Wednesday, May 15, 2019

FESTIVAL MASAKAN ASIA BAKAL MENAWARKAN CITARASA BAGI BUDAYA MAKANAN HANGZHOU

HANGZHOU, China, 15 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Menyerupai satu set pinggan mangkuk meja gaya China, logo untuk Festival Masakan Asia telah dipilih daripada hampir 500 karya yang dikumpulkan dari seluruh dunia, dan mempunyai ciri-ciri gabungan mangkuk China, penyepit, mohor China dan Tasik Barat.
 
Satu siri aktiviti akan diadakan untuk memaparkan ciri-ciri kebudayaan Hangzhou termasuk satu taman budaya makanan Asia yang menunjukkan gabungan bagi budaya makanan Hangzhou dan global dan satu pesta pembacaan puisi untuk mencerminkan warisan budaya yang mendalam mengenai adat resam dan kisah-kisah bahan makanan yang dibawa oleh masakan Hangzhou.
 
Idea-idea budaya makanan akan dikongsi melalui satu forum budaya teh antarabangsa dengan tetamu daripada beberapa buah negara Asia yang menghasilkan teh untuk membincangkan warisan dan arah aliran bagi budaya teh China yang diwakili oleh teh Hangzhou dan satu forum mengenai gourmet dan sebuah kehidupan yang anggun di mana perhubungan di antara kedua-duanya akan diterokai dengan kebudayaan Hangzhou yang sangat indah dan halus sebagai satu kajian kes.
 
Hangzhou akan juga memanfaatkan festival itu untuk melancarkan lawatan budaya masakan untuk pelancong global. Zhang Ansheng, seorang pegawai kanan dengan Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan di bandar itu, berkata bahawa Hangzhou akan merancang dan mengadakan lawatan-lawatan untuk menerokai makanan, tempat-tempat yang menarik dan teh di bandar itu. “Saya berharap agar pengunjung ke Hangzhou akan kagum dengan bandar itu selepas mereka melakukan penjelajahan yang mendalam,” kata Zhang.
 
Di samping pencapaian budaya, semangat inovatif dan pembangunan sosial di dalam pembangunan bagi “bandar digital ekonomi yang pertama” di negara itu dan bandar pintar adalah apa yang paling diinginkan oleh Hangzhou untuk dipersembahkan kepada penduduk Asia.
 
Satu forum mengenai pemerkasaan sektor katering oleh teknologi digital adalah sedemikian direka untuk memberi tumpuan kepada topik-topik seperti “teknologi tinggi dan makanan” dan “pembangunan bagi industri makanan yang diterajui oleh teknologi digital”, supaya teknologi dapat lebih bersepadu dengan makanan dan membantu orang ramai menikmati kehidupan yang lebih baik.
 
“Akal bandar” bagi bandar itu, yang menonjolkan pembangunan ekonomi digital Hangzhou pada masa ini, akan menggunakan perkhidmatan kepintaran mereka seperti perundingan, tempahan dan penilaian untuk membuka talian makanan digital di sepanjang kereta api berkelajuan tinggi Hangzhou-Huangshan semasa festival itu. Pengguna boleh menyesuaikan talian itu mengikut pilihan mereka sendiri, dan semua jadual perjalanan boleh dijanakan dengan tempahan melalui hanya satu klik.
 
Festival Masakan Asia “Citarasa Hangzhou” akan memanfaatkan budaya sejarah Hangzhou yang mendalam dan kekuatan pembangunan ekonomi digital untuk mempamerkan keindahan kota itu yang unik, menggalakkan pertukaran bagi masakan Hangzhou, masakan China dan budaya makanan Asia, dan memaparkan keyakinan budaya bagi negara China dan keindahan bagi budaya China. Ia dijangka membentangkan tawaran Hangzhou untuk menjadi satu tingkap yang penting bagi sosialisme dengan ciri-ciri China untuk sebuah era baharu dan membina sebuah bandar global yang unik dan indah.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Hangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=336096
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...