Anggota HMS berganding bahu untuk mewujudkan sebuah ekosistem pintar dan berasaskan senario. (Foto: Business Wire)
SHANGHAI, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa Persidangan Pemaju Huawei 2020 yang berakhir baru-baru ini, Huawei dan 12 rakan mereka, termasuk OPPLE Lighting, telah mengumumkan pelancaran Perikatan Ekosistem HMS Go Global, dengan satu tujuan untuk menyediakan kepada pemaju China yang memperhatikan pasaran global dengan sebuah “enjin perkhidmatan go global” untuk menangani tiga cabaran utama iaitu “persetempatan produk”, “pematuhan tempatan” dan “pemasaran tempatan”.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200917005710/en/
Sebagai satu-satunya rakan perkakasan strategik bagi Huawei di antara anggota perikatan itu, OPPLE Lighting akan menjadi sebuah penyumbang penting kepada perikatan tersebut. Dengan memanfaatkan kepakaran pencahayaan mereka, OPPLE Lighting akan bekerjasama dengan Huawei untuk membangunkan ekosistem go global dan produk ekosistem yang berkaitan, agar dapat membantu lebih banyak aplikasi China memasuki pasaran global.
Pada masa ini, OPPLE Lighting sudah menyokong kesemua produk bagi ekosistem HiLink Huawei untuk menyesuaikan mana-mana senario rumah dan merealisasikan pencahayaan pintar dan fungsi kehidupan pintar secara keseluruhan. Portfolio produk pencahayaan lengkap OPPLE Lighting, termasuk lampu latar dan lampu sorot, jalur, lampu siling dan lampu hiasan, serta panel senario pintar yang membolehkan pengguna menyesuaikan interaksi bagi peranti, sepenuhnya serasi dengan protokol Bluetooth MESH yang didasarkan kepada platform HiLink Huawei.
OPPLE Lighting juga sedang bekerjasama dengan rakan ekosistem yang lain pada platform HiLink untuk menetapkan standard Bluetooth MESH dan peraturan akses peranti, dan telah membolehkan interaksi di antara kunci pintar, lampu pintar, pelindung cahaya pintar dan sensor pintar yang dihasilkan oleh syarikat yang berbeza. Di Zon Pengalaman Terbuka Kehidupan Pintar Senario Penuh pada Persidangan Pemaju Huawei 2020, OPPLE Lighting, Multi IR, Kaadas dan Dooya Tubular Motor bersama-sama mempamerkan sistem rumah pintar berasaskan protokol Bluetooth MESH.
OPPLE Lighting telah dipilih oleh pelbagai projek luar negara sebagai penyedia bagi penyelesaian pencahayaan profesional, termasuk Projek Bangunan Pelbagai Kegunaan Al Kifaf di Emiriyah Arab Bersatu, projek pejabat dan hospital di Belanda, Jerman dan Belgium, projek lampu jalan Mandalay, dan peniaga JLR dan pengendali telekomunikasi tempatan Mobily di Arab Saudi. Pada masa hadapan, OPPLE Lighting akan bekerjasama dengan anggota perikatan itu dan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran global bagi setiap ahli untuk mewujudkan kisah-kisah “go global” yang lebih berjaya bagi pemaju China.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200917005710/en/
Hubungi
OPPLE Lighting
Jenny Qian, +86 21 38550000
Globalservice@opple.com
Sumber : OPPLE Lighting
No comments:
Post a Comment