- Lightspeed telah melabur di Asia Tenggara, dengan pelaburan seperti Grab, Chilibeli, Ula, Shipper dan NextBillion, dan sedang berusaha untuk mempercepatkannya
- Lightspeed akan menggunakan modal merentasi rantau itu dari AS$4 bilion yang diperoleh baru-baru ini merentasi dana-dana global; Singapura dan Indonesia adalah negara tumpuan utama
- Lightspeed telah menubuhkan pejabat serantau mereka di Singapura; dipandu oleh sebuah pasukan Asia Tenggara yang berdedikasi dengan pengalaman pelaburan dan operasi serantau yang mantap
SINGAPURA, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lightspeed Venture Partners (“Lightspeed”) hari ini mengumumkan pelancaran operasi mereka di Asia Tenggara. Beribu pejabat di Singapura, Lightspeed akan bekerjasama dan menyokong usahawan berani di rantau itu yang membina syarikat-syarikat disruptif. Lightspeed akan menggunakan modal untuk pelaburan mereka di Asia Tenggara daripada dana global mereka, di mana ia sebelumnya mengumumkan telah mengumpulkan AS$4 bilion pada tahun 2020.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200916005103/en/
Ketika dunia menghadapi krisis kemanusiaan dan ekonomi yang dipacu oleh COVID-19, ia juga melihat pendigitan yang pantas merentasi industri dan kategori. Angin belakang ini membolehkan pengasas yang mantap untuk mewujudkan kategori dan model perniagaan baharu. Lightspeed komited untuk menyokong pengasas merentasi wilayah, yang membina sebuah masa depan baharu di sebalik gangguan yang diketuai oleh teknologi.
Sejak tahun 2000, Lightspeed telah menyokong pengasas yang mengubah permainan dari peringkat mula sehingga kepada peringkat pertumbuhan. Lebih daripada 70% pelaburan mereka dibuat dalam firma-firma pada peringkat awal, selalunya menjadi rakan modal institusi pertama. Di Asia Tenggara juga, Lightspeed secara aktif terlibat dengan usaha dari peringkat awal mereka, menyelesaikan masalah Asia yang unik di dalam sektor seperti perdagangan, fintech, edtech dan SaaS di antara lain.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13761

No comments:
Post a Comment