Thursday, May 16, 2019

LEDDARTECH BAKAL MENYERTAI PAMERAN JSAE 2019 DI JEPUN PADA MEI 2019 DAN MEMBUAT PEMBENTANGAN DI ACARA VC & TEKNOLOGI AUTOMOTIF CVCA INTERNATIONAL DI KANADA

QUEBEC CITY, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobility paling versatil dan boleh diskala berbangga untuk mengumumkan bahawa ia akan menyertai panel di CVCA International: Acara VC & Teknologi Automotif di Toronto, Kanada pada 21 Mei Tambahan lagi, ia akan menyertai Pameran JSAE 2019 di Jepun dari 22 Mei hingga 24 Mei.
 
21 Mei 2019:  CVCA International: Acara VC & Teknologi Automotif, Toronto Canada
 
Frantz Saintellemy, Presiden dan COO di LeddarTech akan menyertai perbincangan panel tentang kekuatan sektor teknologi auto Kanada, nilai teknologi platform dan pelaburan dalam sektor teknologi industri automotif Kanada yang dihoskan oleh CVCA dengan kerjasama OMERS Ventures dan Persatuan Pengilang Bahagian Automotif (APMA). Perbincangan panel dan acara perhubungan itu menyatukan rakyat Kanada dan pelabur VC Antarabangsa, syarikat teknologi baharu, OEM dan pembekal automotif Peringkat 1 demi berkongsi pemahaman tentang teknologi perisian baharu dan model perniagaan yang membentuk semula sektor automotif & pengangkutan secara global.
 
“Teknologi sedang berkembang pada kadar yang pesat dalam industri automotif. Teknologi LiDAR adalah komponen yang penting untuk mendayakan pemanduan berautonomi dalam aplikasi automotif dan mobiliti global,” kata Frantz Saintellemy daripada LeddarTech. “Saya bersedia untuk berkongsi pemahaman saya tentang keadaan sektor teknologi automotif Kanada, dengan fokus tertentu terhadap teknologi platform LiDAR. Saya juga akan berkongsi pemikiran tentang cabaran mengumpul dana dan peluang dalam sektor kepada pengunjung Acara VC & Teknologi Automotif CVCA.”
 
22-24 Mei 2019: Pameran JSAE 2019
 
LeddarTech akan menyertai Pavilion Kerajaan Ontario di Ekspo Kejuruteraan Automotif JSAE 2019 di Yokohama dari 22 hingga 24 Mei. Lawati reruai #415 untuk berbincang dengan pakar LiDAR kami dan meneroka penyelesaian ADAS dan AD kami untuk aplikasi automotif dan mobiliti. Pengedar bertauliah LeddarTech, Nagase juga akan mewakili portfolio produk di reruai #190.
 
Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang membekalkan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsian yang berfungsi bersama perisian pemproses isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti tercanggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi untuk kereta, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.
 
LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.
 
Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech Inc.
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com
 
Sumber: LeddarTech inc.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...