Thursday, September 24, 2020

Zynga Lancar Harry Potter: Puzzles & Spells Ke Seluruh Dunia




SAN FRANCISCO, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih 3-Perlawanan magik mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells telah dilancarkan secara rasmi dan mula dilancarkan ke wilayah-wilayah di seluruh dunia. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Games dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, permainan itu tersedia untuk dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS, serta di Amazon Kindle dan Facebook.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200923005144/en/

“Ketika siri Harry Potter pertama kali ditayangkan di pawagam, ia adalah satu daripada detik yang jarang berlaku apabila semua orang membaca buku yang sama, bercakap tentang filem yang sama dan berkumpul bersama-sama untuk berkongsi satu pengalaman bersama,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Kanan bagi Permainan di Zynga. “Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan perhubungan peminat dengan siri itu dengan satu permainan mudah alih yang diselitkan dengan detik-detik yang menonjol dan Dunia Sihir yang berkembang dengan menyeronokkan yang telah memikat pengikut di peringkat global. Maklumat balas daripada pelancaran terhad adalah sangat baik, dan kami tidak sabar bagi peminat di seluruh dunia untuk bermain.”

“Permainan mudah alih bukan sahaja lebih popular bahkan lebih penting kepada mereka pada masa ini. Orang ramai bermain permainan untuk hiburan, bersantai, dan sebagai satu sumber keselesaan dan perhubungan yang dapat diakses,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Dengan Harry Potter: Puzzles & Spells,  peminat akan mengasyikkan diri di dalam magik, teka-teki, dan keajaiban bagi siri itu dan mewujudkan Kelab untuk bekerjasama dan berhubungan dengan peminat Dunia Sihir yang lain.”

Dalam Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan 3-Perlawanan yang penuh dengan jampi serapah, kelucuan, warna dan watak bagi siri Harry Potter. Menampilkan muzik filem dan rakaman suara dari filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti sebuah penceritaan semula yang asli mengenai perjalanan Harry melalui Dunia Sihir. Mendapatkan jampi serapah dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki 3-Perlawanan yang dipenuhi dengan Katak-katak Coklat yang melompat, Kunci Bersayap yang mengepak-ngepak, memerangi kepingan catur penyihir, dan halangan dan objek lain yang tidak dijangka. Di antara teka-teki yang berwarna-warni, pemain akan disajikan dengan detik-detik ikonik daripada naratif tersebut, seperti perjalanan Harry di Hogwarts Express, makhluk ajaib Hagrid dan Hermione membacakan mantera Wingardium Leviosa.

Dengan membangunkan kebolehan magik mereka, pemain memperoleh jampi serapah, bonus, dan mata pengalaman ketika mereka bergerak maju melalui permainan itu untuk meningkatkan kemahiran dan personaliti dalam permainan. Pemain juga dapat memperoleh ganjaran hebat dengan melengkapkan Acara Harian yang merujuk kepada pelbagai detik dari siri Harry Potter. Dalam semangat persahabatan dan persaingan Hogwarts yang mesra, pemain boleh bergabung atau membentuk kelab dengan peminat lain untuk bersosial, bekerjasama dalam strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk hadiah dalam Acara Kelab yang eksklusif.

Selama tujuh hari berikutnya, pemain yang memuat turun permainan itu untuk peranti Android atau iOS mereka akan menerima Berkas Selamat Datang dengan serta-merta, yang mengandungi emas dalam permainan, nyawa tambahan dan Gogal Quidditch khas untuk menyesuaikan avatar mereka.

Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web permainan itu di www.harrypotterpuzzlesandspells.com. Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubungan dengan peminat lain, sila ikuti kami di FacebookInstagram and Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13781

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...