Bandar raya Jeonju menjadi tuan rumah kepada Festival Bibimbap Jeonju 2019, sebuah pesta citarasa dan daya tarikan Korea tradisional. Di bawah slogan “Campuran yang mengujakan! Menikmatinya dengan enak!” festival itu akan diadakan di sekitar Jeonju dari 9 hingga 12 Oktober. Sebuah Bandar raya Kreatif UNESCO bagi Gastronomi, Jeonju adalah sebuah bandar raya yang menawarkan budaya tradisional Korea yang dipelihara dengan baik dan banyak tarikan pelancong. Bibimbap adalah nasi putih yang dicampur dengan pelbagai sayuran, daging cincang dan pes cili api. Bibimbap Jeonju adalah Bibimbap yang paling popular di dalam dan di luar negara. Foto itu menggambarkan satu upacara istimewa yang menarik perhatian bagi Bibimbap Jeonju, sejumlah besar beras dan bahan-bahan lain dicampur ke dalam sebuah mangkuk besar untuk membuat Bibimbap bagi kira-kira 5,000 hidangan pada satu masa. (Foto: Business Wire)
JEONJU, Korea Selatan, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jeonju, sebuah Bandar raya Kreatif UNESCO bagi Gastronomi, akan menjadi tuan rumah kepada Festival Bibimbap Jeonju 2019, sebuah pesta bagi citarasa dan daya tarikan Korea tradisional.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191004005154/en/
Di bawah slogan “Campuran yang mengujakan! Menikmatinya dengan enak!” festival itu akan diadakan Perkampungan Hanok Jeonju, Perkampungan Seni Seohakdong, Pasar Nambu Jeonju dan tempat-tempat lain di dalam dan di sekitar Jeonju dari 9 hingga 12 Oktober.
Jeonju adalah sebuah bandar raya yang menawarkan budaya Korea tradisional yang dipelihara dengan baik dan banyak daya tarikan pelancong di Asia. Bibimbap adalah nasi putih yang dicampur dengan pelbagai sayuran, daging cincang dan pes cili api. Bibimbap Jeonju adalah Bibimbap yang paling popular di dalam dan di luar negara.
Festival itu akan menampilkan banyak lagi hidangan tradisional dari Jeonju. Ia akan memperbuat semula set meja untuk gabenor-gabenor wilayah Jeolla dan tetamu asing mereka di zaman Dinasti Joseon menurut catatan diari seorang asing yang telah melawat wilayah itu 135 tahun yang lalu.
Jeonju terletak di wilayah itu dan hidangan-hidangan di atas meja untuk gabenor-gabenor purba dianggap sebagai akar umbi bagi masakan Jeonju.
Dalam satu upacara istimewa yang menarik perhatian, sejumlah besar beras dan bahan-bahan lain akan dicampur ke dalam sebuah mangkuk besar untuk membuat Bibimbap bagi kira-kira 5,000 hidangan pada satu masa. Program-program lain yang menyeronokkan yang melibatkan pelawat yang ada sekarang termasuk satu permainan yang memberi bahan-bahan Bibimbap kepada pemenang hadiah dan satu pertandingan memasak.
Bankuet tradisional dan persembahan kebudayaan sudah disediakan. Kira-kira 1,000 orang kanak-kanak akan diberi peluang untuk memasak Bibimbap untuk diri mereka sendiri. Festival itu akan juga mempamerkan peralatan yang sesuai kepada Jeonju dan pinggan mangkuk yang diperbuat di Icheon, sebuah Bandar raya UNESCO bagi Kraftangan di Wilayah Gyeonggi, Korea dan Jingdezhen di Wilayah Jiangxi, China.
“Bibimbap Jeonju adalah satu daripada makanan Korea yang paling terkenal yang disukai oleh orang di seluruh pelusuk dunia. Saya harap semua orang akan menikmati pelbagai hidangan Jeonju, termasuk Bibimbap, dan banyak program yang menyeronokkan di dalam Festival Bibimbap Jeonju 2019,” kata Datuk Bandar Jeonju Kim Seung-su.
Sementara itu, banyak acara lain akan diadakan di Jeonju pada Oktober. Antara mereka adalah Forum Kelambatan Dunia Jeonju dan Anugerah Kelambatan 2019 (1-2 Okt.), sebuah pameran buku (4-6 Okt.), Festival Sori Antarabangsa Jeonju 2019, Forum Dunia untuk Warisan Kebudayaan Tak Ketara (10-12 Okt.) dan Persidangan Antarabangsa ke-5 mengenai Ekonomi Kebahagiaan (15-17 Okt).
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191004005154/en/
Hubungi
BANDARI RAYA JEONJU
Tourism Industry Division
Park Jeongmin
+82-63-281-2381
DOROCY17@korea.kr
http://www.bibimbapfest.com
Sumber : BANDAR RAYA JEONJU
No comments:
Post a Comment