Sunday, September 27, 2020

TIE 2020 AKAN MENUNJUKKAN JALAN MENUJU SATU MASA DEPAN LEBIH CERDAS YANG DITEMPA OLEH DAYA KETAHANAN TAIWAN

 TAIPEI, Taiwan, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kesan daripada pandemik COVID-19 baru-baru ini terhadap perdagangan global dan kehidupan seharian kita telah menyebabkan satu pencepatan bagi inovasi teknologi dalam sektor-sektor yang berlainan. Pada masa yang sama, masyarakat kita beralih dari era Data Besar ke arah Pendigitan Hiper. Untuk membantu industri mempersiapkan trend ini dan mengemudi dunia pasca pandemik itu, Ekspo Innotech Taiwan (TIE 2020) pada tahun ini menyoroti teknologi kehidupan pintar terkini yang dapat mencetuskan imaginasi baharu. Sejak transformasi mereka menjadi sebuah pameran perdagangan global, TIE terus menarik perhatian antarabangsa terhadap kekuatan Taiwan di dalam R&D dan inovasi. Acara tahun ini akan memperlihatkan bagaimana Taiwan terus berdaya tahan dalam menghadapi sebuah krisis global.


Rangka Tindakan untuk sebuah dunia yang lebih baik boleh diperolehi di tiga pavilion tematik

Dijadual diadakan di Dewan 1 Pusat Dagangan Dunia Taipei (TWTC) dari 24 hingga 26 September, TIE 2020 dikendalikan bersama oleh 10 badan kerajaan berikut: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA), Kementerian Sains dan Teknologi (MOST), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pertahanan Nasional, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan (MOHW), Kementerian Tenaga Kerja, Majlis Pertanian, Majlis Pembangunan Nasional, Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar, dan Akademia Sinica.

Dengan “Taiwan Bingkas, Masa Depan Lebih Pintar” sebagai konsep menyeluruh, penganjur acara itu telah membina tiga pavilion tematik: Reka Cipta Perintis, Teknologi Masa Depan, dan Pembangunan Lestari. Lebih 1,000 produk, konsep, dan teknologi yang dipatenkan akan dipamerkan sepanjang tiga hari pameran perdagangan itu. Pameran, pembentangan dasar, dan seminar akan distrimkan secara langsung untuk audiens antarabangsa. Lawatan tematik berpandu bagi pameran itu akan diadakan secara fizikal dan dalam talian. Bahagian lain bagi acara tersebut seperti perundingan harta intelek (IP) dan pertemuan satu dengan satu dengan pembekal akan juga dapat diakses secara jarak jauh melalui Internet.

TIE telah menunjukkan kekuatan R&D bagi perusahaan persendirian Taiwan, agensi-agensi kerajaan, institusi akademik, dan entiti penyelidikan. Dengan memanfaatkan kedudukan mereka di rantau itu dan kemampuan tempatan mereka untuk inovasi, Taiwan menjalankan satu Dasar Baharu ke Selatan dan mendalamkan hubungan mereka dengan Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun. Matlamat jangka panjang adalah untuk menjadikan pulau itu sebagai sebuah hab IP antarabangsa dan menggalakkan teknologi tempatan.

Pavilion Reka Cipta Perintis menandakan kedatangan Pendigitan Hiper

Pavilion Reka Cipta Perintis akan memaparkan 105 penyelesaian teknologi yang dapat diterima pakai oleh industri dalam tempoh lima tahun akan datang. Pavilion itu dibahagikan kepada empat bahagian: automasi hiper, Internet Segala-galanya, integrasi fizikal-maya, dan teknologi penjagaan kesihatan baharu. Penyelesaian yang ditunjukkan di sini dibentangkan dengan cara yang menyoroti peranan mereka masing-masing dalam bidang pertahanan nasional, pencegahan bencana, mobiliti masa depan, dan tindak balas wabak. Selain itu, pavilion itu memaparkan pameran mendalam mengenai robot perkhidmatan, pengalaman VR interaktif, gim pintar, dll.

Pavilion Pembangunan Lestari menawarkan penerokaan bagi masa depan manusia

Sesuai dengan prinsip 4R (reka bentuk semula, pemulihan, pengurangan, dan penggunaan semula/kitar semula), pameran itu di pavilion Pembangunan Lestari akan menunjukkan teknologi yang boleh digunakan untuk membina rumah hijau dalam tempoh 20 tahun akan datang. TIE tahun ini ingin mempersembahkan satu ekologi teknologi yang membantu merealisasikan sebuah ekonomi bulat. Untuk itu, pameran di sini menggambarkan empat topik berikut yang akan semakin mempengaruhi kehidupan kita di masa hadapan: pertanian moden, teknologi tenaga hijau, ekonomi bulat, dan keselamatan di tempat kerja. Seterusnya, TIE telah mengundang anggota sektor pertanian Eropah untuk berkongsi teknologi dan pengalaman profesional mereka di pavilion Pembangunan Lestari. Mereka akan juga menghadiri seminar untuk membincangkan inisiatif pemasaran bersama dan kerjasama strategik.

Pavilion Teknologi Masa Depan membuka sebuah horizon baharu dalam R&D

Kemajuan teknologi mempunyai satu pengaruh besar terhadap bagaimana kita hidup di masa depan dan dapat membentuk dunia dalam cara yang tidak pernah kita bayangkan. Oleh itu, pavilion Teknologi Masa Depan akan menunjukkan hasil R&D yang dapat menentukan arah sektor teknologi dalam masa 3 hingga 10 tahun akan datang. Dalam menguruskan pavilion itu, MOST telah mengumpulkan banyak sumber dan mengundang Akademik Sinica, MOE, dan MOHW untuk membantu dalam usaha mereka. Barang pamer berpusat pada penjagaan kesihatan ketepatan, optoelektronik, bahan baharu, AI, dan AloT. Mereka menekankan kelebihan Taiwan dalam pembangunan teknologi canggih dan aplikasi berinovatif mereka. Sebagai sebahagian daripada tindak balas COVID-19, banyak paparan di sini akan dapat dilihat secara dalam talian.

Bahagian Antarabangsa membuka usaha baharu untuk ekspo itu

Pandemik itu telah menyebabkan pembatalan dan penangguhan pameran perdagangan di seluruh dunia, tetapi ini tidak berlaku untuk TIE 2020. Acara itu akan mengumpulkan 69 pempamer dari 18 buah negara, termasuk Corning, Cisco, Microsoft, Logitech, Siemens, Nissan, dan Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan Thailand. Pempamer antarabangsa ini akan memaparkan 123 penyelesaian teknologi yang berkaitan dengan keselamatan maklumat, Industri 4.0, robotik, bioteknologi, tenaga, dan pertanian.

Jangan terlepas IPBC Taiwan yang akan diadakan semasa acara itu berlangsung

Biro Pembangunan Industri di bawah MOEA dan Institut Penyelidikan Teknologi Perindustrian telah bergabung dengan IAM (Pengurusan Aset Intelektual) untuk mengadakan satu forum maya IPBC Taiwan pada pagi 25 September. Forum ini akan bertemakan nilai aset tak ketara dan pemindahan teknologi. Hitachi, Uber, dan MediaTek adalah di antara pemimpin IP global yang akan menyertai perbincangan dalam talian dan berkongsi strategi mereka. Forum itu akan disiarkan di dalam tempat TIE 2020 itu, di pentas utama di Kawasan C Dewan 1 TWTC dan boleh diikuti melalui penstriman secara langsung. Semua dijemput untuk turut serta.

Butiran Acara
Ekspo Innotech Taiwan
Tarikh: Khamis, 24 September hingga Sabtu, 26 September, 2020
Tempat: Dewan 1 Pameran Pusat Dagangan Dunia Taipei,  Aras Bumi
Laman web: https://tie.twtm.com.tw/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200923005488/en/

Hubungi

Media
Cik Mavis Chuang
Tel: 886-03-591-7862
yh.chuang@itri.org.tw

Sumber : Ekspo Innotech Taiwan  

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...