Pelajar berkenaan terdiri daripada penghuni Maahad Tahfiz Al-Bayan, Shah Alam, dan Maahad Tahfiz Jailani, Kampung Baru serta gelandangan sekitar masjid itu.
Setiap pelajar turut menerima sumbangan beg sekolah dan duit raya, manakala bekalan kuih raya serta duit raya diberikan kepada golongan sasar.
Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Redza Shah Abdul Wahid bersama timbalannya, Khairul Kamaruddin dan anggota jawatankuasa masjid, Syed Abdullah Syed Nordin.
Bank itu turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada pihak masjid berkenaan.
Redza Shah berkata penganjuran majlis yang memasuki tahun kelapan sejak 2011 itu, adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berterusan bank tersebut.
"Program ini adalah komitmen berterusan Bank Muamalat untuk membantu golongan sasar khususnya gelandangan dan program sebegini bukan sahaja tertumpu ketika bulan Ramadan, tetapi juga pada waktu lain sepanjang tahun," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment