka pelancaran permulaan komersial pada tahun 2020.

Untuk memuat turun aset sila layari FTP Media kami https://www.image.net/virgingalactic

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191025005532/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan media berhubung dengan Social Capital Hedosophia, sila hubungi:
Jonathan Gasthalter/Carissa Felger/Nathaniel Garnick
Gasthalter & Co.
+1 (212) 257-4170
SCH@gasthalter.com

Untuk pertanyaan media berhubung dengan Virgin Galactic, sila hubungi:
VirginGalacticPress@virgingalactic.com

United Kingdom, Timur Tengah, Asia, Afrika – Ollie Bailey-Pratt
vg@fticonsulting.com, +44 (203) 727-1000
Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan, Australia – Antonia Gray
vg@fticonsulting.com, +1 (347) 574-4352

Untuk Perhubungan Pelabur berhubung dengan Virgin Galactic, sila hubungi: VirginGalactic-SVC@SARDVERB.com

Sumber : Virgin Galactic Holdings, Inc.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...