Wednesday, September 9, 2020

NIPPON EXPRESS MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN BAGI KEPENTINGAN EKUITI DI DALAM MD LOGISTICS DAN MD EXPRESS (BERUBAH MENJADI ANAK SYARIKAT)

TOKYO, 8 Sept., 2020 /Kyodo JBN, AsiaNet/ --

 
Nippon Express Co., Ltd. (Kod No.9062, Bahagian Pertama, Bursa Saham Tokyo; kemudian dari  ini “Syarikat” itu) dengan ini mengumumkan bahawa, seperti yang diumumkan pada 22 Mei, 2020, di dalam “Pemerolehan bagi Kepentingan Ekuiti di dalam MD Logistics, Inc. dan MD Express, Inc. (Berubah menjadi sebuah Anak Syarikat),” ia telah melengkapkan pemerolehan bagi keseluruhan kepentingan ekuiti di dalam MD Logistics, LLC dan MD Express, LLC (bersama-sama, “MD Logistics”) (*Nota) melalui anak syarikat A.S. Syarikat itu, Nippon Express USA, Inc.

(*Nota) Nama dagang MD Logistics adalah MD Logistics, Inc. dan MD Express, Inc. Namun, seperti yang diumumkan sebelumnya, kedua-dua entiti tersebut telah disusun semula menjadi LLC (Syarikat Tanggungan Berhad) sebagai sebahagian daripada prosedur pemindahan bagi kepentingan ekuiti.
 
(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202008313651-O1-as4VgcCs)
 
(Foto1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202008313651/
_prw_PI2fl_V7P6n2bG.jpg
)
 
(Foto2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202008313651/
_prw_PI3fl_rcgeh2d7.jpg
)
 
 
MD Logistics, yang ditubuhkan pada tahun 1996, adalah sebuah penyedia logistik domestik bagi industri farmaseutikal dan runcit di Amerika Syarikat. Hasil MD Logistics untuk tahun fiskal yang berakhir pada Disember 2019 adalah 51 juta USD (kira-kira 5.5 bilion JPY).

Kumpulan Nippon Express sedang mengembangkan pelbagai sistem perkhidmatan logistik yang sesuai untuk industri farmaseutikal. Sebagai tambahan kepada pelaburan di dalam penyelesaian penggudangan dan penghantaran di Jepun yang mengikut standard kawalan kualiti berdasarkan kepada garis panduan Amalan Pengedaran Baik (GDP), Syarikat itu juga bekerja di luar negara untuk memperluaskan kemudahan logistik yang mematuhi garis panduan bagi pengedaran farmaseutikal yang relevan di setiap negara.

Di bawah sistem pengurusan dalaman yang mematuhi dengan perlesenan dan garis panduan yang berkaitan dengan pengendalian farmaseutikal, MD Logistics menyediakan operasi pemprosesan pengedaran seperti penyimpanan dan pembungkusan pada julat suhu dari -40C sehingga +25C, membuktikan kekuatan mereka di dalam perkhidmatan yang disesuaikan yang memenuhi keperluan bagi setiap pelanggan. Tambahan pula, MD Logistics juga menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pantas yang meliputi seluruh Amerika Syarikat. Dengan 4 gudang di Indiana, yang dikenali sebagai “Crossroads of America,” MD Logistics telah memperoleh akses yang sangat baik bukan sahaja kepada pengangkutan darat tetapi juga kepada pengangkutan udara antarabangsa dan domestik. Selain itu, satu lagi gudang di Reno, Nevada, meningkatkan aksesibiliti di wilayah barat.

Dengan memasukkan MD Logistics ke dalam Kumpulan itu sebagai sebuah anak syarikat, Nippon Express memperoleh fungsi logistik domestik di Amerika Syarikat, yang merangkumi bagi kira-kira 40% bagi permintaan farmaseutikal global dan mewakili pasaran barangan pengguna terbesar di dunia. Bergerak ke hadapan, Syarikat itu ingin menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu dengan menggabungkan rangkaian pengangkutan antarabangsa Kumpulan itu untuk menyokong globalisasi bagi rantaian bekalan pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202008313651-O1-b6MwrwCS.pdf
 
 
SUMBER: Nippon Express Co., Ltd.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13728

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...