Bekas Veteran Nokia dan Microsoft akan Memacukan Perkembangan bagi Perkongsian Global
MUMBAI, India, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna terkemuka yang dikuasakan oleh AI, hari ini mengumumkan pelantikan Jasmeet Gandhi sebagai Ketua bagi Pembangunan dan Perikatan Perniagaan. Encik Gandhi membawa lebih 20 tahun pengalaman di dalam pemasaran produk, jualan, dan perikatan strategik yang akan beliau manfaatkan ketika beliau membangunkan momentum CleverTap di pasaran teknologi pemasaran mudah alih yang kompetitif. Encik Gandhi akan berpangkalan di pejabat CleverTap di Mumbai.
“Iklim perniagaan hari ini memupuk sebuah tempat pasaran yang semakin kompetitif, dan pencarian pemimpin yang luar biasa adalah lebih penting daripada sebelumnya,” kata Supratim Biswas, ketua pegawai pendapatan di CleverTap. “Dalam Jasmeet, kami amat beruntung kerana memiliki seorang pemimpin yang luar biasa dengan pengalaman yang terbukti yang tidak hanya akan membantu CleverTap dalam mencapai pertumbuhan jangka panjang dan mapan, tetapi juga menemui peluang dan perkongsian baharu yang membolehkan syarikat-syarikat daripada pelbagai industri mengagumkan dunia untuk membangun dan berkembang.”
Jasmeet mempunyai kerjaya di dalam bidang teknologi yang merangkumi lebih 20 tahun. Beliau adalah sebahagian dari pasukan pengasas di Rediff.com di mana beliau menghabiskan 14 tahun membina dan menguruskan pemasaran produk, jualan, pemasaran jenama, dan perikatan strategik. Sebagai Ketua bagi Perkhidmatan di Nokia, beliau telah menguruskan app store Nokia dan membangunkan ekosistem pemaju aplikasi bersama dengan perkhidmatan lain seperti Nokia Music dan Maps. Di Microsoft, pasukan beliau bertanggungjawab untuk memasukkan aplikasi ISV ke dalam infrastruktur awan Azure.
“Ketika pasaran terus berkembang selama masa perubahan ini, keupayaan unik CleverTap untuk memupuk pengalaman secara individu dan mengubah pengalaman tersebut menjadi nilai seumur hidup adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang bagi semua organisasi, baik yang besar mahupun yang kecil,” kata Jasmeet Gandhi, ketua bagi pembangunan dan perikatan perniagaan di CleverTap. “Saya sangat teruja dan mendapat penghormatan untuk menyertai pasukan CleverTap yang luar biasa ini dan teruja untuk membina program perikatan bertaraf dunia kami.”
CleverTap membantu jenama digital pertama memaksimumkan nilai bagi aplikasi mudah alih mereka dengan memperibadikan pengalaman pelanggan dengan menggunakan data tingkah laku tepat masa dan pemodelan ramalan. Untuk maklumat tambahan atau untuk mendaftar bagi satu percubaan percuma, sila layari clevertap.com.
Maklumat mengenai CleverTap
CleverTap adalah platform penglibatan dan pengekalan pelanggan terkemuka yang membantu jenama-jenama memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Jenama-jenama pengguna di seluruh dunia yang mewakili lebih 8,000 aplikasi — termasuk Gojek, Disney+ Hotstar, Discovery Kids, Sony, Vodafone, Carousell, dan The Meet Group — mempercayai CleverTap untuk membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna dan dengan itu meningkatkan pendapatan jangka panjang. CleverTap disokong oleh firma modal teroka terkemuka, termasuk Sequoia, Tiger Global Management, Accel, dan Recruit Holdings, dan ia beribu pejabat di Mountain View, Calif. dengan mempunyai pejabat di Amsterdam, Singapura, Dubai, dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, sila layari clevertap.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200916005781/en/
Hubungi
Almitra Karnik
CleverTap
415-513-5756
press@clevertap.com
Sumber : CleverTap
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
No comments:
Post a Comment