Sigma Systems, sebuah pembekal global yang terkemuka bagi mewujud-menjual-menyampaikan penyelesaian perisian untuk syarikat-syarikat telekom, media, dan berteknologi tinggi, telah menandatangani satu perjanjian yang bakal diperolehi oleh syarikat pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan yang berpangkalan di Australia, Hansen Technologies
TORONTO, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan mereka oleh Hansen Technologies, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan untuk industri Tenaga, Air, TV Berbayar, dan Telekomunikasi. Selepas penutupan penjualan itu, Hansen akan memperolehi pemilikan sepenuhnya ke atas Sigma Systems. Hansen Technologies adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX: HSN).
Dalam persekitaran yang sangat berinovatif pada hari ini, penyedia perkhidmatan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mempercepatkan inovasi produk dan perkhidmatan, mengubah perniagaan mereka bagi menjadi organisasi digital yang boleh dengan lebih efektif membuat penawaran berinovatif yang baharu, menjual mereka tanpa geseran di saluran pilihan pelanggan, dan menyampaikan perkhidmatan tersebut sebagaimana yang dijanjikan. Dari inovasi perkhidmatan digital sehingga kepada merealisasikan hasil dan sokongan pelanggan, pengambilalihan Sigma dan penawaran gabungan produk yang dihasilkan dari kedua-dua syarikat itu akan terus mengukuh dan memperluaskan proposisi nilai merentasi industri Telecom, Media, IoT, Tenaga dan Utiliti yang kami tawarkan perkhidmatan. Gabungan bagi kedua-dua syarikat yang berkembang pesat ini mewujudkan sebuah organisasi yang lebih mantap dengan kepakaran yang lebih tinggi, pakar penyampaian yang lebih berbakat, memperluaskan skala R&D dan mempelbagaikan perniagaan kami merentasi industri menegak.
Andrew Hansen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hansen Technologies, mengulas: “Dengan rasa penuh bersemangat saya mengalu-alukan Sigma Systems ke dalam Kumpulan Hansen Technologies. Pengambilalihan itu merupakan satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai proposisi kami kepada telekomunikasi, tv berbayar dan tenaga menegak. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kami telah memacukan satu strategi pertumbuhan yang luar biasa melalui pengambilalihan, mencapai satu kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 28% dalam tempoh empat tahun yang lalu. Membawa Sigma Systems ke dalam kumpulan ini mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk memberikan penyelesaian yang bernilai kepada pangkalan pelanggan kami dan mewujudkan peluang pengembangan baharu untuk menjual silang penyelesaian perisian Sigma kepada pangkalan pelanggan tenaga kami yang luas.”
Tim Spencer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sigma Systems, mengulas: “Dengan memiliki sejarah selama 23 tahun dalam memenuhi keperluan industri telekom, adalah dengan rasa bangga bahawa kami telah berpindah ke bab seterusnya di dalam sejarah Sigma. Pada tahun lepas, Sigma telah meneruskan satu strategi pertumbuhan yang agresif melalui peningkatan tumpuan kepada penerimaan produk dan awan, pertumbuhan melalui menegak bersebelahan, dan satu strategi rakan pergi-ke-pasaran yang dipertingkatkan. Pemerolehan Sigma oleh Hansen Technologies melambangkan dua buah syarikat yang kuat yang berpadu tenaga, satu proposisi nilai kukuh yang digabungkan, dan pemecutan bagi strategi Sigma. Kami menanti-nantikan kepada peluang-peluang baharu di hadapan kami untuk memacukan nilai bagi pelanggan Sigma dan Hansen dan pemegang saham bagi syarikat itu.”
Pemerolehan ke atas Sigma Systems ditetapkan untuk ditutup pada 31 Mei, 2019. Untuk maklumat lanjut mengenai Sigma Systems, produk dan perkhidmatan mereka yang telah memenangi anugerah, dan mendapatkan Seterusnya Dilakukan Sekarangsila layari www.sigma-systems.com atau hubungi kami di info@sigma-systems.com.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hansen Technologies, sila layari www.hansencx.com.
Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)
Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan, Peruntukan, Wawasan dan Inventori Portfolio, dan menawarkan satu set perkhidmatan utama termasuk perkhidmatan profesional, perkhidmatan awan, dan perkhidmatan yang terurus. Sigma menggunakan satu pendekatan yang tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di seluruh dunia.
Maklumat mengenai Hansen Technologies
Hansen Technologies adalah sebuah peneraju dunia di dalam pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman, Kumpulan Hansen Technologies mempunyai lebih daripada 1000 orang pakar. Penyelesaian Hansen yang terbukti dan berskala serta penawaran yang berinovatif dan fleksibel, membolehkan lebih daripada 500 pelanggan untuk menyampaikan inisiatif perniagaan akhir-ke-akhir yang menjimatkan kos untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka.
Hansen mempunyai pejabat di seluruh dunia di Denmark, Finland, Norway, Sweden, Jerman, Belanda, Australia, New Zealand, China, Argentina, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat dengan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 80 buah negara. www.hansencx.com
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190501005429/en/
Hubungi
Adnan Bashir
Pengurus Kanan Perhubungan Korporat
Sigma Systems
+1 647 204 0999
Chloe Purcell
Ketua bagi Perhubungan Awam
Milner Strategic Marketing Ltd.
+44 1473 633123
Sumber : Sigma Systems
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment