Black & Veatch memindahkan pengetahuan teknikal kepada golongan profesional Manila Water Company dan rakan-rakan industri, menunjukkan komitmen di dalam pembinaan kapasiti bagi tenaga kerja tempatan
MANILA, Filipina, 7 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Manila Water Company, Inc. (MWCI) telah mengamanahkan Black & Veatch untuk melatih kalangan profesional mereka dan rakan-rakan industri air di dalam perkara-perkara yang lebih halus mengenai penghapusan nutrien biologi (BNR) di dalam rawatan air kumbahan.
Dr. James Barnard, seorang Pemimpin Amalan Global dan Teknologi untuk perniagaan air Black & Veatch, dan Dr Andrew Shaw, Naib Presiden Bersekutu di Black & Veatch, mengetuai sesi pemindahan pengetahuan itu. Dr. Barnard adalah pemenang Hadiah Air Lee Kuan Yew 2011 yang berprestij itu.
Persidangan teknologi dua hari itu telah dihadiri oleh lebih 70 orang profesional air, kira-kira 50 daripada mereka adalah dari MWCI. Dr. Barnard dan Dr. Shaw telah berkongsi pandangan teknologi, pengalaman praktikal dan cadangan dengan satu tumpuan untuk memajukan usaha pembinaan kapasiti dan pembangunan infrastruktur bagi Filipina.
“Pemindahan pengetahuan adalah satu komponen penting bagi projek kami. Kami percaya kerjasama yang mantap dan perkongsian pengetahuan yang efektif dengan utiliti air, seperti Manila Water, dapat membantu menangani kerumitan yang dihadapi oleh utiliti serantau,” kata William Yong, Naib Presiden dan Pengarah Urusan bagi perniagaan air Black & Veatch di Asia Tenggara.
Yong berkata bahawa pemindahan pengetahuan menyediakan kepada kalangan profesional Manila Water dengan lebih banyak pengetahuan dan kesedaran di dalam usaha untuk memenuhi peraturan alam sekitar yang diperketatkan. Memahami amalan terbaik BNR juga melengkapkan pasukan-pasukan tempatan dengan keupayaan untuk mengenal pasti dan meminimumkan isu-isu yang berkaitan dengan menaik taraf aset air kumbahan yang sedia ada dan membina infrastruktur baharu.
Membina dan mengekalkan infrastruktur adalah penting kepada pertumbuhan sesebuah negara. Dengan pembangunan bakat dan kemahiran berada pada teras inovasi dan kejayaan pelaksanaan, program pemindahan pengetahuan Black & Veatch memberi manfaat kepada pelanggan global di negara-negara yang berbeza seperti Asia, Afrika dan Timur Tengah.
Klik di sini untuk memuat turun sebuah imej sokongan.
Nota Editor:

- Dr. James L. Barnard dikenali di seluruh dunia sebagai Bapa bagi BNR, satu kaedah yang tidak menggunakan kimia bagi rawatan air kumbahan di mana nitrogen dan/ atau fosforus dikeluarkan. Dr. Barnard mengembangkan BNR lebih 40 tahun yang lalu, dan ia kini digunakan di seluruh dunia dalam beribu-ribu sistem rawatan air kumbahan di pelbagai iklim yang berbeza.
- MWCI adalah syarikat konsesi yang menyediakan perkhidmatan air dan pembetungan ke Zon Timur di Metro Manila. Kawasan konsesi itu termasuk Pasig, Taguig, Pateros, Mandaluyong, San Juan, Marikina, sebahagian Makati, Quezon City dan Manila dan keseluruhan Wilayah Rizal. Idea mengadakan satu persidangan teknologi diilhamkan apabila MWCI melantik Black & Veatch, dengan kerjasama DCCD Engineering Corporation, untuk menukar 40 daripada loji rawatan kumbahan (STP) mereka kepada kemudahan BNR. Objektif bagi projek itu adalah untuk mematuhi piawaian pelepasan Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli yang baharu untuk menghilangkan nutrien (nitrogen dan fosforus) di dalam kumbahan. Pendekatan untuk mencapai matlamat itu termasuk proses menaik taraf, penyatuan loji-loji dan lencongan aliran. Black & Veatch akan menyokong usaha MWCI dengan mengadakan penyiasatan, menjalankan reka bentuk terperinci dan melaksanakan perkhidmatan sokongan perolehan.
- MWCI menganjurkan satu acara risikan pasaran pada Mei 2019 untuk pakej rangkaian pembetung bagi dua skim pembetungan: Sistem Pembetungan San Mateo – Rodriguez Selatan; dan Sistem Pembetungan Mandaluyong Barat – San Juan Selatan - Quezon City Selatan. Setiap satu daripada dua projek itu termasuk sebuah STP baharu dengan proses rawatan BNR.
- Black & Veatch telah beroperasi di Filipina sejak tahun 1960-an. Projek menaik taraf itu adalah merupakan sebahagian daripada rangka kerja perundingan lima tahun yang dimenangi oleh konsortium Black & Veatch/DCCD pada tahun 2018.
Maklumat mengenai Black & Veatch
Black & Veatch adalah sebuah pemimpin dunia yang dimiliki kakitangan, dalam membina infrastruktur manusia kritikal di dalam Tenaga, Air, Telekomunikasi dan Perkhidmatan Kerajaan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami memperbaiki kehidupan manusia di lebih 100 buah negara melalui perundingan, kejuruteraan, pembinaan, operasi dan pengurusan program. Pendapatan kami pada tahun 2018 adalah AS$3.5 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190506005303/en/
Hubungi
Black & Veatch
EMILY CHIA | +65 6761 3511 telefon | +65 9875 8907 telefon bimbit | ChiaLP@BV.com
TALIAN KHIDMAT MEDIA 24 JAM | +1 866 496 9149
Sumber : Black & Veatch
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment