TAMPA, Fla., 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RLS (USA) Inc., (Radioisotop Sains Hayat) telah membeli rangkaian radio farmaseutikal Amerika Syarikat General Electric (GE), menjadikannya sebagai firma tumpuan pengimejan molekul tulen terbesar di Amerika Syarikat. Capitor, (www.capitor.co) sebuah firma penasihat kewangan global butik, menyusun dan membawa perjanjian itu kepada pelabur, memainkan satu peranan penting di dalam perundingan dan kerjasama selama bertahun lamanya di antara pihak-pihak itu. Syarat-syarat kewangan tidak dinyatakan.
Radio farmaseutikal itu akan terus membekalkan produk pengimejan molekul GE Healthcare, dengan RLS memanfaatkan satu perjanjian perkongsian pengedaran selama 10 tahun. Rangkaian radio farmaseutikal yang kini dimiliki secara persendirian itu termasuk satu pemilikan minoriti oleh Perceptive Advisors, sebuah firma pelaburan pakar penjagaan kesihatan bernilai $7 bilion yang berpangkalan di New York.
Pasukan eksekutif RLS itu terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Werner Gruner, Ketua Pegawai Pelaburan Jaco van Niekerk dan Ketua Pegawai Operasi Shane Cobb. Encik Gruner, yang telah berkhidmat sebagai eksekutif dalam pelbagai peranan di dalam industri kewangan antarabangsa, termasuk menubuhkan Capitor, mengulas bahawa “Saya amat tertarik dan teruja dengan segala kemungkinan bagi pemerolehan penjagaan kesihatan ini, melampaui aspek kewangan bagi urus niaga itu. Saya telah menghabiskan kerjaya saya dengan memberikan khidmat nasihat pelaburan yang teliti kepada pelanggan global dan selalu percaya bahawa pelanggan, tidak kira apa jenis industri, bukan sahaja berhak, tetapi mempunyai hak untuk menuntut perkhidmatan yang diperibadikan, tepat pada masanya, dan berkualiti tinggi,” dan menambah bahawa “itulah sebabnya kami memberi tumpuan kepada perkhidmatan, kualiti dan teknologi disruptif sebagai faktor utama di dalam strategi pelaburan kami.”
Rangkaian radio farmaseutikal itu merangkumi 31 farmasi merentasi 18 buah negeri, termasuk ibu pejabat mereka sekarang di Tampa, Florida. Di bawah arahan Encik van Niekerk, RLS berhasrat untuk melabur $2 bilion pada dekad berikutnya untuk memperluaskan kehadiran mereka di dalam bidang farmasi, sambil terus melabur di dalam kemajuan sains dan teknologi canggih. “Kami telah melabur begitu banyak usaha untuk memastikan satu peralihan yang lancar kerana falsafah kami yang berpusatkan perkhidmatan, termasuk mengekalkan kakitangan eksekutif penting, seperti Shane Cobb yang berpengalaman lebih 30 tahun di dalam industri itu,” kata Encik van Niekerk, sambil membuat kesimpulan bahawa “RLS komited untuk menyampaikan diagnostik dan rawatan berkualiti yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit di seluruh negara. Untuk tujuan itu, dan dengan mengambil kira apa yang kami temui berhubung kemungkinan kesan jangka panjang bagi kerosakan organ yang disebabkan oleh COVID-19, kami telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang memberi tumpuan bagi menampung apa yang dapat menjadi satu lonjakan di dalam permintaan untuk perkhidmatan diagnostik khusus.”
Hampir lima ratus bekas pekerja GE di seluruh negara itu kini menjadi sebahagian daripada keluarga RLS. Syarikat itu dijangka menempatkan semula ibu pejabat mereka ke pantai timur Florida dalam masa terdekat dan sedang berbincang dengan pelbagai majlis pembangunan ekonomi dan juga perbandaran.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200901006104/en/
Hubungi
Amanda Penebaker
608-345-9420
amanda.penebaker@rls.bio
https://rls.bio/
Sumber : RLS (USA) Inc.
No comments:
Post a Comment