Friday, May 31, 2019

DAVID HOLL DARI MARY KAY INC. DINAMAKAN DI ANTARA SEPULUH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PALING BERWIBAWA DI DUNIA, MENURUT REPUTATION INSTITUTE

Kajian CEO RepTrak® yang kedua, yang dilakukan oleh Reputation Institute, menyatakan bertindak secara bertanggungjawab, berkelakuan secara beretika, dan mempedulikan terhadap isu-isu sosial adalah pemacu yang paling penting di dalam reputasi Ketua Pegawai Eksekutif

DALLAS, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global, hari ini mengumumkan bahawa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif David Holl adalah di antara 10 ketua eksekutif yang paling berwibawa di dunia menurut CEO RepTrak 2019 oleh Reputation Institute. Reputation Institute, penyedia terkemuka dunia bagi pengukuran reputasi, telah mengukur reputasi bagi lebih daripada 140 ketua pegawai eksekutif di dunia dan berusaha mendapatkan lebih daripada 230,000 penilaian individu di kalangan orang awam yang berpengetahuan. Kajian itu telah dijalankan pada Januari dan Februari tahun ini.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190522005604/en/


“Kepimpinan dan kepakaran kendalian David sejak dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2006 telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Mary Kay,” kata Richard R. Rogers, anak kepada Mary Kay Ash, pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga itu. “Mary Kay adalah sebuah jenama yang dilahirkan dengan tujuan, dan komitmen David yang teguh pada nilai-nilai pengasas kita telah menjadikan beliau seorang ketua pegawai eksekutif dan pemimpin yang benar-benar luar biasa.”

Menurut Kylie Wright-Ford, Ketua Pegawai Eksekutif di Reputation Institute, bertindak secara bertanggungjawab, berkelakuan secara etika dan mempedulikan mengenai isu-isu sosial adalah merupakan pemacu yang paling penting bagi reputasi ketua pegawai eksekutif. Malah, menurut penemuan Reputation Institute, ketua pegawai eksekutif lebih cenderung dinilai berdasarkan kepada etika berbanding dengan margin keuntungan. Dengan cara ini, persepsi bagi ketua pegawai eksekutif dan syarikat-syarikat yang mereka ketuai terus mempunyai pertalian secara langsung.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12169

Thursday, May 30, 2019

KERJASAMA ANTARA EFINIX® DAN M31 TECHNOLOGY CORPORATION MEMENUHI KEPERLUAN PENGKOMPUTERAN PINGGIR AI BAHARU

SANTA CLARA, California dan HSINCHU, Taiwan, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, inovator dalam platform produk dan teknologi boleh program dan M31 Technology Corporation (kod saham Taiwan: 6643), penyedia Harta Intelek (IP) silikon global hari ini mengumumkan kerjasama teknologi untuk memenuhi permintaan bagi keperluan pengkomputeran pinggir AI baharu.
 
Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, MIPI D-PHY RX dan TX IP M31 telah disepadukan dalam platform FPGA Trion® Efinix dengan jayanya. Penyepaduan itu menyediakan berbilang set pautan sehala - sehingga enam Gbps setiap pautan - memberikan antara muka jalur lebar tinggi untuk pelbagai pasaran FPGA dipacu AI generasi seterusnya seperti HMI dan paparan, kamera langkau masa, automotif, kamera pengawasan, visi mesin, perubatan dan kamera inframerah.
 
“Hasil kerjasama dua tokoh teknologi baharu, Efinix dan M31, ialah rangkaian FPGA pertama yang menampilkan MIPI D-PHY dengan pengawal CSI-2 terbina dalam tanpa royalti, iaitu antara muka kamera paling popular yang digunakan dalam industri mudah alih,” kata Ming Ng, SVP operasi dan aplikasi Efinix. “Disebabkan penyepaduan teknologi kami, pelanggan kami mempunyai lebih elemen logik yang boleh digunakan untuk inovasi video, kamera dan sensor.”
 
“Seperti MIPI D-PHY RX dan TX, semua IP M31 (seperti USB1.1 hingga USB3.2, PCIe G2 hingga G3, serta MIPI M-PHY) adalah teras IP antara muka yang terbukti silikon di pelbagai faundri dan nod proses,” kata Allen Sha, presiden M31 AS. “Kami berbesar hati melihat Efinix menerima M31 IP dalam penyelesaian FPGA mereka bagi aplikasi kamera mudah alih.”
 
Aplikasi AI pada pinggir memerlukan prestasi tinggi, kuasa rendah dan pengalaman fungsi yang boleh digunakan dengan segera. FPGA Trion dengan MIPI menawarkan fleksibiliti, kuasa rendah, faktor bentuk kecil dan kos rendah tanpa menjejaskan prestasi. Dengan berbilang saluran MIPI TX dan RX, FPGA Trion boleh menjadi hab sistem dengan berbilang kamera dan sensor. Dengan pengawal CSI-2 kukuh terbina dalam, pereka bentuk AI boleh menggunakan semua sumber FPGA untuk mencipta reka bentuk.
 
Produk bersepadu yang diumumkan hari ini telah pun digunakan dalam aplikasi pelanggan yang menampilkan kamera sensor visi dengan keupayaan seperti 3D, pengesanan kedalaman, HDR, 180 darjah dan pemandangan sekeliling.
 
Persidangan Automasi Reka Bentuk
Minggu hadapan, Efinix akan mempamerkan platform FPGA uniknya di Persidangan Automasi Reka Bentuk (DAC) yang diadakan di Las Vegas pada 2-6 Jun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyertaan Efinix di DAC, layari: https://www.efinixinc.com/dac2019.
 
Perihal Efinix
Efinix, merupakan inovator dalam produk yang boleh diprogram, memacu masa depan pengkomputeran AI maju dengan platform Trion™ FPGA. Teras Trion FPGA adalah teknologi Quantum™ FPGA disruptif. Efinix yang memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Kawasan terhadap teknologi FPGA tradisional. Trion FPGA, yang menawarkan elemen logik 4K hingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan harga berpatutan untuk pengeluaran berkapasiti tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suite reka bentuk FPGA lengkap dari RTL ke arus data binari. Dengan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan ini, Trion FPGA menangani aplikasi seperti logik tersuai, kiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, para pelanggan kami dengan mudahnya boleh memindahkan FPGA atau sistem penuh ke dalam Quantum ASIC untuk pengeluaran berkapasiti amat tinggi.
 
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.efinixinc.com.
 
Perihal M31 Technology Corporation
M31 Technology Corporation ialah penyedia harta intelek (IP) silikon profesional. Syarikat tersebut ditubuhkan pada Oktober 2011 dengan ibu pejabat di Hsinchu, Taiwan. Kekuatan M31 ialah R&D dan perkhidmatan pelanggan. Dengan pengalaman meluas dalam bidang pembangunan IP, reka bentuk IC dan automasi reka bentuk elektronik, M31 fokus terhadap menyediakan penyelesaian IP antara muka kelajuan tinggi, pengkompilasi memori, pustaka sel standard dan pustaka ESD/IO. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.m31tech.com.
 
Hubungan:
Steve Stratz
Hubungan Awam Relevanz untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com
 
Sumber: Efinix, Inc.

--BERNAMA

TOSHIBA LANCAR PENGGUNAAN KUASA RENDAH IC PEMACU MOTOR ARUS TERUS BERUS DENGAN PAKEJ HSOP8 TUGASAN PIN YANG POPULAR

TOKYO, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TB67H450FNG,” penambahan terbaharu kepada rangkaian IC pemacu motor Arus Terus berus. Produk baharu itu dengan penarafan maksimum 50V/3.5A[1] bagi pemacu motor dengan pelbagai voltan pengendalian. Ia juga menawarkan satu pakej peletakan permukaan HSOP8 yang kecil dengan satu tugasan pin yang popular yang meningkatkan kemungkinan penyumberan produk. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190529006051/en/

IC baharu itu boleh memacukan motor berus dengan bekalan kuasa antara 4.5V hingga 44V. Ia menyokong pelbagai aplikasi yang termasuk, peranti berkuasa USB, berkuasa  bateri, dan peranti 12-36V industri. TB67H450FNG juga mempunyai keupayaan pemacuan arus 3.5A yang boleh digunakan di dalam aplikasi seperti pembersih vakum robot, peti sejuk dan alat penggerak peralatan rumah yang lain, peralatan pejabat, mesin ATM dan banyak lagi.

Untuk memenuhi permintaan bagi penggunaan kuasa yang lebih rendah, Toshiba telah juga mengoptimumkan penggunaan arus tunggu sedia TB67H450FNG dengan sebuah litar bekalan kuasa baharu yang membolehkan mod henti untuk bergerak kepada mod siap sedia secara automatik dan untuk mematikan pengawal atur VCC bagi operasi litar dalaman. Ini membantu peralatan OA dan peralatan rumah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hayat bateri bagi peranti yang berkuasa bateri.

Ditempatkan di dalam sebuah pakej pin HSOP8 jenis peletakan permukaan yang kecil, IC itu mencapai penjimatan ruang dan pelesapan haba yang baik melalui pakej reka bentuk pad haba itu.

Ciri-ciri Utama
  • Julat lebar bagi voltan pengendalian: dari 4.5V sehingga 44V untuk peranti pemacu arus yang besar
  • Penggunaan arus tunggu sedia yang rendah: 1 μA (maksimum) @VM = 24V, Ta = 25°C
  • Pakej peletakan permukaan 8-pin yang kecil HSOP8 dengan satu tugasan pin yang popular dan dengan bahagian bawah E-pad untuk meningkatkan pelesapan haba
Penggunaan

Peralatan perindustrian, termasuk peralatan OA dan terminal perbankan; peralatan rumah, termasuk pembersih vakum robot; peranti berkuasa bateri (kunci elektronik dan robot isi rumah kecil); dan peranti yang menggunakan bekalan kuasa USB 5V

Sila klik di sini untuk: Spesifikasi Utama

Nota:
[1] Arus motor sebenar yang digerakkan bergantung kepada persekitaran yang digunakan dan faktor-faktor seperti suhu sekitar dan voltan bekalan kuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver/detail.TB67H450FNG.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu pada pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67H450FNG.html


* Nama-nama syarikat, nama-nama produk dan nama-nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190529006051/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Wednesday, May 29, 2019

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENINGKATKAN KAPASITI UNTUK BEBAN KERJA YANG MEMERLUKAN PRESTASI DENGAN SIRI SSD XG6-P

SSD NVMe Baharu menawarkan sehingga 2TB[1] untuk aplikasi pelanggan atasan dan pergerakan pusat data

TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan Siri pemacu keadaan pepejal (SSD) XG6-P, satu derivatif bagi Siri XG6 mereka. Dengan menawarkan kapasiti[2]  sehingga 2,048GB dan lebih 30 peratus lebar jalur menulis berurutan yang lebih tinggi berbanding yang terdahulu[3], XG6-P itu sesuai untuk komputer meja stesen kerja dan sistem permainan mewah, serta pusat data yang mengoptimumkan kos dan infrastruktur tergubahkan. XG6-P akan memulakan pensampelan kepada pelanggan OEM dalam jumlah terhad bermula dari pertengahan Jun.

Memanfaatkan BiCS FLASH™ 3D TLC (3 bit bagi setiap sel) 96-lapisan Toshiba Memory, SSD XG6-P menyediakan kapasiti storan yang tinggi, dan pada masa yang sama mengekalkan janji bagi storan ultra-nipis, berkelajuan tinggi dengan kecekapan kuasa yang luar biasa. Siri XG6-P itu mencirikan antara muka PCIe® Gen 3 x4 lorong (rev 3.1a) / NVMe™ (rev 1.3a) dan menyampaikan sehingga 3,180MB bagi bacaan berurutan dan 2,920MB bagi menulis[4], dan sehingga 355,000 bacaan rawak dan 365,000 menulis rawak IOPS[5]. Selain itu, SSD XG6-P beroperasi pada kurang daripada 5 Watt, dengan memberikan nisbah prestasi-ke-kuasa yang sangat baik ke dalam sebuah jejak yang tumpat dan padat. Dengan mempunyai kapasiti dua kali ganda dari XG6, kelajuan menulis lebih pantas berbanding daripada XG5-P, dan satu lagi sampul kuasa yang lebih rendah dan faktor bentuk yang lebih kecil daripada pusat data kelas XD5, Siri XG6-P yang baharu itu menawarkan satu pilihan storan M.2 NVMe tambahan untuk seterusnya mengoptimumkan penyelesaian pelanggan atau persekitaran pusat data.

SSD XG6-P 2,048GB boleh didapati dalam sebuah faktor bentuk satu muka M.2 2280 (22 x 80mm) dan menawarkan pilihan keselamatan termasuk sokongan TCG Pyrite Versi 1.0 untuk konfigurasi Bukan SED (Pemacu Penyulitan Sendiri) dan sokongan TCG Opal Versi 2.01 untuk SED.

SSD Seri XG6-P akan dipaparkan di Interop Tokyo 2019 di Makuhari Messe, Jepun dari 12 hingga 14 Jun di reruai 5P16 bagi Toshiba Memory.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12188

OMNICOMM SYSTEMS BERJAYA MELANCARKAN FORUM INOVASI DI ASIA

FORT LAUDERDALE, Fla., 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Inovasi ubat baharu, penyelesaian eClinical berpusatkan pesakit dan trend terkini dalam penyelidikan farmaseutikal menjadi agenda teratas di Forum Inovasi Asia, iaitu persidangan pelanggan perdana yang dihoskan oleh OmniComm Systems, Inc. (OTCQX: OMCM), peneraju penyedia teknologi pengurusan data klinikal global. Dihoskan bersama Tri-I Biotech, acara yang bertapak di Shanghai itu telah menarik lebih ramai pengunjung dan penceramah daripada jangkaan.

“Ini ialah acara yang hebat untuk OmniComm di China. Saya gembira melihat pertumbuhan pesat perniagaan OmniComm di rantau ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tri-I atas kerjasama yang hebat selama empat tahun yang lalu,” kata Feng Cheng, GM untuk OmniComm China. “OmniComm mempunyai EDC dan sistem fasa awal terbaik untuk kajian klinikal dan akan terus mengembangkan perkhidmatan dan keupayaan sokongannya demi mengembangkan perniagaannya di China.”

Forum Inovasi Asia menarik ramai wakil daripada hampir 50 organisasi sains hayat. Semasa acara selama dua hari itu, pengunjung mendengar pembentangan daripada tokoh pemikir, penyelidik akademik dan pelanggan OmniComm yang telah mencapai hasil signifikan dalam produktiviti, automasi, kualiti data, keberkesanan pengendalian dan pematuhan dalam pelaksanaan ujian klinikal mereka menggunakan produk EDC OmniComm.

“Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi OmniComm dan bekerja bersama mereka bagi menyediakan perisian klinikal lanjutan kepada pelanggan kami di China,” kata Michael Lee, pengasas dan GM Tri-I “Sebagai syarikat tempatan, kami mempunyai rangkaian serantau kukuh, yang membantu OmniComm berkembang dan menyokong perniagaannya di China. Tri-I mempunyai pasukan seramai hampir 20 orang yang berdedikasi terhadap produk OmniComm. Kami menyediakan kepakaran dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12181

Tuesday, May 28, 2019

EGON ZEHNDER DAN SINEQUANON (SQN) MEMFORMALKAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN UNTUK MENSKALAKAN PENDEKATAN REVOLUSIONER SQN, YANG DIBOLEHKAN AI UNTUK TRANSFORMASI BUDAYA DENGAN MEMANFAATKAN POTENSI MANUSIA

  • Egon Zehnder membuat pelaburan jangka panjang dalam SQN untuk membawa satu penyelesaian perubahan budaya proprietari, yang dibolehkan AI kepada pelanggan mereka yang membolehkan mereka membuka potensi.
  • Platform SQN Living Analytics™, yang menampilkan Sistem Pengendalian Aliran™ SQN, mengukur dengan tepat kesan budaya ke atas garis bawah sesebuah organisasi. Ia adalah merupakan pendekatan dan platform perubahan budaya yang pertama yang secara konsisten dikaitkan kepada peningkatan prestasi.
  • Pelanggan SQN menunjukkan peningkatan produktiviti antara 10 hingga 20 peratus pada setiap tahun selepas 18 bulan, serta perubahan besar dalam tenaga dan hasrat pekerja.

ZURICH, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Egon Zehnder, firma perunding kepimpinan dunia, telah memformalkan satu perjanjian untuk membeli saham minoriti dalam Sinequanon (SQN) yang berpangkalan di Zurich, Switzerland, sebuah firma yang menggunakan AI dan analisis lanjutan untuk meningkatkan budaya dan prestasi di tempat kerja. SQN adalah yang pertama yang dapat memecahkan kod yang menghubungkan budaya dengan prestasi secara konsisten sepanjang masa dan dalam setiap penglibatan pelanggan.

Pelaburan di dalam SQN menandakan hasrat Egon Zehnder untuk membina di atas pengalaman mereka selama 55 tahun dalam membentuk kepimpinan dan budaya menerusi gabungan teknologi termaju SQN yang unik dan satu pendekatan kemanusiaan kepada kepimpinan. Syarikat-syarikat itu akan bekerjasama untuk menyebarkan platform Living Analytics™ dan Sistem Pengendalian Aliran™ SQN.

FlowOS™ SQN menggunakan sebuah proses yang dipacu oleh data dan yang dibolehkan AI untuk mengenal pasti budaya optimum bagi sesebuah organisasi dan kemudian memacukan perubahan tingkah laku yang diperlukan oleh orang perseorangan, pasukan dan unit perniagaan. Dalam usaha mereka dengan pelanggan, flowOS™ telah secara konsisten menyampaikan peningkatan yang signifikan dalam tenaga dan produktiviti manusia.

“Kami mendengar secara konsisten dari pelanggan bahawa perubahan budaya merupakan satu daripada aspek kepimpinan yang paling mencabar. Di SQN kami telah menemui satu rakan inovatif untuk menyampaikan perkhidmatan bersepadu kepada pelanggan kami dengan menggabungkan kedua-dua pandangan kepimpinan manusia dan teknologi perintis,” kata Jill Ader, Pengerusi, Egon Zehnder. “Kami sangat yakin bahawa perkhidmatan perundingan terbaik yang kami dapat tawarkan kepada pelanggan kami menggabungkan teknologi dan kemanusiaan,” kata beliau.

Perkongsian itu diasaskan kepada keyakinan yang dikongsi bersama bahawa perubahan budaya adalah penting dalam membantu organisasi menyesuaikan diri dengan dan berkembang maju dalam dunia yang kompleks pada hari ini. Ia menggabungkan kepakaran Egon Zehnder dalam menasihati dan membuka potensi pemimpin-pemimpin kanan dengan keupayaan SQN untuk menilai dan mempercepatkan kuasa bagi organisasi penuh melalui perubahan budaya.

“Ia seringkali mengecewakan saya bahawa organisasi besar menyekat sejumlah besar tenaga manusia. Malah, data kami menunjukkan bahawa kurang daripada 10% pekerja beroperasi dengan menggunakan potensi mereka yang sepenuhnya. Sekarang apabila organisasi merasakan kesan dahsyat daripada gangguan, satu peluang luar biasa yang menguntungkan kedua-dua pekerja dan perniagaan telah muncul. Misi hidup saya adalah untuk mencari satu kaedah yang berfikiran perniagaan untuk membolehkan perkara ini - dan ia adalah flowOS™,” kata Per Lagerstrom, Ketua Pegawai Eksekutif, SQN. “Egon Zehnder dan SQN berkongsi satu misi teras untuk merungkaikan potensi manusia. Saya percaya kita boleh membuat magik secara bersama, dan saya teruja untuk bekerjasama dengan mereka,” kata beliau.

“Kami percaya dunia memerlukan lebih ramai pemimpin yang hebat. Malah, penyelidikan baru-baru ini yang kami jalankan dengan 402 ketua pegawai eksekutif mendedahkan bahawa mereka mendapati bahawa budaya mengubah satu daripada aspek yang paling mencabar dalam peranan itu,” kata Gabriel Andrade, Rakan, Egon Zehnder dan ahli Lembaga, SQN. “Dengan SQN, kecerdasan bagi sistem pengendalian akhir-ke-akhir dan sokongan berpandu yang kami dapat berikan kepada pelanggan mampu mengubah sumber manusia dan pengurusan prestasi untuk masa depan yang dapat diramalkan.”

SQN membawa keupayaan baharu kepada satu set perkongsian yang sudahpun berkuasa. Perikatan strategik Egon Zehnder dengan Mobius Executive Leadership, firma pembangunan kepimpinan berasaskan MA di London dan Cambridge, menyampaikan program pembangunan eksekutif yang disesuaikan di peringkat ketua pegawai eksekutif dan  eksekutif yang membolehkan penemuan yang sering dijelaskan oleh peserta sebagai “perubahan kehidupan,” yang seterusnya dapat bertindak sebagai satu pengganda kepada kesan SQN. Di samping itu, Egon Zehnder telah menjalin kerjasama dengan Paradox Strategies, firma perundingan yang diasaskan bersama oleh Profesor Universiti Harvard Linda Hill, untuk membangunkan Darjah Inovasi (IQ), satu diagnostik proprietari budaya yang didasarkan kepada kajian Hill yang membantu pelanggan memahami dengan lebih jelas sejauh mana budaya mereka membolehkan – atau menghalang – keupayaan mereka untuk membuat pembaharuan.

Nota kepada Editor

Sinequanon (SQN) adalah sebuah syarikat permulaan PeopleTech milik persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2015. Walaupun kami bekerja di seluruh dunia dan merentasi industri, pusat kami adalah di Switzerland dengan mempunyai operasi di Afrika Selatan dan Republik Czech.

SQN mempunyai sebuah pasukan terdiri daripada 60 orang yang bekerja dengan penuh bersemangat, dengan disatukan oleh satu kepercayaan asas di dalam keupayaan kami sebagai manusia untuk secara radikal mengubah dan berkembang dan satu kesungguhan untuk menggabungkan kemahiran insani dengan usaha gigih. Pekerja kami bekerja merentasi tingkah laku, neural dan sains data, teknologi dan perkhidmatan pelanggan.

Di SQN, kami percaya bahawa pengurusan modal insan dan perundingan perubahan sudah tiba masanya untuk dipecahkan. Kami telah menggabungkan data, sains dan prinsip perniagaan yang kukuh ke dalam satu pendekatan yang berinovatif yang memaksimumkan ke dalam tenaga manusia, yang seringkali terperangkap di dalam perniagaan besar, dengan menyampaikan peningkatan bahan kepada kedua-dua pengalaman pekerja dan garis bawah syarikat.

Kami menawarkan satu suite produk dan perkhidmatan perubahan budaya di bawah jenama Living Analytics™ dan flowOS™, dengan ditambah pula dengan model penyampaian pelanggan yang membolehkan sebuah teknologi berinovatif.

http://sqn.world

Maklumat mengenai Egon Zehnder

Egon Zehnder adalah firma perundingan kepimpinan dunia, yang berkongsi satu matlamat: untuk mengubah orang, organisasi dan dunia melalui kepimpinan yang hebat.

Kami tahu apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang hebat dan sangat bersemangat untuk menyampaikan penyelesaian kepimpinan yang terbaik bagi pelanggan kami.

Sebagai Satu Firma, lebih daripada 480 Perunding kami di 68 pejabat dan 40 buah negara membawa kekuatan kami masing-masing untuk membentuk satu pasukan kolaboratif yang sangat kuat.

Kami bekerjasama rapat dengan perbadanan awam dan swasta, perusahaan milik keluarga, dan agensi kerajaan dan yang tidak mencari keuntungan untuk menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat kepada Lembaga, pencarian dan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif, pencarian eksekutif, penilaian eksekutif, pembangunan kepimpinan dan transformasi organisasi.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan bersepadu untuk menyokong usaha perundingan kepimpinan kami: Perikatan strategik kami dengan Mobius Executive Leadership, firma pembangunan kepimpinan berasaskan MA di London dan Cambridge, menyampaikan program pembangunan eksekutif yang disesuaikan di peringkat ketua pegawai eksekutif dan  eksekutif yang membolehkan penemuan yang sering dijelaskan oleh peserta sebagai “perubahan kehidupan.” Di samping itu, kami telah menjalin kerjasama dengan Paradox Strategies, firma perundingan yang diasaskan bersama oleh Profesor Universiti Harvard Linda Hill, untuk membangunkan Darjah Inovasi (IQ), satu diagnostik proprietari budaya yang didasarkan kepada kajian Hill yang membantu pelanggan memahami dengan lebih jelas sejauh mana budaya mereka membolehkan – atau menghalang – keupayaan mereka untuk membuat pembaharuan.

Kami berkongsi satu komitmen dan kebanggaan dalam melakukan kerja yang menyumbang kepada kerjaya yang berjaya, syarikat yang lebih kukuh dan sebuah dunia yang lebih baik.

www.egonzehnder.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/51990164/en

Hubungi

Media global
Hilary Crnkovich
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Global
Telefon: +1 312-260-8978
Stacy Drumtra
Ketua Pemasaran dan Komunikasi bagi Amerika Syarikat
Telefon: +1 312-260-8974

Sumber : Egon Zehnder

Monday, May 27, 2019

EXPO INDUSTRI DATA BESAR ANTARABANGSA CHINA 2019 DIBUKA DI GUIYANG

EXPO INDUSTRI DATA BESAR ANTARABANGSA CHINA 2019 DIBUKA DI GUIYANG

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN FUSIONEX INTERNATIONAL DIANUGERAHKAN DENGAN FELLOWSHIP KEHORMAT OLEH MOSTA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh telah dianugerahkan dengan Fellowship Kehormat bagi Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau yang cemerlang kepada industri minyak sawit.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/51985909/en

Teh menerima penghormatan itu pada satu majlis penyampaian yang diadakan semasa acara ‘Masa Depan Industri Minyak Sawit’ di Kuala Lumpur. Teh telah dianugerahkan dengan penghormatan itu oleh Presiden MOSTA Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock dan disaksikan oleh Menteri Industri Utama Malaysia, YB Teresa Kok Suh Sim, yang menyampaikan ucaptama.

Acara itu termasuk sesi berkongsi pengetahuan yang memberi tumpuan kepada pendigitalan dan pemodenan industri minyak sawit dengan menggunakan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Industri (IR) 4.0. 

Pakar-pakar dalam pelbagai perkara termasuk mereka dari Fusionex telah bercakap kepada lebih 100 orang wakil industri minyak sawit, pemimpin, penyelidik, dan saintis mengenai bagaimana Blok Rantai, Pemudahan Perdagangan dan teknologi lain dapat membantu merevolusikan sektor minyak sawit.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Saya berbesar hati dan berterima kasih kerana telah diberikan anugerah ini oleh MOSTA. Industri minyak sawit adalah satu sektor yang bertenaga dan berkembang dengan potensi yang sangat besar. Sama seperti dengan bidang lain, cabaran dan peluang sentiasa wujud. Kami di Fusionex adalah komited untuk membantu industri minyak sawit agar terus mempertingkatkan diri dan cemerlang melalui penggunaan teknologi yang berkesan. Untuk itu, kami sangat teruja dan bersemangat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan hebat seperti MOSTA serta pelbagai pemain industri yang lain untuk meningkatkan standard, kualiti, produktiviti dan kecekapan industri minyak sawit.”

Presiden MOSTA Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock berkata, “MOSTA menghargai sumbangan Dato' Seri Ivan Teh untuk memulakan penggunaan AI kepada industri minyak sawit melalui penciptaan beliau di dalam proses pengisaran dan pemasaran minyak sawit yang dicadangkan.

Cadangan beliau mengenai sebuah perladangan pintar, pengisaran pintar, dan penstriman pengeluaran minyak sawit akan meningkatkan masa depan bagi industri minyak sawit. Beliau memarakkan laluan baharu ini dengan pengetahuan dan kemudahan terkini serta pembentangan yang sangat baik.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Maklumat mengenai MOSTA

MOSTA (Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (organisasi yang tidak mencari keuntungan) telah dirasmikan pada 7 September 1989 dengan tujuan untuk menggalakkan kemajuan dalam sains, teknologi, dan perdagangan minyak dan lemak.

Misi MOSTA adalah untuk menjadi organisasi yang tidak mencari keuntungan yang terkemuka di rantau Asia Pasifik di dalam kemajuan sains, teknologi, kualiti, dan perkara-perkara yang berkaitan perdagangan dengan minyak dan lemak termasuk bahan berkaitan lipid yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MOSTA, sila layari http://mosta.org.my/

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/51985909/en

Hubungi

Hubungan Media:
Angie Lim
angie@adv-fusionex.com

Sumber : Fusionex

KERJASAMA AKUAKULTUR LAUT DAN RUMPAI LAUT BAGI CHINA-ASEAN

BANDAR RAYA ZHU HAI, China, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dari 17 Mei hingga 18 Mei, 2019, “Pusat China-ASEAN untuk Penyelidikan Bersama dan Penggalakan Teknologi Akuakultur Laut” dan “Bahagian Rumpai Laut China bagi Kerjasama Sains & Teknologi Antarabangsa” yang diwujudkan oleh Sun Yat-sen University dan Ocean University of China telah mengadakan Forum Pembangunan Industri Marikultur Pembangunan bagi China-ASEAN dan “Bengkel Kerjasama Rumpai Laut” di Zhuhai, China.

39 orang wakil antarabangsa dari 28 badan dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara-negara ASEAN yang lain dan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), Rangkaian Pendidikan Perikanan ASEAN (ASEAN-FEN), Rangkaian Pusat Akuakultur Asia Pasifik (NACA), dan lebih daripada 300 orang wakil dari 100 unit pendidikan, saintifik dan korporat di China telah menghadiri persidangan ini.

Wakil-wakil dari Persatuan Rumpai Laut Indonesia, Universiti Jenderal Soedirman, Universiti Diponegoro, Universiti Pertanian Bogor (Indonesia), Prince of Songkla University (Thailand), University of the Philippines Visayas, NACA, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Akuakultur Laut, Jabatan bagi Pembangunan Akuakultur, Pentadbiran Perikanan (Kemboja), Sun Yat-sen University (China) dan Ocean University of China telah menghadiri bengkel kerjasama rumpai laut itu. Pada mesyuarat itu, situasi semasa dan kecenderungan pembangunan bagi pembangunan marikultur di China dan ASEAN telah dibincangkan, dan “Deklarasi bagi Kerjasama Rumpai Laut” dilancarkan secara bersama, yang meletakkan satu asas kukuh untuk terus menggalakkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang seperti rumpai laut, terutamanya dalam pembinaan makmal bersama, kerjasama sains dan teknologi, latihan bakat, demonstrasi teknologi dan kerjasama perindustrian.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12167

Saturday, May 25, 2019

BANK MUAMALAT RAI PELAJAR TAHFIZ, GELANDANGAN BERBUKA PUASA

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Seramai 150 pelajar tahfiz dan golongan kurang bernasib baik serta gelandangan, diraikan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Sultan Abd Samad, di sini malam ini.

Pelajar berkenaan terdiri daripada penghuni Maahad Tahfiz Al-Bayan, Shah Alam, dan Maahad Tahfiz Jailani, Kampung Baru serta gelandangan sekitar masjid itu.

Setiap pelajar turut menerima sumbangan beg sekolah dan duit raya, manakala bekalan kuih raya serta duit raya diberikan kepada golongan sasar.

Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Redza Shah Abdul Wahid bersama timbalannya, Khairul Kamaruddin dan anggota jawatankuasa masjid, Syed Abdullah Syed Nordin.

Bank itu turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada pihak masjid berkenaan.

Redza Shah berkata penganjuran majlis yang memasuki tahun kelapan sejak 2011 itu, adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berterusan bank tersebut.

"Program ini adalah komitmen berterusan Bank Muamalat untuk membantu golongan sasar khususnya gelandangan dan program sebegini bukan sahaja tertumpu ketika bulan Ramadan, tetapi juga pada waktu lain sepanjang tahun," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, May 23, 2019

MAKLUMAN MENGENAI ANUGERAH MEDIA MSOSH 2019

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Dimaklumkan Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) telah memperkenalkan Anugerah Media MSOSH 2019 bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Wang hadiah yang berjumlah RM 12,000 untuk dimenangi bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori media cetak & portal berita dan kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian.Penyertaan hanya terbuka pada karya berbahasa Melayu & Inggeris.

Bagi karyawan media yang ingin mengetengahkan karya-karya mengenai KKP yang diterbit atau disiar antara 1 Januari 2018 hingga 30 Mei 2019, boleh muat turun borang melalui pautan berikut:

http://mpi.my/release/msosh-media-award-2019

Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Jun 2019. Tiada yuran penyertaan dikenakan.


SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PVH CORP. MENAMAKAN STEFAN LARSSON KE JAWATAN PRESIDEN YANG BAHARU DIWUJUDKAN

– Seorang Pemimpin yang Cemerlang, Pelantikan Larsson Mengukuhkan lagi Pasukan Kepimpinan Kanan PVH dan Mewujudkan Perancangan Penggantian Pengurusan Yang Kukuh – 


NEW YORK, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. [NYSE: PVH], satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia dan pemilik bagi jenama-jenama ikonik, termasuk CALVIN KLEIN, TOMMY HILFIGER, Van Heusen, Speedo, dan IZOD, hari ini mengumumkan pelantikan Stefan Larsson ke jawatan Presiden, PVH Corp. yang baharu diwujudkan itu berkuatkuasa pada 3 Jun, 2019. Encik Larsson akan bertanggungjawab bagi mengendalikan perniagaan berjenama dan wilayah PVH, dengan setiap satu daripada tiga ketua pegawai eksekutif bagi jenama-jenama itu dan Presiden-presiden Serantau melapor kepada beliau. Beliau akan melapor kepada Emanuel Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PVH. Sehubungan dengan pengumuman ini, Encik Chirico telah menandatangani satu perjanjian pekerjaan lima tahun yang baharu dengan Syarikat itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190521005894/en/

Pengarah Pengerusi PVH, Henry Nasella berkata bahawa “Dengan menandatangani perjanjian pekerjaan baharu oleh Manny dan pengambilan Stefan ke jawatan Presiden yang baharu diwujudkan itu, kami percaya bahawa PVH berada pada kedudukan yang sangat baik dari segi kepimpinan dan perspektif penggantian pengurusan untuk terus melaksanakan rancangan strategik kami dengan baik ke arah masa hadapan.”

Encik Larsson telah baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Ralph Lauren Corp., di mana beliau berjaya menumpukan semula syarikat itu tentang apa yang menjadikannya ikonik, meningkatkan prestasi dan menetapkan arah untuk pertumbuhan masa hadapan. Sebelum itu, Encik Larsson berkhidmat sebagai Presiden Global bagi Old Navy, satu cabang bagi Gap Inc., dan telah membantu Old Navy mencatatkan 12 suku tahun berturut-turut bagi pertumbuhan yang menguntungkan, dengan menambahkan $1 bilion dalam penjualan yang menguntungkan. Selama lebih 15 tahun, Encik Larsson adalah merupakan sebahagian daripada pasukan itu yang mengembangkan penjualan peruncit Sweden Hennes & Mauritz (H&M) dari $3 bilion kepada $17 bilion dan memperluaskan operasi syarikat itu dari 12 sehingga kepada 44 buah negara.

“Bakat dan rekod perkhidmatan kendalian Stefan menjadikan beliau satu penambahan yang mantap kepada pasukan pengurusan kanan PVH,” kata Emanuel Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Beliau sangat dihargai kerana tumpuan strategik beliau, kepimpinan yang terbukti dan pengalaman global di dalam memacukan transformasi dan pembinaan jenama dalam sebuah landskap pengguna yang semakin dinamik dan sentiasa berubah. Sebagai Presiden kami, saya amat yakin bahawa Stefan memenuhi syarat untuk membantu menjanakan pertumbuhan global kami dengan berjaya memimpin jenama dan wilayah kami untuk melaksanakan keutamaan strategik kami, dan menyampaikan pertumbuhan garis atas dan keuntungan dan pulangan yang konsisten kepada pemegang saham kami.”

Stefan Larsson berkata, “PVH adalah sebuah syarikat yang luar biasa dan memiliki sebahagian daripada jenama gaya hidup global yang paling ikonik. Saya telah lama mengagumi apa yang telah dicapai oleh Manny dan pasukan pengurusan PVH, dengan sejarah kejayaan, pengambilalihan transformatif, pembinaan jenama yang luar biasa, reka cipta semula dan inovasi, platform operasi yang kukuh dan perhubungan dengan pengguna mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada kuasa PVH itu dan bekerjasama dengan seluruh pasukan kepimpinan untuk memacukan perniagaan itu ke hadapan.”
Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROWSpeedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat masa hadapan Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; (iii) tahap penjualan bagi pakaian, kasut dan produk berkaitan bagi Syarikat itu, baik kepada pelanggan borong dan di gedung jualan mereka, tahap penjualan bagi pemegang lesen Syarikat itu di peringkat borong dan runcit, dan sejauh mana diskaun dan harga promosi di mana Syarikat itu dan pemegang lesen mereka dan rakan perniagaan yang lain dikehendaki untuk terlibat, kesemuanya boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca, perubahan dalam ekonomi, harga bahan api, pengurangan dalam perjalanan, trend fesyen, penyatuan, peletakan semula dan kebankrapan di dalam industri runcit, peletakan semula bagi jenama-jenama oleh pemberi lesen Syarikat itu, dan faktor lain; (iv) keupayaan Syarikat itu untuk menguruskan pertumbuhan dan inventori, termasuk keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pengambilalihan, seperti pengambilalihan yang belum selesai yang dikenalpasti dalam siaran akhbar ini; (v) sekatan kuota, pengenaan kawalan perlindungan dan pengenaan duti atau tarif ke atas barang dari negara-negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya menghasilkan barangan di bawah tanda dagangannya, yang mana antara lain, dapat membatasi keupayaan untuk menghasilkan produk di negara-negara yang kos efektif, atau di negara-negara yang mempunyai kepakaran buruh dan teknikal yang diperlukan; (vi) ketersediaan dan kos bagi bahan mentah; (vii) keupayaan Syarikat itu untuk menyesuaikan dengan tepat masa kepada perubahan dalam peraturan perdagangan dan penghijrahan dan pembangunan pengeluar (yang boleh menjejaskan di mana produk-produk Syarikat itu boleh dihasilkan dengan terbaiknya); (viii) perubahan di dalam ketersediaan kapasiti kilang dan penghantaran, kenaikan kadar upah dan kos penghantaran, konflik sivil, peperangan atau tindakan pengganas, ancaman oleh apa-apa ketidakstabilan yang sebelum ini, atau politik atau tenaga kerja di mana-mana negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya atau produk rakan perniagaan lain dijual, dihasilkan atau dirancang untuk dijual atau dihasilkan; (ix) wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan, yang boleh mengakibatkan kilang ditutup, mengurangkan tenaga kerja, kekurangan bahan mentah dan mengawal rapi atau sekatan barangan yang dihasilkan di kawasan yang dijangkiti, serta mengurangkan trafik dan pembelian pengguna, kerana pengguna menjadi sakit atau membatasi atau menghentikan perbelanjaan untuk mengelakkan pendedahan; (x) pemerolehan dan penyahlaburan dan isu-isu yang timbul daripada pengambilalihan, penyahlaburan dan urus niaga yang dicadangkan, termasuk, tanpa had, keupayaan untuk mengintegrasikan sesebuah entiti atau perniagaan yang diperolehi ke dalam Syarikat itu tanpa kesan buruk yang besar ke atas entiti yang diambil alih, perniagaan yang diperolehi atau operasi Syarikat yang sedia ada, hubungan pekerja, hubungan vendor, hubungan pelanggan atau prestasi kewangan, dan keupayaan untuk beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan bagi perniagaan Syarikat itu secara berterusan selepas penjualan atau pelupusan lain bagi sesebuah anak syarikat, perniagaan atau asetnya; (xi) kegagalan oleh pemegang lesen Syarikat itu untuk memasarkan produk berlesen dengan jayanya atau untuk mengekalkan nilai jenama-jenama Syarikat itu, atau penyalahgunaan bagi jenama Syarikat itu; (xii) turun naik yang ketara bagi dolar Amerika Syarikat berbanding dengan mata wang asing di mana Syarikat itu menjalankan urus niaga yang signifikan; (xiii) perbelanjaan pelan persaraan Syarikat itu yang dicatatkan sepanjang tahun dikira dengan menggunakan penilaian aktuari yang menggabungkan andaian dan anggaran mengenai pasaran kewangan, keadaan ekonomi dan demografi, dan perbezaan di antara anggaran dan hasil sebenar menimbulkan kepada keuntungan dan kerugian, yang boleh menjadi ketara, yang dicatatkan dengan serta-merta dalam pendapatan, pada umumnya pada suku keempat tahun berkenaan; (xiv) kesan kepada undang-undang dan peraturan cukai baharu dan disemak semula, terutamanya Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan Amerika Syarikat 2017 yang mungkin tak seimbang menjejaskan Syarikat itu berbanding dengan sesetengah rakan mereka kerana struktur cukai tertentu bagi Syarikat itu dan peratusan yang lebih tinggi bagi pendapatan dan hasil yang dijanakan di luar Amerika Syarikat, dan undang-undang yang digubal di Belanda yang dikenali sebagai “Pelan Cukai Belanda 2019”; dan (xv) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”).

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190521005894/en/

Hubungi

PVH Corp.
Dana Perlman
Bendahari, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502
communications@pvh.com

Sumber : PVH Corp.

Tuesday, May 21, 2019

FUSIONEX MENINGKATKAN HASIL UNTUK PENGILANG MULTINASIONAL DENGAN PENYELESAIAN IR 4.0

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah penyedia teknologi data terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah di dalam teknologi Analisis Data Besar (BDA), Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 telah meraih sebuah kontrak bernilai berjuta-juta dolar untuk meningkatkan daya pengeluaran dan hasil pengeluaran bagi sebuah pengeluar besar melalui penggunaan teknologi IR 4.0.

Ditubuhkan empat dekad yang lalu, pelanggan itu menggunakan 10,000 orang pekerja dan mempunyai perolehan tahunan bernilai berbilion dolar. Dalam usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan operasi selanjutnya, Fusionex akan menyediakan kepada pelanggan itu dengan platform Analisis Data Besar, AI dan Kecerdasan Berterusan untuk mengumpul, menyimpan, memantau, dan mengambil tindakan ke atas pandangan yang diperolehi daripada data pengeluaran dari kilang dan loji mereka secara 24/7.

Dengan menggunakan penyelesaian canggih Fusionex, pelanggan itu akan dapat menjejaki dan menganalisis parameter seperti suhu, kelembapan, ketidakstabilan tekanan, dan input-output, untuk mendapatkan gambaran yang teguh yang tertanam di dalam pemprosesan pintar pelanggan. Hasilnya, Fusionex berharap untuk meningkatkan hasil pelanggan sebanyak berjuta-juta dolar pada setiap bulan.

Fusionex akan memperkenalkan sebuah platform digital yang dikuasakan oleh AI untuk membantu pelanggan mengautomasikan proses pengeluaran, aktiviti penyelenggaraan, dan pencegahan kerosakan mereka.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Teknologi IR 4.0 kami yang dikuasakan oleh AI bersedia untuk membantu pelanggan membuat sistem mereka lebih pintar serta meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Kami teruja kerana dipilih oleh pelanggan itu, ketika mereka memulakan satu perjalanan untuk memodenkan operasi mereka, dan pada masa yang sama meningkatkan garis atas dan tahap keuntungan mereka, serta membuat jangkaan mengenai masa hadapan bagi perniagaan mereka.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20190520005026/en

Hubungi

Angie Lim
angie@adv-fusionex.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Saturday, May 18, 2019

MAKLUMAN PERTUKARAN NOMBOR TELEFON HASIL CARE LINE (HCL)

CYBERJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan pertukaran nombor telefon Hasil Care Line (HCL) bermula 16 Mei 2019 adalah seperti berikut:

                  

Pelanggan yang ingin berurusan dengan LHDNM diharap ambil maklum perkara ini. Sebarang urusan percukaian berkaitan dengan LHDNM turut boleh dilakukan melalui perkhidmatan elektronik dengan melayari www.hasil.gov.my.    

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks: 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

Thursday, May 16, 2019

THE WE COMPANY LANCAR ARK SEBUAH PLATFORM PEMEROLEHAN & PENGURUSAN HARTANAH BAHARU

  • ARK akan pada mulanya menggunakan kira-kira $2.9 bilion daripada modal ekuiti keseluruhan
  • Platform akan mengoptimumkan aset dan memacukan inovasi merentas portfolio melalui strategi perusahaan dan penyewa utama
  • Ivanhoé Cambridge akan menjadi rakan pengasas strategik dalam usaha baharu ARK


NEW YORK, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ARK, platform pemerolehan dan pengurusan hartanah global mereka.

Satu Evolusi bagi Strategi Pelaburan Hartanah The We Company

ARK membina di atas asas yang kukuh di dalam pemerolehan dan pengurusan hartanah yang diwakili oleh WeWork Property Advisors, sebuah penasihat pelaburan yang bergabung dengan The We Company dan Kumpulan Rhône dan akan bergabung dengan ARK sebagai sebahagian daripada pelancaran itu.

ARK akan memberi tumpuan kepada memperolehi, membangun, dan menguruskan aset hartanah di pintu masuk bandar raya-bandar raya global dan pasaran sekunder pertumbuhan tinggi yang akan mendapat manfaat daripada penghunian WeWork. WeWork akan menggerakkan model ruang-sebagai-satu-perkhidmatan mereka di dalam hartanah yang dimiliki atau dikendalikan oleh ARK untuk syarikat-syarikat ahli kami, termasuk perniagaan Perusahaan kami yang semakin berkembang - kini mewakili lebih daripada 40% keahlian global – bersama dengan strategi penyewa utama kami.

ARK akan memanfaatkan akses mereka kepada proses pemilihan tapak dan teknologi proprietari The We Company, serta perhubungan mereka dengan rakan-rakan dan syarikat-syarikat anggota perusahaan, untuk mengakses pelbagai peluang-peluang hartanah. ARK berhasrat untuk dengan segera menstabilkan aset dengan melaksanakan satu pelan perniagaan prapakej yang telah terbukti dan akan menerapkan penyelesaian holistik The We Company bagi pemilik hartanah, berdasarkan kepada keupayaan The We Company yang sudah mantap dalam penyumberan, pembinaan, pengisian dan pengoperasian hartanah.

Rich Gomel, Rakan Pengurusan, ARK, berkata: “Kami telah melihat secara langsung nilai  yang dapat dihasilkan oleh ekosistem WeWork untuk tuan-tuan tanah dan rakan hartanah. Pelancaran ARK akan membantu memacukan pertumbuhan dengan memanfaatkan pengalaman dan rangkaian hartanah The We Company yang meluas. ARK telah ditubuhkan untuk memanfaatkan peluang itu dan membolehkan kami menyediakan pilihan perkongsian yang berbeza bagi komuniti hartanah untuk mengambil bahagian di dalam pertumbuhan dan pengembangan We Company.”

Ivanhoé Cambridge - Rakan Strategik

ARK juga dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Ivanhoé Cambridge, sebuah anak syarikat hartanah bagi Caisse de dépôt et placement du Québec dan satu daripada pelabur hartanah institusi terbesar dan sangat dihormati di dunia, menyediakan modal yang besar dan sokongan kepada platform itu. Ivanhoé Cambridge merancang untuk bekerjasama dengan ARK di atas pemerolehan hartanah dan pengurusan hartanah di seluruh dunia, yang membolehkan platform itu untuk mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran Ivanhoé Cambridge yang signifikan di dalam sektor hartanah.

Sylvain Fortier, Ketua Pegawai Pelaburan dan Inovasi di Ivanhoé Cambridge berkata: “Seperti The We Company, kami percaya terdapat kesan positif yang besar di dalam mengganggu norma-norma tradisional bagi hartanah. Kami berkongsi visi yang sama, komitmen terhadap tanggungjawab sosial, dan pendekatan jangka panjang ke arah hartanah menjadikan ini satu perkongsian yang semulajadi dan sesuatu yang kami yakin akan menjadi transformasi bagi kedua-dua buah syarikat. The We Company membawa bakat mereka yang kreatif dan inovatif, bersama-sama dengan kepakaran teknologi dan reka bentuk mereka, yang penting untuk memenuhi jangkaan baharu bagi ruang hartanah sama ada di dalam sfera komersial atau kediaman. ARK membawa satu pasukan pemerolehan dan profesional pengurusan aset yang kuat dan perhubungan yang mendalam dengan The We Company. Saya fikir kita akan saling melengkapi di antara satu sama lain dengan baik sekali.”

Pasukan dan Rakan Pengurusan  

ARK pada mulanya akan menggerakkan $2.9 bilion dalam modal ekuiti keseluruhan ekoran gabungan mereka dengan WeWork Property Advisors. The We Company akan menjadi pemilik majoriti bagi ARK.

Platform itu akan dipengerusikan oleh Steven Langman, Pengarah Urusan bagi Kumpulan Rhône dan seorang ahli Lembaga Pengarah di The We Company. Beliau akan berkhidmat sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Pengurusan ARK dan akan juga berkhidmat dalam jawatankuasa pelaburan ARK.

Di samping Encik Langman dan Encik Gomel, Wendy Silverstein, yang dahulunya dari New York Reit dan Vornado Realty Trust akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Pelaburan ARK. Kepimpinan ARK disokong oleh satu kumpulan profesional hartanah yang berdedikasi dan berpengalaman dengan kepakaran yang berlainan merangkumi pemerolehan, pembangunan, dan pengurusan hartanah.

Maklumat:

The We Company

Ditubuhkan oleh Adam dan Rebekah Neumann dan Miguel McKelvey pada tahun 2010, The We Company terdiri daripada tiga garis perniagaan yang jelas – WeWork atau Kita Bekerja, WeLive atau Kita Hidup, dan WeGrow atau Kita Membesar - yang melanjutkan misi kami untuk meningkatkan kesedaran dunia. Misi WeWork adalah untuk mewujudkan sebuah dunia di mana orang bekerja untuk mencipta satu kehidupan, bukan sekadar untuk hidup; Misi WeLive adalah untuk membina sebuah dunia di mana tidak ada seorangpun merasakan dirinya terasing; dan misi WeGrow adalah untuk melepaskan kuasa besar bagi setiap manusia. The We Company memulakan tahun 2019 dengan 425 lokasi di 100 bandar raya di 27 buah negara, dan mempunyai lebih 400,000 ahli, yang termasuk lebih dari 30% syarikat-syarikat Fortune 500. Untuk maklumat tambahan, sila layari www.we.co

ARK

ARK adalah sebuah anggota gabungan bagi The We Company dan berfungsi sebagai platform pemerolehan dan pengurusan hartanah global baharu mereka di Bandar Raya New York. Tumpuan ARK adalah untuk memperoleh, membangun, dan menguruskan aset hartanah terpilih di pintu masuk bandar raya global dan pasaran sekunder pertumbuhan tinggi. ARK bekerjasama dengan The We Company untuk menggunakan kaedah The We Company yang sedia ada, baharu, dan membangunkan produk bagi komuniti dan pengurusan ruang kepada hartanah milik ARK dan memanfaatkan perhubungan The We Company dengan syarikat-syarikat rakan dan ahli perusahaan untuk mewujudkan ekosistem bertenaga yang diprogramkan sepenuhnya.

Nota:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang tidak boleh bergantung kepadanya sepenuhnya, dan yang mana boleh diubah. Tidak ada apa-apa yang terkandung di dalam siaran akhbar ini harus diandaikan sebagai satu janji, jaminan, atau perwakilan mengenai prestasi lampau atau prestasi masa hadapan bagi mana-mana syarikat, entiti, atau kenderaan atau keputusan sasaran yang lain. Peristiwa dan keadaan sebenar mungkin berbeza secara material.

Aktiviti-aktiviti yang dijelaskan dalam siaran akhbar ini memerlukan satu tahap risiko yang tinggi dan tidak ada jaminan yang dapat diberikan bahawa objektif The We Company atau ARK atau mana-mana anggota gabungan mereka akan dicapai. Mana-mana sasaran objektif yang dijelaskan dalam siaran akhbar ini adalah bersifat hipotesis dan berdasarkan kepada keyakinan, andaian, dan maklumat semasa, dan ditunjukkan untuk tujuan maklumat ilustrasi sahaja dan tidak bertujuan untuk meramal atau menelah peristiwa masa depan, yang tertakluk kepada ketidaktentuan ekonomi, pasaran dan ketidakpastian lain yang signifikan. Modal ekuiti yang dikendalikan oleh ARK adalah dalam keadaan tertentu  diuruskan bersama dengan pengurus institusi pihak ketiga yang lain dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam pelbagai perjanjian muktamad yang berkaitan dengan modal ekuiti tersebut. Tiada apa-apa yang terkandung di dalam siaran akhbar ini menjurus kepada satu tawaran untuk menjual dan tidak juga meminta satu tawaran untuk membeli sekuriti, atau satu tawaran bagi perkhidmatan nasihat pelaburan atau pengurusan pelaburan, dalam mana-mana bidang kuasa.

Baik The We Company, ARK, atau mana-mana anggota gabungan mereka tidak membuat apa-apa representasi atau jaminan, dinyatakan atau tersirat, mengenai ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalam siaran akhbar ini. Siaran akhbar ini bukan satu tawaran untuk menjual dan tidak juga meminta satu tawaran untuk membeli sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa. Penerima siaran akhbar ini adalah digalakkan untuk menghubungi wakil-wakil The We Company dan ARK untuk membincangkan prosedur dan metodologi (termasuk andaian) mengenai bagaimana kenyataan-kenyataan ini didasarkan, dan harus menjalankan penyelidikan dan penilaian mereka sendiri secara bebas dan mendapatkan nasihat bebas tentang kesahihan maklumat yang terkandung di dalam siaran akhbar ini dan implikasinya kepada keadaan tertentu mereka sendiri.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190515005296/en/

Hubungi

Hubungan Media
Dominic McMullan / Arif Shah
press@wework.com

Sumber : The We Company

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...