Seni bina Platform Memberikan Kemampuan Ujian Keselarian Tinggi dan Berbilang Tapak untuk Frekuensi Berbilang Jalur
TOKYO, 7 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pembekal peralatan ujian semikonduktor termaju, Advantest Corporation (TSE: 6857) telah memperluaskan sistem V93000 miliknya untuk menguji secara cekap kos generasi mendatang bagi peranti frekuensi radio 5G-NR dan membuat modul pada platform boleh skala tunggal. Penyelesaian Milimeter Skala Gelombang V93000 baharu memiliki keselarian berbilang tapak yang tinggi dan kepelbagaian yang diperlukan untuk frekuensi milimeter-gelombang (mmWave) berbilang jalur. Julat operasi daripada 24 GHz hingga 44 GHz dan 57 GHz hingga 70 GHz membolehkan pelanggan mengurangkan masa mereka untuk memasarkan reka bentuk baharu yang berfungsi pada frekuensi mmWave.
Sistem bersepadu tinggi ini sangat berbeza daripada segi seni binanya berbanding penyelesaian yang lain dengan memberikan sebanyak 64 port mmWave dwihala berdasarkan pelaksanaan modular. Ini bukan sahaja membolehkan penggunaan modul frekuensi 5G dan WiGig yang berbeza, tetapi juga penambahan modul baharu ketika jalur frekuensi baharu diperkenalkan di seluruh dunia. Berdasarkan sangkar kad mmWave inovatif yang dilengkapi sehingga lapan buah instrumen mmWave, penyelesaian ATE yang sangat serba boleh dan berkesan kos ini berfungsi pada peringkat alatan meja atasan. Kefungsian ujian jalur lebar sistem boleh skala ini memberikannya kemampuan untuk mengendalikan pemodulatan kadar penuh dan nyahmodulat untuk peranti ultra-jalur lebar (UWB), 5G-NR mmWave sehingga 1 GHz, WiGig (802.11ad/ay) sehingga 2 GHz dan antena-dalam-pakej (AiP) selain daripada pembentukan alur dan ujian melalui udara.
“Dengan memberikan penyelesaian ujian ATE mmWave bersepadu dan berbilang tapak yang pertama bagi industri, kami memberikan laluan untuk pelanggan merendahkan kos ujian untuk peranti 5G-NR semasa dan akan datang mereka disamping memanfaatkan pelaburan sedia ada mereka dalam penguji RF Skala Gelombang kami yang mantap,” kata Juergen Serrer, naib presiden eksekutif bagi Unit Perniagaan V93000 dalam Kumpulan Perniagaan ATE Advantest Corporation. “Secara khusus, syarikat OSAT boleh mendapat manfaat yang banyak daripada penyelesaian ATE mmWave yang fleksibel dan boleh skala ini.”
Pemasangan awal untuk pelanggan yang menguji kedua-dua peranti berbilang jalur 5G dan WiGig sudah selesai. Advantest kini menerima pesanan untuk penyelesaian mmWave yang baharu.
Perihal Advantest Corporation
Syarikat teknologi bertaraf dunia, Advantest merupakan pengeluar termaju peralatan ujian automatik (ATE) untuk industri semikonduktor dan pengeluar ulung bagi instrumen pengukuran yang digunakan dalam reka bentuk dan pengeluaran instrumen dan sistem elektronik. Sistem dan produk termajunya disepadukan ke dalam kebanyakan barisan pengeluaran semikonduktor yang termaju di dunia. Syarikat ini juga menumpukan kepada R&D untuk pasaran memuncul yang mendapat manfaat daripada kemajuan dalam teknologi nano dan terahertz serta telah memperkenalkan mikroskop elektron pengimbasan metrologi berbilang penglihatan yang penting bagi pengilangan topeng foto serta alatan pengimejan dan analisis 3D perintis. Diasaskan di Tokyo pada tahun 1954, Advantest menubuhkan anak syarikatnya yang pertama pada tahun 1982 di USA dan kini memiliki anak syarikat di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.advantest.com.
ADVANTEST CORPORATION
3061 Zanker Road
San Jose, CA 95134, USA
Judy Davies
Judy.davies@advantest.com
Video yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e3f91f39-4d40-4011-92c7-212193262007
Sumber: Advantest America, Inc.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment