- ARK akan pada mulanya menggunakan kira-kira $2.9 bilion daripada modal ekuiti keseluruhan
- Platform akan mengoptimumkan aset dan memacukan inovasi merentas portfolio melalui strategi perusahaan dan penyewa utama
- Ivanhoé Cambridge akan menjadi rakan pengasas strategik dalam usaha baharu ARK
NEW YORK, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ARK, platform pemerolehan dan pengurusan hartanah global mereka.
Satu Evolusi bagi Strategi Pelaburan Hartanah The We Company
ARK membina di atas asas yang kukuh di dalam pemerolehan dan pengurusan hartanah yang diwakili oleh WeWork Property Advisors, sebuah penasihat pelaburan yang bergabung dengan The We Company dan Kumpulan Rhône dan akan bergabung dengan ARK sebagai sebahagian daripada pelancaran itu.
ARK akan memberi tumpuan kepada memperolehi, membangun, dan menguruskan aset hartanah di pintu masuk bandar raya-bandar raya global dan pasaran sekunder pertumbuhan tinggi yang akan mendapat manfaat daripada penghunian WeWork. WeWork akan menggerakkan model ruang-sebagai-satu-perkhidmatan mereka di dalam hartanah yang dimiliki atau dikendalikan oleh ARK untuk syarikat-syarikat ahli kami, termasuk perniagaan Perusahaan kami yang semakin berkembang - kini mewakili lebih daripada 40% keahlian global – bersama dengan strategi penyewa utama kami.
ARK akan memanfaatkan akses mereka kepada proses pemilihan tapak dan teknologi proprietari The We Company, serta perhubungan mereka dengan rakan-rakan dan syarikat-syarikat anggota perusahaan, untuk mengakses pelbagai peluang-peluang hartanah. ARK berhasrat untuk dengan segera menstabilkan aset dengan melaksanakan satu pelan perniagaan prapakej yang telah terbukti dan akan menerapkan penyelesaian holistik The We Company bagi pemilik hartanah, berdasarkan kepada keupayaan The We Company yang sudah mantap dalam penyumberan, pembinaan, pengisian dan pengoperasian hartanah.
Rich Gomel, Rakan Pengurusan, ARK, berkata: “Kami telah melihat secara langsung nilai yang dapat dihasilkan oleh ekosistem WeWork untuk tuan-tuan tanah dan rakan hartanah. Pelancaran ARK akan membantu memacukan pertumbuhan dengan memanfaatkan pengalaman dan rangkaian hartanah The We Company yang meluas. ARK telah ditubuhkan untuk memanfaatkan peluang itu dan membolehkan kami menyediakan pilihan perkongsian yang berbeza bagi komuniti hartanah untuk mengambil bahagian di dalam pertumbuhan dan pengembangan We Company.”
Ivanhoé Cambridge - Rakan Strategik
ARK juga dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Ivanhoé Cambridge, sebuah anak syarikat hartanah bagi Caisse de dépôt et placement du Québec dan satu daripada pelabur hartanah institusi terbesar dan sangat dihormati di dunia, menyediakan modal yang besar dan sokongan kepada platform itu. Ivanhoé Cambridge merancang untuk bekerjasama dengan ARK di atas pemerolehan hartanah dan pengurusan hartanah di seluruh dunia, yang membolehkan platform itu untuk mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran Ivanhoé Cambridge yang signifikan di dalam sektor hartanah.
Sylvain Fortier, Ketua Pegawai Pelaburan dan Inovasi di Ivanhoé Cambridge berkata: “Seperti The We Company, kami percaya terdapat kesan positif yang besar di dalam mengganggu norma-norma tradisional bagi hartanah. Kami berkongsi visi yang sama, komitmen terhadap tanggungjawab sosial, dan pendekatan jangka panjang ke arah hartanah menjadikan ini satu perkongsian yang semulajadi dan sesuatu yang kami yakin akan menjadi transformasi bagi kedua-dua buah syarikat. The We Company membawa bakat mereka yang kreatif dan inovatif, bersama-sama dengan kepakaran teknologi dan reka bentuk mereka, yang penting untuk memenuhi jangkaan baharu bagi ruang hartanah sama ada di dalam sfera komersial atau kediaman. ARK membawa satu pasukan pemerolehan dan profesional pengurusan aset yang kuat dan perhubungan yang mendalam dengan The We Company. Saya fikir kita akan saling melengkapi di antara satu sama lain dengan baik sekali.”
Pasukan dan Rakan Pengurusan
ARK pada mulanya akan menggerakkan $2.9 bilion dalam modal ekuiti keseluruhan ekoran gabungan mereka dengan WeWork Property Advisors. The We Company akan menjadi pemilik majoriti bagi ARK.
Platform itu akan dipengerusikan oleh Steven Langman, Pengarah Urusan bagi Kumpulan Rhône dan seorang ahli Lembaga Pengarah di The We Company. Beliau akan berkhidmat sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Pengurusan ARK dan akan juga berkhidmat dalam jawatankuasa pelaburan ARK.
Di samping Encik Langman dan Encik Gomel, Wendy Silverstein, yang dahulunya dari New York Reit dan Vornado Realty Trust akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Pelaburan ARK. Kepimpinan ARK disokong oleh satu kumpulan profesional hartanah yang berdedikasi dan berpengalaman dengan kepakaran yang berlainan merangkumi pemerolehan, pembangunan, dan pengurusan hartanah.
Maklumat:
The We Company
Ditubuhkan oleh Adam dan Rebekah Neumann dan Miguel McKelvey pada tahun 2010, The We Company terdiri daripada tiga garis perniagaan yang jelas – WeWork atau Kita Bekerja, WeLive atau Kita Hidup, dan WeGrow atau Kita Membesar - yang melanjutkan misi kami untuk meningkatkan kesedaran dunia. Misi WeWork adalah untuk mewujudkan sebuah dunia di mana orang bekerja untuk mencipta satu kehidupan, bukan sekadar untuk hidup; Misi WeLive adalah untuk membina sebuah dunia di mana tidak ada seorangpun merasakan dirinya terasing; dan misi WeGrow adalah untuk melepaskan kuasa besar bagi setiap manusia. The We Company memulakan tahun 2019 dengan 425 lokasi di 100 bandar raya di 27 buah negara, dan mempunyai lebih 400,000 ahli, yang termasuk lebih dari 30% syarikat-syarikat Fortune 500. Untuk maklumat tambahan, sila layari www.we.co
ARK
ARK adalah sebuah anggota gabungan bagi The We Company dan berfungsi sebagai platform pemerolehan dan pengurusan hartanah global baharu mereka di Bandar Raya New York. Tumpuan ARK adalah untuk memperoleh, membangun, dan menguruskan aset hartanah terpilih di pintu masuk bandar raya global dan pasaran sekunder pertumbuhan tinggi. ARK bekerjasama dengan The We Company untuk menggunakan kaedah The We Company yang sedia ada, baharu, dan membangunkan produk bagi komuniti dan pengurusan ruang kepada hartanah milik ARK dan memanfaatkan perhubungan The We Company dengan syarikat-syarikat rakan dan ahli perusahaan untuk mewujudkan ekosistem bertenaga yang diprogramkan sepenuhnya.
Nota:
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang tidak boleh bergantung kepadanya sepenuhnya, dan yang mana boleh diubah. Tidak ada apa-apa yang terkandung di dalam siaran akhbar ini harus diandaikan sebagai satu janji, jaminan, atau perwakilan mengenai prestasi lampau atau prestasi masa hadapan bagi mana-mana syarikat, entiti, atau kenderaan atau keputusan sasaran yang lain. Peristiwa dan keadaan sebenar mungkin berbeza secara material.
Aktiviti-aktiviti yang dijelaskan dalam siaran akhbar ini memerlukan satu tahap risiko yang tinggi dan tidak ada jaminan yang dapat diberikan bahawa objektif The We Company atau ARK atau mana-mana anggota gabungan mereka akan dicapai. Mana-mana sasaran objektif yang dijelaskan dalam siaran akhbar ini adalah bersifat hipotesis dan berdasarkan kepada keyakinan, andaian, dan maklumat semasa, dan ditunjukkan untuk tujuan maklumat ilustrasi sahaja dan tidak bertujuan untuk meramal atau menelah peristiwa masa depan, yang tertakluk kepada ketidaktentuan ekonomi, pasaran dan ketidakpastian lain yang signifikan. Modal ekuiti yang dikendalikan oleh ARK adalah dalam keadaan tertentu diuruskan bersama dengan pengurus institusi pihak ketiga yang lain dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam pelbagai perjanjian muktamad yang berkaitan dengan modal ekuiti tersebut. Tiada apa-apa yang terkandung di dalam siaran akhbar ini menjurus kepada satu tawaran untuk menjual dan tidak juga meminta satu tawaran untuk membeli sekuriti, atau satu tawaran bagi perkhidmatan nasihat pelaburan atau pengurusan pelaburan, dalam mana-mana bidang kuasa.
Baik The We Company, ARK, atau mana-mana anggota gabungan mereka tidak membuat apa-apa representasi atau jaminan, dinyatakan atau tersirat, mengenai ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalam siaran akhbar ini. Siaran akhbar ini bukan satu tawaran untuk menjual dan tidak juga meminta satu tawaran untuk membeli sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa. Penerima siaran akhbar ini adalah digalakkan untuk menghubungi wakil-wakil The We Company dan ARK untuk membincangkan prosedur dan metodologi (termasuk andaian) mengenai bagaimana kenyataan-kenyataan ini didasarkan, dan harus menjalankan penyelidikan dan penilaian mereka sendiri secara bebas dan mendapatkan nasihat bebas tentang kesahihan maklumat yang terkandung di dalam siaran akhbar ini dan implikasinya kepada keadaan tertentu mereka sendiri.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190515005296/en/
Hubungi
Hubungan Media
Dominic McMullan / Arif Shah
press@wework.com
Sumber : The We Company
No comments:
Post a Comment