Thursday, September 24, 2020

BEYOND LIMITS MENGUMPULKAN PELABURAN SIRI C $133M UNTUK MENDORONG PENGEMBANGAN GLOBAL TEKNOLOGI AI

LOS ANGELES, 23 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Beyond Limits, syarikat teknologi AI bergred industri dan perusahaan yang dibina untuk sektor paling mencabar, termasuk sektor tenaga, utiliti dan jagaan kesihatan, hari ini mengumumkan kejayaan penutupan pusingan pendanaan Siri C dengan sejumlah $113 juta dan komited kira-kira sejumlah $20 juta lagi. Pusingan kali ini diketuai oleh Group 42, syarikat pengkomputeran AI dan awan, dan bp ventures, pelabur dua kali sedia ada dan pelanggan syarikat.

“Kita sedang menyaksikan permintaan luar jangkaan di seluruh dunia sekarang untuk sistem yang menjangkaui AI konvensional yang terhad,” kata AJ Abdallat, CEO dan Pengasas Beyond Limits. “Perisian kognitif kami mempunyai keupayaan untuk memahami situasi dan meletakkan masalah dalam konteks dunia sebenar serta belajar dari masa ke masa. Kami teruja untuk membantu lebih banyak pelanggan menggunakan pendekatan AI kami yang unik dan berkuasa untuk menyelesaikan masalah paling mencabar yang dihadapi industri dan dunia sekarang.”

AI Kognitif Beyond Limits menggunakan penaakulan seakan manusia untuk menyelesaikan masalah, sama seperti cara manusia membuat kesimpulan menggunakan inferens dan logik. Pendekatan unik ini menggabungkan pengetahuan manusia dengan sumber data yang tersedia, membenarkan sistem untuk mengadaptasi dan terus beroperasi dalam situasi apabila bekalan data kurang atau hilang. Hasilnya, pelanggan Beyond Limits boleh meningkatkan wawasan operasi, meningkatkan keadaan operasi, mempertingkat prestasi pada setiap tahap, dan akhirnya meningkatkan keuntungan.

“bp ventures ditubuhkan untuk mengenal pasti dan melabur di syarikat teknologi berpotensi tinggi dan membawa perubahan yang boleh membantu kami mengimaginasikan semula sistem tenaga global kami,” kata Morag Watson, Naib Presiden Kanan, Sains Digital dan Kejuruteraan di bp. “Dengan pelaburan tambahan ini, kami percaya yang AI Kognitif Beyond Limits boleh mencipta masa depan yang lebih pintar dan mampan untuk sektor tenaga dan merentasi industri secara keseluruhan.”

“Kami menanti-nantikan untuk bekerjasama dan meneroka banyak lagi keupayaan teknologi canggih ini,” kata Martin Edelman, Penasihat Undang-undang, Group 42. “Kami percaya AI Beyond Limits yang unik akan membawa tahap kecekapan yang baharu untuk sektor berimpak tinggi dan membantu pemacuan masa depan pertumbuhan ekonomi.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13776

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...