Sunday, September 27, 2020

UJIAN DEMONSTRASI NTT COM UNTUK MENGHUBUNGKAN TEKNOLOGI "IDS CONNECTOR" PLATFORM GAIA-X DAN SDPF BERDASARKAN PADA DATA TRUST®

 






Imej persekitaran ujian (Grafik: Business Wire)


— Akan membangunkan platform global untuk penggunaan data rentas lapangan dan pada masa yang sama melindungi hak bagi penyedia data —


TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa bermula pada 1 Oktober ia akan bekerjasama dengan International Data Spaces Association (IDSA)1  dalam satu ujian demonstrasi sebagai fasa pertama bagi menyumbang kepada pembangunan sebuah platformpengurusan data global yang selamat yang menjamin saling boleh kendali di antara platform data yang dibina dan diurus di negara-negara di seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200927005006/en/

Persekitaran ujian itu untuk berkongsi data yang sangat sulit secara selamat akan termasuk IDS Connector3, teknologi teras bagi GAIA-X4, sebuah infrastruktur data bersekutu untuk Eropah, dan platform IoT Things Cloud® NTT Com dan Platform Data Pintar (SDPF)5, yang kemudian menggabungkan dasar-dasar Data Trust®6. Demonstrasi itu, selain untuk menilai praktikalnya dan kebolehoperasian bagi sebuah struktur baharu untuk mengendalikan dengan sesuai hak akses bagi setiap data berdasarkan kepada undang-undang dan kontrak yang berkaitan, akan memberi keterangan baharu mengenai keperluan, dll bagi platform yang direka untuk pengurusan data antarabangsa. Hasilnya diharap dapat membawa kepada pembentukan platform pengurusan data global yang menghubungkan platform data tempatan dengan lancar di negara-negara di seluruh dunia.

Dalam demonstrasi itu, satu persekitaran ujian akan dibina untuk menguji pelbagai kes bagi perkongsian data antarabangsa, seperti pemantauan jarak jauh bagi mesin di luar negara, dll., untuk mengesahkan praktikalnya dan kebolehoperasian bagi perkongsian data. Pada mulanya, bekerjasama dengan Pusat7 Inovasi Perisian NTT, IDS Connector dan SDPF akan dikerahkan dalam satu persekitaran ujian di Jepun untuk menguji kebolehoperasian sistem dan pengurusan bagi hak penggunaan data yang khusus. Persekitaran ujian itu di Jepun akan kemudian disambung kepada persekitaran ujian IDSA di Jerman dan satu persekitaran ujian yang berasingan di Switzerland Innovation Park Biel/Bienne8, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan di Switzerland untuk menguji praktikalnya dan kebolehoperasian sistem itu dalam mengawal hak akses data di peringkat antarabangsa melalui rangkaian NTT Com.

Selepas itu, NTT Com akan meneruskan dengan pengesahan dan pengujian selanjutnya dengan menerapkan penemuan ujian semasa dalam satu persekitaran operasi ujian (tempat ujian), yang bertujuan untuk mengesahkan kebolehoperasian bagi pelbagai perkakasan dan perisian dengan menggunakan IDS Connector. Platform pengurusan data global yang baharu itu akan dibangunkan bersama oleh syarikat Jepun dan organisasi luar negara. Pada masa yang sama, NTT Com akan menentukan keperluan konkrit bagi platform itu bersama dengan pelbagai organisasi dan syarikat yang aktif di Jepun dan luar negara, termasuk Robot Revolution & Industrial IoT Initiative9. Bergerak ke hadapan, NTT Com berharap dapat menyokong perumusan bagi spesifikasi asas melalui kerjasama awam-persendirian-akademik. Pada akhirnya, NTT Com berhasrat untuk menyumbang kepada realisasi sebuah dunia pintar dengan membangun dan menyediakan sebuah platform untuk perkongsian dan penggunaan data secara meluas dalam bidang yang luas di seluruh dunia.

Teknologi untuk IoT, kecerdasan buatan dan penggunaan data semakin banyak diterapkan dalam pelbagai bidang, termasuk pembuatan, logistik, pengangkutan, penjagaan perubatan, tenaga, bandar raya dan kerajaan. Untuk memudahkan penggunaan data termaju dan pelbagai tujuan, sistem diperlukan untuk memastikan pertukaran data yang selamat dan boleh dipercayai di antara industri, perniagaan dan negara. Pada masa yang sama, hak-hak bagi penyedia data dan pengguna harus dilindungi dan dipatuhi dengan menguruskan bila, di mana, siapa, mengapa dan dalam keadaan apa data spesifik dapat digunakan. Pada masa ini, sistem undang-undang dan teknologi sedang dibangunkan di seluruh dunia untuk mewujudkan infrastruktur data tersebut. Akhirnya, pertukaran data dalam perniagaan antarabangsa mungkin memerlukan kepatuhan terhadap spesifikasi infrastruktur data yang mengikut undang-undang dan peraturan bagi negara-negara yang relevan.

1International Data Spaces Association (IDSA), yang berasal dari Eropah, telah mentakrifkan satu seni bina rujukan dan satu standard formal yang akan digunakan untuk mewujud dan mengendalikan ruang data maya. Senibina International Data Spaces (IDS) adalah didasarkan pada model tadbir urus data yang diterima umum yang memudahkan pertukaran yang selamat dan hubungan data yang mudah di dalam ekosistem perniagaan. IDSA mempunyai lebih 120 organisasi anggota dari 21 buah negara.
2Platform pengurusan data global adalah satu fungsi untuk saling menghubungkan platform data merentasi sempadan sehingga setiap negara dapat menyebarkan data secara selamat, saksama dan tepat di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama melindungi aset nasional dan hak asasi manusia.
3IDS Connector yang disediakan oleh IDSA adalah elemen teras bagi sebuah ekosistem data yang direka untuk memudahkan pertukaran data secara selamat di antara pihak-pihak yang dipercayai. Digunakan dalam infrastruktur GAIA-X serta di dalam awan, di komputer tepi atau di peranti, dll. yang menghantar dan menerima data, ia menyediakan tetapan untuk menguruskan akses kepada data tertentu berdasarkan kepada undang-undang dan kontrak.
4GAIA-X adalah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan Jerman dan Perancis pada Oktober 2019 untuk membina infrastruktur data terpencar bagi perkongsian dan penggunaan data yang dilindungi oleh undang-undang data Eropah.
5Smart Data Platform (SDPF) adalah platform generasi berikut NTT Com yang menawarkan fungsi sehenti yang komprehensif bagi transformasi digital korporat (DX).
6DATA Trust® adalah satu tanda dagangan berdaftar bagi Nippon Telegraph and Telephone Corporation (NTT).
7Pusat Inovasi Perisian NTT adalah sebuah makmal NTT yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi infrastruktur IT, seperti pecutan DX, infrastruktur perisian, infrastruktur AI dan komputer generasi akan datang, yang semakin menjadi infrastruktur penting.
8Switzerland Innovation Park Biel/Bienne adalah sebuah organisasi tidak mencari keuntungan persendirian Switzerland yang menjalankan dan menyokong penyelidikan dan pembangunan gunaan yang terutamanya berorientasikan industri.
9Robot Revolution & Industrial IoT Initiative adalah sebuah organisasi persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2015 atas inisiatif kerajaan Jepun untuk memudahkan penggunaan IoT perindustrian, robot, dll. NTT Com telah aktif sebagai sekretariat bagi kumpulan Sub-Kerja Platform Pengurusan Data Global sejak Oktober 2019.

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200927005006/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Akira Sakaino, Hideaki Niitsuma
Pejabat Kilang Pintar
Bahagian Perancangan Perniagaan, Penyelesaian Perniagaan
NTT Communications
smart-factory@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...