Saturday, October 12, 2019

PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGUMUMKAN 50 PROJEK UTAMA YANG PALING BERPENGARUH SEPANJANG 50 TAHUN YANG LALU


Daripada Pencakar Langit kepada Teknologi Canggih kepada Penemuan Saintifik, PMI Memperakui Usaha Luar Biasa yang Mendefinisikan semula Dunia Kita 

PHILADELPHIA, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini mengumumkan 50 projek utama yang terkemuka dan berpengaruh dalam tempoh 50 tahun yang lalu dalam senarai mereka bagi Projek-projek yang Paling Berpengaruh. Ini merupakan kedudukan ranking yang pertama seumpamanya bagi PMI yang meraikan projek-projek yang memberi impak paling tinggi sejak 50 tahun yang lalu dan menyoroti bagaimana pengurusan projek telah membantu menjadikan idea-idea ini menjadi kenyataan.

Senarai Projek-projek Paling Berpengaruh itu memperakui projek-projek yang telah mengubah sektor mereka dan keseluruhan lanskap perniagaan — daripada teknologi kepada penjagaan kesihatan, infrastruktur kepada seni bina, kewangan kepada hiburan. Projek yang mendapat pengiktirafan termasuk pencapaian ikonik seperti Apollo 11, pesawat Boeing 747®, dan Projek Genom Manusia, serta pencapaian yang tidak disedari oleh orang ramai seperti Bilik Kebal Benih Global Svalbard di Norway dan Taman Solar Gurun Tengger di China. Projek yang mendapat ranking paling atas ialah penciptaan World Wide Web atau Jaringan Sejagat.

Projek yang mendapat pengiktirafan itu dipilih daripada lebih 1,000 projek berimpak tinggi yang dikenalpasti oleh 400 pemimpin di dalam komuniti pengurusan projek global, termasuk pemimpin dan ahli cabang PMI, serta pakar-pakar akademik dan industri. Pemilihan muktamad, yang dibuat oleh pasukan kepemimpinan pemikiran PMI, memberikan satu refleksi inspirasi tentang apa yang telah dilakukan oleh projek dan peranan utama yang dimainkannya dalam mewujudkan keadaan kita pada masa kini.

“Projek-projek yang kami kenal pasti memberikan pandangan yang luar biasa tentang bagaimana pengurusan projek telah mengubah, sedang mengubah, dan akan terus mengubahkan dunia untuk menjadi lebih baik,” kata Sunil Prashara, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Project Management Institute. “Senarai ini menunjukkan visi PMI tentang bagaimana kecemerlangan dalam pelaksanaan projek akan menjadi kritikal dalam memenuhi cabaran dan peluang pada hari esok.”

Senarai itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 yang lebih besar bagi PMI bagi mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pengurusan projek sepanjang lima dekad yang lalu dan meraikan ke mana profesion itu sedang menuju. Sebagai tambahan kepada senarai 50 utama itu, PMI juga mengeluarkan 10 projek paling berpengaruh yang utama merentasi 14 kategori di dalam pelbagai wilayah dan industri.

Untuk melihat senarai lengkap bagi penerima dan senarai 10 teratas bagi lokasi khusus dan industri khusus, sila layari pmi.org/most-influential-projects. Senarai itu juga akan dipaparkan dalam satu edisi khas dalam majalah cetak PM Network® kami yang telah memenangi anugerah.

50 Projek Utama Yang Paling Berpengaruh
  1. World Wide Web – Untuk menghubungkan semua orang dan segala-galanya
  2. Apollo 11 – Bagi membuktikan bahawa pengurusan risiko dan cita-cita yang sangat menyeronokkan dapat melakukan perkara yang mustahil itu
  3. Mikropemproses Intel® 4004 – Untuk mendemokrasikan kuasa pengkomputeran*
  4. Euro – Untuk melaksanakan dengan sempurna pertukaran kewangan yang terbesar dalam sejarah
  5. Projek Genom Manusia – Bagi mencapai peningkatan yang mengatasi tahap silo biasa untuk membuka blok bangunan kemanusiaan dan membolehkan inovasi yang tiada tandingan dalam bidang perubatan, bioteknologi dan sains hayat
  6. Alibaba®Singles Day – Untuk mewujudkan hari e-dagang terbesar di dunia dan pada dasarnya mengubah cara bagaimana orang membeli-belah*
  7. Kereta Prius® – Untuk memacukan industri automotif ke arah suatu masa hadapan yang lebih mapan*
  8. Konsert Live Aid®  – Untuk menggambarkan semula magnitud dan model kedermawanan dengan satu dos utama bagi selebriti*
  9. Platform Mikropembiayaan Mudah Alih M-Pesa®  – Untuk menyampaikan teknologi mudah alih yang canggih yang membolehkan Kenya melonjak mengatasi negara-negara yang lebih maju dan memulakan satu revolusi perbankan*
  10. Bilik Kebal Benih Global Svalbard – Untuk membina polisi insurans yang muktamad bagi bekalan makanan dunia
  11. Penstriman Netflix® – Untuk membuktikan satu projek tunggal boleh memangsikan sebuah syarikat, sebuah industri dan tabiat menonton di seluruh dunia*
  12. Telefon Mudah Alih DynaTAC 8000x™  – Untuk menyambungkan telefon kepada orang ramai, dan bukannya tempat*
  13. Perkhidmatan Suara Alexa® – Untuk menjadikan antara muka komputer yang diaktifkan oleh suara sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian*
  14. Minggu Fesyen Paris – Untuk mengubah satu persembahan industri yang membosankan kepada satu acara global yang menarik perhatian semua pihak
  15. Burj Khalifa – Untuk berdiri megah sebagai satu simbol bagi kepelbagaian ekonomi di Timur Tengah
  16. Resort Walt Disney World® – Untuk menetapkan tahap pada hiburan yang mendalam – dan kemudian menaikkannya lagi dan lagi*
  17. Carian Google® – Untuk mengubah cara kita berfikir dan mengenal pasti maklumat*
  18. Inisiatif Belt and Road – Untuk melancarkan pembangunan infrastruktur yang terbesar yang pernah disaksikan oleh dunia –1,814 projek dan terus menghitung
  19. Bitcoin – Untuk meletakkan mata wang kripto pada peta dunia dan melahirkan blok rantaian
  20. MRI – Untuk merevolusikan ubat dalam satu cara yang tidak invasif
  21. Buku-buku Harry Potter® – Untuk menjadikan membaca lebih menyeronokkan – dan itu baharu merupakan permulaan kepada magik* itu
  22. Pesawat Boeing 747® – Untuk menjadikan dunia lebih kecil dengan jumbo jet* yang pertama
  23. Pemain iPod® – Untuk menjadi alat gerbang ke iAlam Semesta*
  24. Rizab Kuasa Hornsdale – Untuk menunjukkan bagaimana sebuah bateri yang besar dapat merevolusikan tenaga yang boleh diperbaharui
  25. Suruhanjaya Kesepakatan dan Pendamaian Kebangsaan Rwanda – Kerana menempa satu laluan kepada pemulihan dan penebusan di tengah-tengah trauma yang teruk  
  26. Stesen Angkasa Antarabangsa – Untuk menunjukkan bahawa penerokaan angkasa melangkaui politik global
  27. Pengembangan Terusan Panama – Kerana memperluaskan sebuah jalan air yang telah berusia satu abad bagi memenuhi tuntutan perkapalan moden
  28. Inisiatif Pembasmian Polio Global – Kerana mengetuai inisiatif kesihatan awam terbesar di dunia dan membawa satu penyakit yang boleh membawa maut ke ambang pembasmian
  29. Alat Permainan Video Atari 2600™ – Untuk membawa permainan arked ke dalam rumah di seluruh dunia*
  30. Pelan Induk Sifar Bumi – Untuk membantu sebuah bandar raya dan negara pulih, mengingati dan bangkit semula
  31. Aadhaar – Kerana menggunakan biometrik untuk menentukur semula cara bagaimana orang India berinteraksi dengan kerajaan mereka dan seterusnya
  32. Ladang Angin Luar Pesisir Vindeby – Untuk menunjukkan daya maju bagi angin luar pesisir sebagai satu kuasa tenaga bersih
  33. Curitiba BRT – Untuk mencetuskan satu revolusi pengangkutan di kota-kota di seluruh pelusuk dunia
  34. Sistem Penjejakan Pakej COSMOS™ – Untuk merobohkan benteng bagi e-dagang dengan penjejakan pakej tepat masa bagi perkhidmatan kurier ekspres*
  35. Projek Lembah Swat Valley – Untuk memperjuangkan pendidikan dan pemerkasaaan gadis di sebuah negara di mana pengasasnya pernah diserang kerana melaksanakan hak-hak tersebut
  36.  Ensiklopedia Dalam Talian Wikipedia® – Untuk menggunakan ilmu pengetahuan dunia secara kolektif dengan sebuah ensiklopedia dalam talian yang pelbagai bahasa secara usaha sama*
  37. Filem Star Wars® – Kerana mencipta semula kesan khas dan menyusun semula konsep bagi satu siri filem blokbuster, kesemuanya ketika membawa penonton ke sebuah galaksi yang sangat jauh*
  38. Projek Harimau – Untuk menyelamatkan harimau yang hebat itu daripada ambang kepupusan di dunia liar
  39. Loji Penyahgaraman Sorek – Untuk melegakan kemarau yang dahsyat dengan satu penyelesaian yang mapan
  40. Bayi IVF yang Pertama – Untuk melahirkan satu keajaiban perubatan moden
  41. Pembersihan Chernobyl – Untuk mengurangkan bencana loji nuklear paling buruk di dunia – dua kali
  42. E-Estonia – Untuk membina negara digital yang pertama di dunia
  43. Permainan Interaktif World of Warcraft® – Untuk membawa bermain permainan video ke satu tahap yang baru secara keseluruhan*
  44. Large Hadron Collider – Untuk membolehkan penemuan saintifik yang mengkhayalkan yang membantu ahli fizik untuk mentafsirkan alam semesta
  45. TGV – Untuk menyalakan kereta api laju ultra pantas Eropah – secara selamat
  46. Perkhidmatan Pendidikan Akademi Khan® – Untuk mempamerkan masa depan yang luas bagi pembelajaran dalam talian*
  47. Perisian Komputer Watson® – Kerana membawa kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin ke aliran utama*
  48. Taman Solar Gurun Tengger – Untuk membina Tembok Besar bagi Solar
  49. Operasi Banjir – Untuk mengubah India menjadi pengeluar susu terbesar di dunia dan membantu memulakan ekonomi mula tumbuh bagi negara itu
  50. Opera House Sydney – Untuk menunjukkan kuasa seni bina bagi mendefinisikan semula sebuah bandar raya
Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI) 

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global, kami berusaha untuk mempersiapkan lebih daripada tiga juta profesional di seluruh dunia bagi Ekonomi Projek itu: ekonomi yang akan datang di mana kerja, dan individu, dirancang mengikut projek-projek. Merayakan ulang tahun ke-50 kami pada tahun 2019, kami bekerja di hampir setiap negara di dunia untuk memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.com,  www.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

*Semua nama, logo dan jenama produk adalah merupakan hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191007005252/en/ 


Hubungi

Rachael Ballard
443-618-7014

Sumber : Project Management Institute (PMI)

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...