Wednesday, September 30, 2020

TECH DATA MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN BAGI INNOVIX DISTRIBUTION

 Pengambilalihan Innovix mempercepatkan pertumbuhan Tech Data sebagai sebuah agregator penyelesaian hujung ke hujung terkemuka di Asia Pasifik



SINGAPURA, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tech Data  hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan pemerolehan mereka ke atas Innovix Distribution, sebuah pengedar teknologi terkemuka di Asia. Pengambilalihan ini memperluaskan kehadiran Tech Data merentasi rantau Asia Pasifik dan mengukuhkan keupayaan penyelesaian hujung ke hujung mereka.

Innovix kini dimiliki sepenuhnya oleh Tech Data dan akan mempercepatkan pertumbuhan Tech Data di dalam teknologi generasi akan datang, termasuk di dalam awan dan keselamatan, serta penawaran titik hujung merentasi rantau itu. Di samping itu, pemerolehan itu akan mengembangkan perniagaan Tech Data di kawasan geografi utama, termasuk Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

“Dengan pemerolehan Innovix kini selesai, kami sangat gembira untuk mengalu-alukan lebih 500 rakan pekerja baharu ke Tech Data ketika kami menggabungkan kepakaran kami dan berkongsi portfolio hujung ke hujung kami yang diperkukuhkan di rantau Asia Pasifik,” kata Jaideep Malhotra, presiden, Asia Pasifik, Tech Data. “Melalui penambahan Innovix, kami akan menyampaikan nilai yang lebih tinggi kepada rakan saluran kami, terutama dari segi penawaran awan, keselamatan dan titik hujung kami, mempercepatkan pertumbuhan kami sebagai sebuah agregator penyelesaian terkemuka di Asia Pasifik. Kami berdedikasi untuk mengembangkan jejak kami di peringkat global, dan pelaburan Asia Pasifik ini mencerminkan komitmen kami untuk mengubah Tech Data menjadi sebuah syarikat yang mendefinisikan satu standard baharu bagi kecemerlangan operasi dan kebudayaan di dalam industri kami.”

Maklumat mengenai Tech Data

Tech Data menghubungkan dunia dengan kuasa teknologi. Portfolio hujung ke hujung kami bagi produk, perkhidmatan dan penyelesaian, kemahiran dan kepakaran yang sangat khusus dalam teknologi generasi akan datang membolehkan rakan-rakan saluran untuk membawa dan memasarkan produk dan penyelesaian yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan meningkat maju. Tech Data berada pada kedudukan No. 90 pada Fortune 500® dan telah dinamakan sebagai satu daripada Syarikat yang Paling Dikagumi Dunia oleh Fortune untuk 11 tahun berturut-turut. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.techdata.com atau ikuti kami di TwitterLinkedInFacebook dan Instagram.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200930005871/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Kelly Weber
Komunikasi Asia Pasifik Tech Data
+65 8313 3989
kelly.weber@techdata.com 

Bobby Eagle
Komunikasi Korporat Tech Data
+1 (727) 538.5864
bobby.eagle@techdata.com

Sumber : Tech Data 

LEDDARTECH MELANTIK DINO RAMBIDIS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

  QUEBEC CITY, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan dari Tahap 1 hingga Tahap 5 berbangga dalam mengumumkan pelantikan En. Dino Rambidis sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang berkuat kuasa 2 September 2020.

En. Rambidis mempunyai kira-kira 30 tahun pengalaman menyandang jawatan pengurusan kewangan kanan dengan syarikat awam dan swasta di seluruh pelbagai industri, terutamanya dalam sektor kewangan. Sebelum menyertai LeddarTech, En. Rambidis berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Stornoway Diamond Corporation, sebagai Naib Presiden Kanan, Kewangan Korporat di Fiera Capital dan Naib Presiden, Kewangan dan Operasi di PSP Investments.

Di LeddarTech, En. Rambidis akan bertanggungjawab memantau aspek kewangan, perakaunan korporat, cukai dan audit bagi operasi syarikat serta mengambil bahagian sebagai ahli strategi kewangan secara aktif dalam orientasi dan perancangan strategik LeddarTech serta projeknya. En. Rambidis menggantikan jawatan CFO yang sebelum ini dijawat En. Claude Doré, yang akan bersara.

“Saya sangat berbesar hati Dino telah menyertai pasukan eksekutif LeddarTech sebagai Ketua Pegawai Kewangan,” ujar En. Charles Boulanger, CEO di LeddarTech. “Dino memiliki kepakaran fungsian dan pengetahuan teknikal yang mendalam dalam semua aspek kewangan korporat, perancangan kewangan dan perakaunan yang beliau kumpul sepanjang lebih daripada 30 tahun pengalamannya dalam sektor swasta dan awam. Pengalaman ini menunjukkan bahawa Dino memiliki keupayaan kepimpinan yang diperlukan untuk mengurus portfolio kewangan LeddarTech secara strategik sementara kami terus mengoptimumkan LeddarTech untuk kejayaan dan pertumbuhan yang mampan,” simpul En. Boulanger.

En. Rambidis berkata: “Saya amat menantikan untuk menyertai pasukan kepimpinan LeddarTech dan mengetuai organisasi kewangannya.” Beliau meneruskan, “LeddarTech telah berada pada kedudukan sebagai peneraju global dalam teknologi penderia yang membolehkan penggunaan pemanduan berautonomi dan bantuan. LeddarTech ialah syarikat yang perlu diperhatikan berikutan pengembangan portfolio penyelesaiannya yang termasuk LeddarVision™, pergabungan penderia dan persepsi untuk Tahap 1 hingga Tahap 5, selepas pemerolehan VayaVision," simpul En. Rambidis.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13809

Tuesday, September 29, 2020

Mavenir Memperoleh ip.access Untuk Mengembangkan Portfolio Radio OpenRAN Bagi CSP Dan Rangkaian Persendirian Perusahaan

CAMBRIDGE, England & RICHARDSON, Texas, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) — Mavenir, sebuah penyedia terkemuka bagi Penyedia Perisian Rangkaian natif awan hujung ke hujung untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh ip.access Ltd, sebuah penyedia penyelesaian sel kecil terkemuka yang menyediakan 2G, 3G, 4G dan 5G. Pemerolehan ini meluaskan kepimpinan Mavenir di dalam radio OpenRAN dalam tiga bidang:

• Penyedia Perkhidmatan Komunikasi: Menambahkan keupayaan 2G dan 3G kepada portfolio OpenRAN

• Perusahaan: Menambahkan satu suite lengkap penyelesaian radio perusahaan bagi penawaran Rangkaian Persendirian Mavenir, termasuk penyelesaian OnGo/CBRS yang disahkan

• Rangkaian Bukan Tradisional: Memanfaatkan perisian terkemuka di pasaran yang mendefinisikan penyelesaian vRAN untuk rangkaian Penerbangan, Maritim, Luar Bandar dan Jarak Jauh dengan penyelesaian generasi akan datang di udara, di darat dan di laut.

“Pengendali ingin mengubah rangkaian 2G/3G mereka ketika mereka berpindah kepada 4G dan 5G,” kata Pardeep Kohli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mavenir. “Kami berharap dapat menyediakan satu teknologi akses pelbagai radio penawaran RAN tunggal yang lancar bagi pengendali yang membolehkan mereka untuk mendapat kelebihan penyelesaian radio termaju merentasi semua lapisan.”

“ip.access membawa satu tapak yang kukuh dalam 2G, 3G dan 4G serta di ruang perusahaan yang kami percaya menambahkan kepimpinan pasaran Mavenir,” kata Aniruddho Basu, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Perniagaan Baru Muncul, Mavenir. “Menggabungkan aset kami meningkatkan proposisi rangkaian hujung ke hujung kami, menyediakan sebuah jalur evolusi RAN tunggal “Pelbagai-G” bagi pembawa, dan mewujudkan satu proposisi terkemuka pasaran untuk pasaran perusahaan rangkaian pensendirian.”

“Banyak pelanggan di kebanyakan rangkaian dan geografi memerlukan perkhidmatan GSM dan 3G dengan LTE walaupun 5G diperkenalkan. Penyelesaian OpenRAN dan Perusahaan Mavenir yang digabungkan dengan Teknologi Akses pelbagai-Radio ip.access meletakkan syarikat gabungan itu dengan sempurna untuk masa depan itu,” kata Richard Staveley, Ketua Pegawai Eksekutif ip.access.

Nick Johnson, Pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi ip.access menambah, “CBRS/OnGo di Amerika Syarikat dan inisiatif spektrum yang dikongsi bersama di Eropah hanyalah beberapa daripada peluang yang berpotensi. Ia bukan hanya perkhidmatan pengguna sahaja, tetapi rangkaian persendirian perindustrian, rangkaian kumpulan tertutup profesional bagi kewangan, penjagaan kesihatan, riadah dan perhotelan, antara lain. Kami berharap dapat menggunakan pengalaman lama kami dalam rangkaian persendirian untuk melengkapkan portfolio Mavenir yang sedia ada dalam melayani pangkalan pelanggan yang sangat berkembang ini.”

ip.access akan beroperasi sebagai sebuah unit perniagaan di dalam kumpulan Perniagaan Baru Muncul Mavenir dan diharapkan dapat mengembangkan sinergi yang mantap dengan suite OpenRAN, Cloud Core, Edge, dan Analytics Mavenir untuk proposisi rangkaian hujung-ke-hujung bagi kedua-dua CSP dan segmen Perusahaan/Industri. ip.access membawa rekod prestasi mereka yang terbukti dengan lebih 50 rangkaian langsung yang digerakkan di seluruh dunia dengan CSP, dan ratusan rangkaian persendirian untuk industri, infrastruktur kritikal, pengewangan data, keselamatan dan pemantauan.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13805

YILI DAN LEBIH DARIPADA 200 PEMIMPIN PERNIAGAAN BERIKRAR MENYOKONG KERJASAMA GLOBAL YANG DIPERBAHARUI KETIKA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-75

 


BEIJING, 28 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari lebih 100 buah negara menunjukkan sokongan mereka terhadap Pernyataan daripada Pemimpin-pemimpin Perniagaan bagi Kerjasama Global yang Diperbaharui yang disampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu - Jeneral Antonio Guterres oleh Sanda Ojiambo, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif bagi Compact Global PBB pada 21 September, 2020 untuk memperingati ulang tahun ke-75 PBB.

Ketika wakil jemputan bagi usahawan industri makanan, pengerusi dan presiden bagi pengeluar makanan kesihatan global Kumpulan Yili Pan Gang telah menandatangani pernyataan itu bersama dengan lebih 200 Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat-syarikat global utama, termasuk Alex Gorsky, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Johnson & Johnson, Brad Smith, Presiden Microsoft, dan Punit Renjen, Ketua Pegawai Eksekutif Global bagi Deloitte Global, untuk menyatakan sokongan beliau kepada gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bersama-sama memimpin dunia ke arah satu jalan pembangunan yang lebih adil, inklusif dan mapan dan untuk “bersatu di dalam perniagaan bagi sebuah dunia yang lebih baik”.

Pan percaya bahawa kerjasama bagi kepentingan bersama menjadikan semua pihak sebagai pemenang yang lebih kuat. Dan inilah yang telah digalakkan oleh Yili selama ini. Syarikat itu mengambil inisiatif untuk melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG), menggalakkan kerjasama secara mendalam dengan rakan-rakan global mereka untuk bersama-sama membangunkan sebuah “ekosistem kesihatan global”, dan menyokong pembangunan lestari dengan program-program yang khusus.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13796

MAVENIR MENYAMPAIKAN FUNGSI SATAH PENGGUNA TERAS 5G TERKEMUKA INDUSTRI (UPF) DENGAN PECUTAN NVIDIA MELLANOX SMARTNIC

Nod Kombo menyokong Pelanggan 2G, 3G, 4G dan 5G


RICHARDSON, Texas, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mavenir, satu-satunya Penyedia Perisian Rangkaian natif awan hujung ke hujung bagi industri itu, hari ini mengumumkan satu Fungsi Satah Pengguna Teras 5G (UPF) berprestasi tinggi yang dipercepatkan oleh NVIDIA Mellanox ConnectX-6 Dx SmartNICs. UPF memainkan satu peranan penting di dalam rangkaian 5G untuk merealisasikan visi transformatif bagi latensi rendah dan daya pemprosesan tinggi.

Dengan membolehkan transformasi rangkaian yang menjimatkan kos kepada 5G, Mavenir UPF menyediakan satu set lengkap bagi fungsi satah pengguna teras 5G kendiri dan sokongan nod kombo, menyampaikan satu gabungan unik bagi prestasi dan keupayaan tinggi untuk menyokong pelanggan 2G, 3G, 4G dan 5G dalam satu fungsi rangkaian satah pengguna bersepadu yang tunggal.

Mavenir UPF menyampaikan nilai unik melalui reka bentuk natif awan, seni bina berasaskan kontena, pemprosesan paket yang sangat dioptimumkan dengan keupayaan pemunggahan perkakasan yang boleh dikonfigurasi, dan sokongan ketersediaan tinggi yang terbina dalam. Walaupun memenuhi permintaan berprestasi sangat tinggi dan jejak perkakasan yang rendah, Mavenir UPF juga menyampaikan pergerakan berautomasi dan kemudahan bagi penyelenggaraan operasi melalui sistem pengurusan berpusat, sekali gus mengurangkan keseluruhan jumlah kos pemilikan (TCO).

Mavenir telah membangunkan satu penyelesaian UPF yang sangat dioptimumkan, baik melalui teknik pengoptimuman perisian dan perkakasan, dan telah menunjukkan prestasi sehingga 524 Gbps menggunakan 16 fast path (FP) teras CPU, dan pada masa yang sama mengurangkan jejak pelayan secara keseluruhan sebanyak 50% dengan menggunakan pemunggahan NVIDIA SmartNIC UPF. NVIDIA ConnectX-6 Dx mempercepatkan Mavenir UPF melalui pengimbangan beban dinamik, pemprosesan paket yang cekap dan penghantaran pintar untuk memastikan aliran audio, video, dan data bagi beribu-ribu pelanggan sejajar dan mengalir dengan lancar pada tahap kualiti perkhidmatan yang komited.

“Mesej utama di sini adalah bahawa untuk daya pemprosesan yang sama (sebelum punggah) kami telah mengurangkan jejak sebanyak 50% ketika memunggah fungsi kepada SmartNIC,” kata Ashok Khuntia, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Pengkomputeran Paket di Mavenir. “Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan NVIDIA untuk menyampaikan UPF yang berprestasi tinggi dan menjimatkan kos ke pasaran untuk digunakan oleh operator besar dan kecil di seluruh dunia.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13785

TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER PENGENDALIAN CMOS PENGGUNAAN ARUS ULTRA RENDAH YANG MENYUMBANG KEPADA WAKTU OPERASI LEBIH LAMA BAGI PERANTI KENDALIAN BATERI

Toshiba: sebuah amplifier pengendalian CMOS baharu TC75S102F yang menampilkan penggunaan arus ultra rendah yang terkemuka dalam industri. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah menambahkan “TC75S102F,” sebuah amplifier pengendalian CMOS baharu yang menampilkan penggunaan arus ultra rendah yang terkemuka dalam industri[1] kepada barisannya. Penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200928005236/en/

Amplifier pengendalian meningkatkan isyarat lemah daripada sensor, dan untuk menyokong penggunaan yang lebih lama di antara caj bagi peralatan yang dikendalikan oleh bateri, termasuk peranti tepi loT dan peranti mudah alih[2],  mereka mesti juga menyampaikan penggunaan arus yang lebih rendah.

Toshiba telah menggunakan teknologi proses CMOS mereka untuk mengoptimumkan perlitaran bagi amplifier pengendalian baharu dan menurunkan penggunaan kuasanya dengan mendapatkan penggunaan arus rendah yang terkemuka[1] di dalam industri. Dengan voltan bekalan minimum 1.5V, peranti baharu itu adalah amplifier pengendalian input/output (input/output Rel-ke-Rel) julat penuh yang menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding dengan pendahulunya.

TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER PENGENDALIAN CMOS PENGGUNAAN ARUS ULTRA RENDAH YANG MENYUMBANG KEPADA WAKTU OPERASI LEBIH LAMA BAGI PERANTI KENDALIAN BATERI

Monday, September 28, 2020

PHOENIX SOFTWARE INTERNATIONAL MENYAMPAIKAN KIT PEMBANGUNAN PERISIAN PILIHAN UNTUK SUIT PERISIAN MASUKAN DATANYA.

 EL SEGUNDO, Calif., Sept 28 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Pada hari Jumaat, 25 September, 2020 Phoenix Software International telah melancarkan kemas kini kepada suit perisian masukan data berasaskan web dan desktop miliknya, Entrypoint. Keluaran baharu ini, Entrypoint 16.1, merangkumi kit pembangunan perisian (SDK) pilihan, yang membenarkan pembangun melanjutkan kefungsian teras Entrypoint menggunakan platform Java untuk menyepadukan aplikasi baharu dan sedia ada dengan Pelayan Entrypoint menerusi sambungan klien rangkaian terus dan komponen lanjutan palam masuk. Juga dalam keluaran baharu ini ialah keupayaan untuk menggunakan penggunaan kekunci semula, teknik yang telah terbukti untuk meningkatkan ketepatan data, melalui antara muka berasaskan web. Ciri ini hanya tersedia dalam klien masukan data desktop sebelum ini.

SDK Entrypoint ialah tambahan pilihan kepada Entrypoint yang membolehkan pembangunan lima projek asas:

• Klien Entrypoint merupakan aplikasi Java yang boleh menyambung kepada Pelayan Entrypoint melalui Rangkaian. Ini boleh menjadi aplikasi kendiri atau program dan komponen Java lain.

• Pengeskport Kelompok merupakan lanjutan palam tersebut ke dalam Pelayan Entrypoint dan boleh digunakan untuk menjana output fail daripada satu atau lebih kelompok dan set pilihan yang dipilih oleh pengguna pada masa jalan.

• Penjana Laporan merupakan lanjutan palam tersebut ke dalam Pelayan Entrypoint dan boleh digunakan untuk menjana laporan yang diberikan set parameter dan pilihan yang dipilih oleh pengguna pada masa jalan.

• Pengendali Panggilan WS-API ialah sambungan yang dipalam masuk ke dalam Pelayan Entrypoint dan mendedahkan panggilan perkhidmatan web baharu melalui antara muka WS-API Entrypoint.

• Objek Lanjutan API EntrypointScript merupakan lanjutan yang dipalam ke dalam Entrypoint untuk menambahkan fungsi baharu kepada EntrypointScript, bahasa penskripan Entrypoint adalah berdasarkan JavaScript.

Dokumentasi SDK mengandungi arahan langkah demi langkah untuk mencipta, mengerahkan dan melaksanakan setiap jenis projek.

“Setiap keperluan aplikasi dan penyepaduan pelanggan adalah unik” kata Brien Wienke, Pengurus Produk Entrypoint di Phoenix Software International. “Walaupun kefungsian terbina dalam Entrypoint sangat fleksibel dan kukuh, meletakkan alat pembangunan di tangan pelanggan kita membolehkan perisian ini benar-benar boleh disuaikan, disepadukan dengan ketat kepada proses sedia ada dan infrastruktur IT.”

Pengesahan kekunci semula ialah teknologi yang lazim bagi banyak produk masukan data profesional, iaitu apabila medan kritikal ditaipkan semula secara bebas oleh pengguna lain dan hasilnya dibandingkan dengan meningkatkan ketepatan. Dalam keluaran Entrypoint yang sebelumnya, langkah pengesahan hanya boleh dilakukan pada klien masukan data desktop. Dengan keluaran Entrypoint 16.1, pengesahan kini juga boleh dilakukan dalam antara muka berdasarkan web. Ciri pengesahan Entrypoint mempunyai pilihan yang membolehkan anda memperkemas proses anda sambil meningkatkan kelajuan dan ketepatan.

Sila lihat https://phoenixsoftware.com/support.htm untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan keluaran perisian individu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13797

Sunday, September 27, 2020

UJIAN DEMONSTRASI NTT COM UNTUK MENGHUBUNGKAN TEKNOLOGI "IDS CONNECTOR" PLATFORM GAIA-X DAN SDPF BERDASARKAN PADA DATA TRUST®

 






Imej persekitaran ujian (Grafik: Business Wire)


— Akan membangunkan platform global untuk penggunaan data rentas lapangan dan pada masa yang sama melindungi hak bagi penyedia data —


TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa bermula pada 1 Oktober ia akan bekerjasama dengan International Data Spaces Association (IDSA)1  dalam satu ujian demonstrasi sebagai fasa pertama bagi menyumbang kepada pembangunan sebuah platformpengurusan data global yang selamat yang menjamin saling boleh kendali di antara platform data yang dibina dan diurus di negara-negara di seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200927005006/en/

Persekitaran ujian itu untuk berkongsi data yang sangat sulit secara selamat akan termasuk IDS Connector3, teknologi teras bagi GAIA-X4, sebuah infrastruktur data bersekutu untuk Eropah, dan platform IoT Things Cloud® NTT Com dan Platform Data Pintar (SDPF)5, yang kemudian menggabungkan dasar-dasar Data Trust®6. Demonstrasi itu, selain untuk menilai praktikalnya dan kebolehoperasian bagi sebuah struktur baharu untuk mengendalikan dengan sesuai hak akses bagi setiap data berdasarkan kepada undang-undang dan kontrak yang berkaitan, akan memberi keterangan baharu mengenai keperluan, dll bagi platform yang direka untuk pengurusan data antarabangsa. Hasilnya diharap dapat membawa kepada pembentukan platform pengurusan data global yang menghubungkan platform data tempatan dengan lancar di negara-negara di seluruh dunia.

Dalam demonstrasi itu, satu persekitaran ujian akan dibina untuk menguji pelbagai kes bagi perkongsian data antarabangsa, seperti pemantauan jarak jauh bagi mesin di luar negara, dll., untuk mengesahkan praktikalnya dan kebolehoperasian bagi perkongsian data. Pada mulanya, bekerjasama dengan Pusat7 Inovasi Perisian NTT, IDS Connector dan SDPF akan dikerahkan dalam satu persekitaran ujian di Jepun untuk menguji kebolehoperasian sistem dan pengurusan bagi hak penggunaan data yang khusus. Persekitaran ujian itu di Jepun akan kemudian disambung kepada persekitaran ujian IDSA di Jerman dan satu persekitaran ujian yang berasingan di Switzerland Innovation Park Biel/Bienne8, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan di Switzerland untuk menguji praktikalnya dan kebolehoperasian sistem itu dalam mengawal hak akses data di peringkat antarabangsa melalui rangkaian NTT Com.

Selepas itu, NTT Com akan meneruskan dengan pengesahan dan pengujian selanjutnya dengan menerapkan penemuan ujian semasa dalam satu persekitaran operasi ujian (tempat ujian), yang bertujuan untuk mengesahkan kebolehoperasian bagi pelbagai perkakasan dan perisian dengan menggunakan IDS Connector. Platform pengurusan data global yang baharu itu akan dibangunkan bersama oleh syarikat Jepun dan organisasi luar negara. Pada masa yang sama, NTT Com akan menentukan keperluan konkrit bagi platform itu bersama dengan pelbagai organisasi dan syarikat yang aktif di Jepun dan luar negara, termasuk Robot Revolution & Industrial IoT Initiative9. Bergerak ke hadapan, NTT Com berharap dapat menyokong perumusan bagi spesifikasi asas melalui kerjasama awam-persendirian-akademik. Pada akhirnya, NTT Com berhasrat untuk menyumbang kepada realisasi sebuah dunia pintar dengan membangun dan menyediakan sebuah platform untuk perkongsian dan penggunaan data secara meluas dalam bidang yang luas di seluruh dunia.

Teknologi untuk IoT, kecerdasan buatan dan penggunaan data semakin banyak diterapkan dalam pelbagai bidang, termasuk pembuatan, logistik, pengangkutan, penjagaan perubatan, tenaga, bandar raya dan kerajaan. Untuk memudahkan penggunaan data termaju dan pelbagai tujuan, sistem diperlukan untuk memastikan pertukaran data yang selamat dan boleh dipercayai di antara industri, perniagaan dan negara. Pada masa yang sama, hak-hak bagi penyedia data dan pengguna harus dilindungi dan dipatuhi dengan menguruskan bila, di mana, siapa, mengapa dan dalam keadaan apa data spesifik dapat digunakan. Pada masa ini, sistem undang-undang dan teknologi sedang dibangunkan di seluruh dunia untuk mewujudkan infrastruktur data tersebut. Akhirnya, pertukaran data dalam perniagaan antarabangsa mungkin memerlukan kepatuhan terhadap spesifikasi infrastruktur data yang mengikut undang-undang dan peraturan bagi negara-negara yang relevan.

1International Data Spaces Association (IDSA), yang berasal dari Eropah, telah mentakrifkan satu seni bina rujukan dan satu standard formal yang akan digunakan untuk mewujud dan mengendalikan ruang data maya. Senibina International Data Spaces (IDS) adalah didasarkan pada model tadbir urus data yang diterima umum yang memudahkan pertukaran yang selamat dan hubungan data yang mudah di dalam ekosistem perniagaan. IDSA mempunyai lebih 120 organisasi anggota dari 21 buah negara.
2Platform pengurusan data global adalah satu fungsi untuk saling menghubungkan platform data merentasi sempadan sehingga setiap negara dapat menyebarkan data secara selamat, saksama dan tepat di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama melindungi aset nasional dan hak asasi manusia.
3IDS Connector yang disediakan oleh IDSA adalah elemen teras bagi sebuah ekosistem data yang direka untuk memudahkan pertukaran data secara selamat di antara pihak-pihak yang dipercayai. Digunakan dalam infrastruktur GAIA-X serta di dalam awan, di komputer tepi atau di peranti, dll. yang menghantar dan menerima data, ia menyediakan tetapan untuk menguruskan akses kepada data tertentu berdasarkan kepada undang-undang dan kontrak.
4GAIA-X adalah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan Jerman dan Perancis pada Oktober 2019 untuk membina infrastruktur data terpencar bagi perkongsian dan penggunaan data yang dilindungi oleh undang-undang data Eropah.
5Smart Data Platform (SDPF) adalah platform generasi berikut NTT Com yang menawarkan fungsi sehenti yang komprehensif bagi transformasi digital korporat (DX).
6DATA Trust® adalah satu tanda dagangan berdaftar bagi Nippon Telegraph and Telephone Corporation (NTT).
7Pusat Inovasi Perisian NTT adalah sebuah makmal NTT yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi infrastruktur IT, seperti pecutan DX, infrastruktur perisian, infrastruktur AI dan komputer generasi akan datang, yang semakin menjadi infrastruktur penting.
8Switzerland Innovation Park Biel/Bienne adalah sebuah organisasi tidak mencari keuntungan persendirian Switzerland yang menjalankan dan menyokong penyelidikan dan pembangunan gunaan yang terutamanya berorientasikan industri.
9Robot Revolution & Industrial IoT Initiative adalah sebuah organisasi persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2015 atas inisiatif kerajaan Jepun untuk memudahkan penggunaan IoT perindustrian, robot, dll. NTT Com telah aktif sebagai sekretariat bagi kumpulan Sub-Kerja Platform Pengurusan Data Global sejak Oktober 2019.

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200927005006/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Akira Sakaino, Hideaki Niitsuma
Pejabat Kilang Pintar
Bahagian Perancangan Perniagaan, Penyelesaian Perniagaan
NTT Communications
smart-factory@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

TIE 2020 AKAN MENUNJUKKAN JALAN MENUJU SATU MASA DEPAN LEBIH CERDAS YANG DITEMPA OLEH DAYA KETAHANAN TAIWAN

 TAIPEI, Taiwan, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kesan daripada pandemik COVID-19 baru-baru ini terhadap perdagangan global dan kehidupan seharian kita telah menyebabkan satu pencepatan bagi inovasi teknologi dalam sektor-sektor yang berlainan. Pada masa yang sama, masyarakat kita beralih dari era Data Besar ke arah Pendigitan Hiper. Untuk membantu industri mempersiapkan trend ini dan mengemudi dunia pasca pandemik itu, Ekspo Innotech Taiwan (TIE 2020) pada tahun ini menyoroti teknologi kehidupan pintar terkini yang dapat mencetuskan imaginasi baharu. Sejak transformasi mereka menjadi sebuah pameran perdagangan global, TIE terus menarik perhatian antarabangsa terhadap kekuatan Taiwan di dalam R&D dan inovasi. Acara tahun ini akan memperlihatkan bagaimana Taiwan terus berdaya tahan dalam menghadapi sebuah krisis global.


Rangka Tindakan untuk sebuah dunia yang lebih baik boleh diperolehi di tiga pavilion tematik

Dijadual diadakan di Dewan 1 Pusat Dagangan Dunia Taipei (TWTC) dari 24 hingga 26 September, TIE 2020 dikendalikan bersama oleh 10 badan kerajaan berikut: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA), Kementerian Sains dan Teknologi (MOST), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pertahanan Nasional, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan (MOHW), Kementerian Tenaga Kerja, Majlis Pertanian, Majlis Pembangunan Nasional, Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar, dan Akademia Sinica.

Dengan “Taiwan Bingkas, Masa Depan Lebih Pintar” sebagai konsep menyeluruh, penganjur acara itu telah membina tiga pavilion tematik: Reka Cipta Perintis, Teknologi Masa Depan, dan Pembangunan Lestari. Lebih 1,000 produk, konsep, dan teknologi yang dipatenkan akan dipamerkan sepanjang tiga hari pameran perdagangan itu. Pameran, pembentangan dasar, dan seminar akan distrimkan secara langsung untuk audiens antarabangsa. Lawatan tematik berpandu bagi pameran itu akan diadakan secara fizikal dan dalam talian. Bahagian lain bagi acara tersebut seperti perundingan harta intelek (IP) dan pertemuan satu dengan satu dengan pembekal akan juga dapat diakses secara jarak jauh melalui Internet.

TIE telah menunjukkan kekuatan R&D bagi perusahaan persendirian Taiwan, agensi-agensi kerajaan, institusi akademik, dan entiti penyelidikan. Dengan memanfaatkan kedudukan mereka di rantau itu dan kemampuan tempatan mereka untuk inovasi, Taiwan menjalankan satu Dasar Baharu ke Selatan dan mendalamkan hubungan mereka dengan Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun. Matlamat jangka panjang adalah untuk menjadikan pulau itu sebagai sebuah hab IP antarabangsa dan menggalakkan teknologi tempatan.

Pavilion Reka Cipta Perintis menandakan kedatangan Pendigitan Hiper

Pavilion Reka Cipta Perintis akan memaparkan 105 penyelesaian teknologi yang dapat diterima pakai oleh industri dalam tempoh lima tahun akan datang. Pavilion itu dibahagikan kepada empat bahagian: automasi hiper, Internet Segala-galanya, integrasi fizikal-maya, dan teknologi penjagaan kesihatan baharu. Penyelesaian yang ditunjukkan di sini dibentangkan dengan cara yang menyoroti peranan mereka masing-masing dalam bidang pertahanan nasional, pencegahan bencana, mobiliti masa depan, dan tindak balas wabak. Selain itu, pavilion itu memaparkan pameran mendalam mengenai robot perkhidmatan, pengalaman VR interaktif, gim pintar, dll.

Pavilion Pembangunan Lestari menawarkan penerokaan bagi masa depan manusia

Sesuai dengan prinsip 4R (reka bentuk semula, pemulihan, pengurangan, dan penggunaan semula/kitar semula), pameran itu di pavilion Pembangunan Lestari akan menunjukkan teknologi yang boleh digunakan untuk membina rumah hijau dalam tempoh 20 tahun akan datang. TIE tahun ini ingin mempersembahkan satu ekologi teknologi yang membantu merealisasikan sebuah ekonomi bulat. Untuk itu, pameran di sini menggambarkan empat topik berikut yang akan semakin mempengaruhi kehidupan kita di masa hadapan: pertanian moden, teknologi tenaga hijau, ekonomi bulat, dan keselamatan di tempat kerja. Seterusnya, TIE telah mengundang anggota sektor pertanian Eropah untuk berkongsi teknologi dan pengalaman profesional mereka di pavilion Pembangunan Lestari. Mereka akan juga menghadiri seminar untuk membincangkan inisiatif pemasaran bersama dan kerjasama strategik.

Pavilion Teknologi Masa Depan membuka sebuah horizon baharu dalam R&D

Kemajuan teknologi mempunyai satu pengaruh besar terhadap bagaimana kita hidup di masa depan dan dapat membentuk dunia dalam cara yang tidak pernah kita bayangkan. Oleh itu, pavilion Teknologi Masa Depan akan menunjukkan hasil R&D yang dapat menentukan arah sektor teknologi dalam masa 3 hingga 10 tahun akan datang. Dalam menguruskan pavilion itu, MOST telah mengumpulkan banyak sumber dan mengundang Akademik Sinica, MOE, dan MOHW untuk membantu dalam usaha mereka. Barang pamer berpusat pada penjagaan kesihatan ketepatan, optoelektronik, bahan baharu, AI, dan AloT. Mereka menekankan kelebihan Taiwan dalam pembangunan teknologi canggih dan aplikasi berinovatif mereka. Sebagai sebahagian daripada tindak balas COVID-19, banyak paparan di sini akan dapat dilihat secara dalam talian.

Bahagian Antarabangsa membuka usaha baharu untuk ekspo itu

Pandemik itu telah menyebabkan pembatalan dan penangguhan pameran perdagangan di seluruh dunia, tetapi ini tidak berlaku untuk TIE 2020. Acara itu akan mengumpulkan 69 pempamer dari 18 buah negara, termasuk Corning, Cisco, Microsoft, Logitech, Siemens, Nissan, dan Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan Thailand. Pempamer antarabangsa ini akan memaparkan 123 penyelesaian teknologi yang berkaitan dengan keselamatan maklumat, Industri 4.0, robotik, bioteknologi, tenaga, dan pertanian.

Jangan terlepas IPBC Taiwan yang akan diadakan semasa acara itu berlangsung

Biro Pembangunan Industri di bawah MOEA dan Institut Penyelidikan Teknologi Perindustrian telah bergabung dengan IAM (Pengurusan Aset Intelektual) untuk mengadakan satu forum maya IPBC Taiwan pada pagi 25 September. Forum ini akan bertemakan nilai aset tak ketara dan pemindahan teknologi. Hitachi, Uber, dan MediaTek adalah di antara pemimpin IP global yang akan menyertai perbincangan dalam talian dan berkongsi strategi mereka. Forum itu akan disiarkan di dalam tempat TIE 2020 itu, di pentas utama di Kawasan C Dewan 1 TWTC dan boleh diikuti melalui penstriman secara langsung. Semua dijemput untuk turut serta.

Butiran Acara
Ekspo Innotech Taiwan
Tarikh: Khamis, 24 September hingga Sabtu, 26 September, 2020
Tempat: Dewan 1 Pameran Pusat Dagangan Dunia Taipei,  Aras Bumi
Laman web: https://tie.twtm.com.tw/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200923005488/en/

Hubungi

Media
Cik Mavis Chuang
Tel: 886-03-591-7862
yh.chuang@itri.org.tw

Sumber : Ekspo Innotech Taiwan  

Friday, September 25, 2020

KENYATAAN MENGENAI ULANG TAHUN PERTAMA PEMACU KEUSAHAWANAN WANITA



NEW YORK, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lihat pernyataan di bawah dari kepemimpinan Pemacu Keusahawanan Wanita mengenai ulang tahun pertama inisiatif pemecah tanah.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200924005283/en/

Setahun yang lalu, kami berkomitmen untuk mendidik dan memperkasakan sepuluh juta usahawan wanita dalam jangka masa sepuluh tahun melalui Pemacu Keusahawanan Wanita (WEA). Kami mula meletakkan landasan untuk melaksanakan transformasi sistemik bagi memecahkan halangan-halangan yang membuatkan wanita tidak mencapai kebebasan kewangan serta menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk diri sendiri dan masyarakat mereka.
 
Kini, dalam realiti yang tidak pernah terjadi, wanita berada di persimpangan sejarah. Mereka dirugikan secara tidak proporsional disebabkan kehancuran ekonomi oleh pandemik COVID-19 namun demikian pada masa yang sama mereka memegang kunci pemulihan. Wanita merangkumi 39% daripada tenaga kerja global tetapi menyumbang 54% daripada kehilangan pekerjaan secara keseluruhan akibat pandemik, dan mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor yang rentan seperti pembuatan, pendidikan, pelancongan, hospitaliti dan perkhidmatan makanan, borong dan runcit. Perusahaan-perusahaan wanita sangat terdedah kepada kejutan ekonomi. Tetapi dalam senario di mana kita mengambil tindakan sekarang untuk memerangi trend ini, penyertaan ekonomi wanita dapat menambahkan $13 trilion untuk KDNK global menjelang 2030.¹ Adalah demi kepentingan terbaik setiap negara untuk menempatkan wanita di pusat pembangunan ekonomi pasca pandemik dan usaha membangun semula.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13792

FUSIONEX DUKUNG PLATFORM PAMERAN MAYA #MYAPEC2020 MATRADE

 





(Kiri-Kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh, Pengerusi  MATRADE  Tan Sri Dr. Halim Mohammad, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)  Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Ketua Setiausaha MITI Encik  Hairil Yahri Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif  MATRADE Dato' Wan Latiff Wan Musa pada pelancaran Platform Pameran Maya #MyAPEC2020  MATRADE  (Foto: Business Wire)


KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah bekerjasama dengan pemimpin teknologi AI dan Big Data yang memenangi pelbagai anugerah, Fusionex untuk mendukung # MyAPEC2020, pameran mayanya yang pertama.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia. Lihat siaran penuh di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200924005035/en/

MATRADE, didorong oleh upaya transformasi digital yang dipercepat oleh pelbagai organisasi sebagai tindak balas terhadap kesan yang ditimbulkan oleh krisis Covid-19, telah mewujudkan banyak saluran untuk membantu merangsang aktiviti perniagaan dan mengekalkan daya saing perniagaan di pasaran antarabangsa. Dalam usaha untuk menjaga keselamatan semua orang, MATRADE berputar ke pameran digital sepenuhnya, yang didukung oleh teknologi Fusionex, yang menyediakan jalan maya bagi perniagaan dan perusahaan untuk berkumpul, berkomunikasi dan bekerjasama.
 
“Sebagai penganjur pameran, MATRADE akan memanfaatkan jangkauannya di seluruh dunia untuk mempromosikan pameran maya ini dan mengatur pertemuan B2B maya yang akan membolehkan syarikat Malaysia berhubung dengan pembeli yang tepat. Kami yakin pameran ini akan memberi banyak manfaat kepada para peserta dan membantu menghidupkan semula perniagaan yang mungkin terjejas oleh wabak itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Wan Latiff Wan Musa.

Pameran #MyAPEC2020 diadakan sempena forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, yang dihoskan oleh Malaysia tahun ini. Pameran itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Lim Ban Hong.

“Saya bangga untuk mengumumkan bahawa # MyAPEC2020 merupakan pameran maya pertama Malaysia dalam skala ini yang mempunyai sistem perikatan perdagangan yang membolehkan urusan perniagaan, pertemuan yang telah diatur dan webinar. Pameran ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan kepakaran teknikal yang ditawarkan oleh Fusionex, yang telah memainkan peranan besar dalam mengembangkan platform ini. MATRADE akan menggunakan platform interaktif ini untuk memudahkan penglibatan maya di masa depan antara komuniti perniagaan kami dan pembeli global, ” kata YB Datuk Lim.

Sesuai dengan peraturan dan garis panduan penjarakan sosial, Fusionex membalas dengan menanggapi penggunaan teknologi digital canggih yang inovatif untuk mewujudkan pengalaman mengadakan pameran sebenar di beberapa skrin dan saluran secara serentak. Platform ini juga dapat mewujudkan pengalaman tanpa sempadan dan lancar bagi orang-orang di seluruh dunia untuk menghadiri acara maya sambil memperoleh pandangan yang boleh diambil tindakan dan mendapatkan pemandangan panorama komprehensif untuk memahami kesannya.

"Wabak ini telah menjejaskan perniagaan di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa. Kami memuji MATRADE atas usaha mewujudkan satu platform bagi syarikat dan perusahaan untuk menyertai pameran ini, menawarkan kandungan digital, menjalankan perniagaan dan mengadakan persidangan dalam talian. Syarikat-syarikat akan dapat melihat lalu lintas dalam talian dan petunjuk penjualan yang dihasilkan dari lawatan-lawatan ini. Secara keseluruhannya, platform maya ini mewakili masa depan dalam inovasi teknologi digital yang akan membantu menjadikan PKS Malaysia lebih cerdas secara digital, bukan sahaja dapat bertahan dari dunia pasca wabak tetapi berkembang dan melonjak tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Mengenai MATRADE

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 sebagai cabang promosi perdagangan luar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Fungsinya adalah:

• Untuk mempromosikan, membantu dan mengembangkan perdagangan luar Malaysia dengan penekanan khusus pada eksport produk dan perkhidmatan pembuatan dan separa perkilangan;
• Merumuskan dan melaksanakan strategi pemasaran eksport dan kegiatan promosi perdagangan untuk mempromosikan eksport Malaysia;
• Melakukan risikan komersial dan penyelidikan pasaran dan mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif untuk peningkatan dan pembangunan perdagangan Malaysia;
• Mengatur program latihan untuk meningkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa pengeksport Malaysia;
• Untuk meningkatkan dan melindungi pelaburan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara; dan
• Untuk mempromosikan, memudahkan dan membantu dalam bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan.

Mengenai Fusionex

Fusionex adalah penyedia teknologi data dan pemenang pelbagai anugerah yang mengkhusus dalam Analisis, Big Data, IR 4.0, Pembelajaran Mesin, dan Kecerdasan Buatan. Penawarannya difokuskan untuk membantu pelanggan membuka nilai dan memperoleh pandangan dari data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Big Data dan peneraju pasaran terbesar di ASEAN, membawa platform berasaskan data canggih, inovatif dan terobosan ke barisan  pelanggannya (termasuk Fortune 500, syarikat-syarikat FTSE, konglomerat besar serta pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merangkumi seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik. Fusionex juga merupakan syarikat MDEC GAIN dan juga penerima MGS.

Laporan Gartner 2018 mengenai Analisis Moden dan Perisikan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Selain itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai Pemain Utama dalam Laporan MarketScape IDC untuk Big Data & Analisis. Fusionex merupakan satu-satunya syarikat berpusat di ASEAN yang akan ditampilkan dalam kedua-dua laporan tersebut, yang membuktikan kepercayaannya dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200924005035/en/

Hubungi

Nancy Baker
nancy@international-marketinsights.com

Sumber : Fusionex

Thursday, September 24, 2020

Zynga Lancar Harry Potter: Puzzles & Spells Ke Seluruh Dunia




SAN FRANCISCO, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih 3-Perlawanan magik mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells telah dilancarkan secara rasmi dan mula dilancarkan ke wilayah-wilayah di seluruh dunia. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Games dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, permainan itu tersedia untuk dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS, serta di Amazon Kindle dan Facebook.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200923005144/en/

“Ketika siri Harry Potter pertama kali ditayangkan di pawagam, ia adalah satu daripada detik yang jarang berlaku apabila semua orang membaca buku yang sama, bercakap tentang filem yang sama dan berkumpul bersama-sama untuk berkongsi satu pengalaman bersama,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Kanan bagi Permainan di Zynga. “Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan perhubungan peminat dengan siri itu dengan satu permainan mudah alih yang diselitkan dengan detik-detik yang menonjol dan Dunia Sihir yang berkembang dengan menyeronokkan yang telah memikat pengikut di peringkat global. Maklumat balas daripada pelancaran terhad adalah sangat baik, dan kami tidak sabar bagi peminat di seluruh dunia untuk bermain.”

“Permainan mudah alih bukan sahaja lebih popular bahkan lebih penting kepada mereka pada masa ini. Orang ramai bermain permainan untuk hiburan, bersantai, dan sebagai satu sumber keselesaan dan perhubungan yang dapat diakses,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Dengan Harry Potter: Puzzles & Spells,  peminat akan mengasyikkan diri di dalam magik, teka-teki, dan keajaiban bagi siri itu dan mewujudkan Kelab untuk bekerjasama dan berhubungan dengan peminat Dunia Sihir yang lain.”

Dalam Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan 3-Perlawanan yang penuh dengan jampi serapah, kelucuan, warna dan watak bagi siri Harry Potter. Menampilkan muzik filem dan rakaman suara dari filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti sebuah penceritaan semula yang asli mengenai perjalanan Harry melalui Dunia Sihir. Mendapatkan jampi serapah dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki 3-Perlawanan yang dipenuhi dengan Katak-katak Coklat yang melompat, Kunci Bersayap yang mengepak-ngepak, memerangi kepingan catur penyihir, dan halangan dan objek lain yang tidak dijangka. Di antara teka-teki yang berwarna-warni, pemain akan disajikan dengan detik-detik ikonik daripada naratif tersebut, seperti perjalanan Harry di Hogwarts Express, makhluk ajaib Hagrid dan Hermione membacakan mantera Wingardium Leviosa.

Dengan membangunkan kebolehan magik mereka, pemain memperoleh jampi serapah, bonus, dan mata pengalaman ketika mereka bergerak maju melalui permainan itu untuk meningkatkan kemahiran dan personaliti dalam permainan. Pemain juga dapat memperoleh ganjaran hebat dengan melengkapkan Acara Harian yang merujuk kepada pelbagai detik dari siri Harry Potter. Dalam semangat persahabatan dan persaingan Hogwarts yang mesra, pemain boleh bergabung atau membentuk kelab dengan peminat lain untuk bersosial, bekerjasama dalam strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk hadiah dalam Acara Kelab yang eksklusif.

Selama tujuh hari berikutnya, pemain yang memuat turun permainan itu untuk peranti Android atau iOS mereka akan menerima Berkas Selamat Datang dengan serta-merta, yang mengandungi emas dalam permainan, nyawa tambahan dan Gogal Quidditch khas untuk menyesuaikan avatar mereka.

Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web permainan itu di www.harrypotterpuzzlesandspells.com. Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubungan dengan peminat lain, sila ikuti kami di FacebookInstagram and Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13781

BEYOND LIMITS MENGUMPULKAN PELABURAN SIRI C $133M UNTUK MENDORONG PENGEMBANGAN GLOBAL TEKNOLOGI AI

LOS ANGELES, 23 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Beyond Limits, syarikat teknologi AI bergred industri dan perusahaan yang dibina untuk sektor paling mencabar, termasuk sektor tenaga, utiliti dan jagaan kesihatan, hari ini mengumumkan kejayaan penutupan pusingan pendanaan Siri C dengan sejumlah $113 juta dan komited kira-kira sejumlah $20 juta lagi. Pusingan kali ini diketuai oleh Group 42, syarikat pengkomputeran AI dan awan, dan bp ventures, pelabur dua kali sedia ada dan pelanggan syarikat.

“Kita sedang menyaksikan permintaan luar jangkaan di seluruh dunia sekarang untuk sistem yang menjangkaui AI konvensional yang terhad,” kata AJ Abdallat, CEO dan Pengasas Beyond Limits. “Perisian kognitif kami mempunyai keupayaan untuk memahami situasi dan meletakkan masalah dalam konteks dunia sebenar serta belajar dari masa ke masa. Kami teruja untuk membantu lebih banyak pelanggan menggunakan pendekatan AI kami yang unik dan berkuasa untuk menyelesaikan masalah paling mencabar yang dihadapi industri dan dunia sekarang.”

AI Kognitif Beyond Limits menggunakan penaakulan seakan manusia untuk menyelesaikan masalah, sama seperti cara manusia membuat kesimpulan menggunakan inferens dan logik. Pendekatan unik ini menggabungkan pengetahuan manusia dengan sumber data yang tersedia, membenarkan sistem untuk mengadaptasi dan terus beroperasi dalam situasi apabila bekalan data kurang atau hilang. Hasilnya, pelanggan Beyond Limits boleh meningkatkan wawasan operasi, meningkatkan keadaan operasi, mempertingkat prestasi pada setiap tahap, dan akhirnya meningkatkan keuntungan.

“bp ventures ditubuhkan untuk mengenal pasti dan melabur di syarikat teknologi berpotensi tinggi dan membawa perubahan yang boleh membantu kami mengimaginasikan semula sistem tenaga global kami,” kata Morag Watson, Naib Presiden Kanan, Sains Digital dan Kejuruteraan di bp. “Dengan pelaburan tambahan ini, kami percaya yang AI Kognitif Beyond Limits boleh mencipta masa depan yang lebih pintar dan mampan untuk sektor tenaga dan merentasi industri secara keseluruhan.”

“Kami menanti-nantikan untuk bekerjasama dan meneroka banyak lagi keupayaan teknologi canggih ini,” kata Martin Edelman, Penasihat Undang-undang, Group 42. “Kami percaya AI Beyond Limits yang unik akan membawa tahap kecekapan yang baharu untuk sektor berimpak tinggi dan membantu pemacuan masa depan pertumbuhan ekonomi.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13776

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...