NEW YORK, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setelah dua tahun membangunkan, aplikasi yang digunakan dan kajian semula yang menyeluruh, International WELL Building Institute (IWBI) hari ini secara rasmi melancarkan versi terbaru Standard WELL Building - WELL v2. Standard yang baharu diluluskan itu adalah versi yang responsif dan berdaya tahan bagi sistem penarafan IWBI sehingga kini dan berfungsi sebagai asas di mana keseluruhan ekosistem WELL dibina.
“Bangunan yang lebih baik, komuniti yang bersemangat dan organisasi yang lebih mantap telah menjadi teras dalam misi kami sejak kami melancarkan WELL pada tahun 2014,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI, Rick Fedrizzi. “Ia merupakan satu perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini, tetapi kami telah mengesahkan bahawa WELL v2 sangat mantap, kuat dan berdaya tahan dalam menghadapi setiap cabaran. Daripada satu pandemik global kepada keadilan sosial, WELL v2 telah terbukti menjadi sebuah sistem penarafan global yang relevan, berskala, dan responsif, inklusif, kuat daripada segi teknikal, bertumpukan kepada pelanggan dan diterima pakai bagi mana-mana organisasi atau jenis ruang.”
WELL v2 adalah sejenis wahana untuk bangunan dan organisasi untuk memberikan ruang yang lebih bernas dan disengajakan yang menyumbang kepada peningkatan kesihatan dan kesejahteraan manusia sejagat. Ia termasuk satu set strategi yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan manusia melalui campur tangan reka bentuk, protokol dan dasar operasi dan satu komitmen untuk memupuk satu budaya kesihatan dan kesejahteraan. Dibangunkan berdasarkan kepada asas perintis bagi versi pertama Standard WELL Building (WELL v1), WELL v2 menarik kepakaran daripada pelbagai komuniti bagi pengguna WELL, pengamal perubatan dan reka bentuk, profesional kesihatan awam dan saintis bangunan di seluruh dunia.
WELL v2 menggabungkan lelaran dan rintis sebelumnya ke dalam sebuah sistem penarafan tunggal yang direka untuk menampung kesemua jenis dan sektor projek. Sistem itu bertujuan untuk berkembang di dalam kespesifikan dan keistimewaan dari masa ke masa, menyesuaikan diri untuk menampung pelbagai jenis dan geografi projek dan sebagai tindak balas kepada bukti baharu dan keperluan kesihatan awam yang terus berkembang. Standard itu berpusat pada 10 konsep - Udara, Air, Pemakanan, Cahaya, Pergerakan, Keselesaan Terma, Bunyi, Bahan, Minda dan Komuniti - yang memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Setiap ciri di dalam konsep ini ditekankan oleh bukti yang ada yang menghubungkan reka bentuk, dasar dan strategi bertumpukan bangunan kepada hasil kesihatan dan kesejahteraan; adalah merupakan pihak ketiga yang disahkan oleh Green Business Certification Inc. (GBCI) melalui dokumentasi dan/atau ujian prestasi; telah diuji melalui WELL v1 dan/atau WELL v2 perintis, yang menunjukkan penerimaan dan penyerapan oleh lebih 3,300 projek daripada pelbagai tipologi yang mewakili lebih 413 juta kaki persegi merentasi 54 buah negara; dan termasuk input luar daripada pelbagai komuniti pengamal kesihatan dan reka bentuk, pakar isi kandungan, pengguna dan pihak ketiga yang lain.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13754

No comments:
Post a Comment