Toshiba: Diod TVS berkapasitans rendah “DF2B5M4ASL” dan “DF2B6M4ASL” sesuai untuk perlindungan ESD bagi talian isyarat berkelajuan tinggi. (Foto: Business Wire)
TOKYO, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini memulakan penghantaran bagi dua diod TVS berkapasitans rendah (diod perlindungan ESD) yang menyokong standard komunikasi berkelajuan tinggi, seperti Thunderbolt™ 3, HDMI® 2.1 dan USB 3.1. “DF2B5M4ASL” yang baharu itu menyokong voltan balikan kerja puncak maksimum 3.6V, dan “DF2B6M4ASL” menyokong 5.5V.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191017005265/en/
Tablet, komputer riba dan konsol permainan meminimumkan masa pemindahan bagi data video atau fail besar dengan menggunakan standard komunikasi berkelajuan tinggi 10 gigabit per saat atau 48 gigabit per saat. Dengan meningkatkan pengecilan saiz bagi IC pengawal yang digunakan di dalam komunikasi berkelajuan tinggi ini, had toleransi ESD berkurangan, dan adalah perlu untuk meningkatkan langkah-langkah bagi membalas ESD dan pusuan daripada penyambung; kekurangan mereka boleh menyebabkan kerosakan kritikal seperti ralat komunikasi dan kerosakan fail.
Di samping itu, bahagian-bahagian yang bersambung dengan talian komunikasi berkelajuan tinggi mempunyai kesan yang besar pada isyarat; bahagian pasif pada papan litar tercetak, seperti kapasitor dan perintang, boleh menjejaskan bentuk gelombang isyarat.
Produk baharu itu mengurangkan pengaruh ini dengan kapasitans yang lebih rendah yang sesuai untuk komunikasi berkelajuan tinggi. Di samping itu, dengan mengoptimumkan proses itu, produk baharu itu mencapai kapasitans (jenis) 0.15pF, kira-kira 25% lebih rendah berbanding dengan produk semasa [1]. Ini membantu untuk merealisasikan litar yang stabil di dalam komunikasi berkelajuan tinggi.
Aplikasi
・Perlindungan ESD untuk talian isyarat berkelajuan tinggi (tablet, komputer riba, konsol permainan dan realiti terimbuh dan peralatan realiti maya, dll.)
Ciri-ciri
・Jumlah kapasitans yang rendah Ct=0.15 pF (jenis)
・Penarafan voltan nyahcas elektrostatik tinggi [2]:
VESD= ±16kV (DF2B5M4ASL)
VESD= ±15kV (DF2B6M4ASL)
・Pakej pemasangan permukaan dan kecil: SL2 (Kod pakej : SOD-962, 0.62×0.32×0.3mm (jenis)
Sila klik di sini untuk : Spesifikasi Utama
Nota:
[1] Produk di dalam siri DF2BxM4SL
[2] @IEC61000-4-2 (Sentuh)
[3] @TLP parameter: Z0=50Ω, tp=100ns, tr=300ps, pemurataan tetingkap t1=30ns hingga t2=60ns
[4] @ Berdasarkan kepada IEC61000-4-5 8/20μs denyut
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan Diod TVS (Diod Perlindungan ESD) Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/diode/esd-protection-diode.html
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
DF2B5M4ASL
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.DF2B5M4ASL.html
DF2B6M4ASL
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.DF2B6M4ASL.html
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. |
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191017005265/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:
Post a Comment