Wednesday, March 31, 2021

WALGREENS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN SETERUSNYA BAGI STRATEGI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MEREKA DENGAN INCOMM PAYMENTS

Walgreens akan menawarkan akaun bank baharu dengan kad debit Mastercard yang memanfaatkan platform InComm Payments

InComm Payments akan meningkatkan program kad hadiah berjenama Walgreens

DEERFIELD, Ill. & ATLANTA, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walgreens hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan InComm Payments, sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka, untuk menyediakan pilihan perkhidmatan kewangan yang sesuai dan mudah diakses bagi pelanggan mereka. Bersama-sama, syarikat-syarikat itu akan melancarkan satu penawaran akaun bank baharu bagi pelanggan mereka yang akan diwujudkan di MetaBank* dengan sebuah kad debit Mastercard yang akan melayani pembeli-belah Walgreens di dalam kedai dan dalam talian dan membolehkan mereka untuk memperoleh ganjaran Tunai MyWalgreens ke atas semua pembelian sebagai sebahagian daripada program kesetiaan pelanggan myWalgreens yang baharu dilancarkan pada November 2020.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi keuntungan alternatif Walgreens dan baru-baru ini mengumumkan inisiatif yang lebih luas untuk melancarkan produk dan perkhidmatan kewangan baharu yang memperkuatkan komitmen mereka yang berterusan untuk menawarkan perkhidmatan dan faedah yang berbeza kepada pelanggan mereka. Penyelesaian perbankan baharu itu akan melengkapkan rancangan Walgreens untuk meneruskan tumpuan kesihatan dan kesejahteraan mereka dan meningkatkan program kesetiaan dan personalisasi pelanggan. Penyelesaian itu memanfaatkan platform perbankan sebagai satu perkhidmatan digital moden InComm Payments. Pembeli-belah Walgreens akan dapat mencari produk di dalam kedai atau mendaftar secara dalam talian dan kemudian menguruskan kewangan harian mereka dengan mudah dalam satu aplikasi perbankan mudah alih baharu yang mudah digunakan. Akaun bank itu dijangka tersedia di hampir 9,000 kedai Walgreens dan dalam talian pada separuh kedua tahun 2021.

“Walgreens komited kepada membantu pelanggan dengan keperluan kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan kami gembira untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan kewangan kami untuk memperkayakan lagi pengalaman itu dan cara kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan,” kata John Standley, presiden, Walgreens. “Kami berharap dapat meneroka dan memperkenalkan lebih banyak inisiatif pembayaran kesihatan dan kesejahteraan yang bertumpukan kepada pelanggan dalam masa terdekat, dan pada masa yang sama mewujudkan aliran pendapatan baharu.”

“Kami merasa terhormat kerana Walgreens telah memilih penyelesaian perkhidmatan kewangan InComm Payments untuk memberikan manfaat lebih lanjut kepada pelanggan mereka dan komuniti,” kata Stefan Happ, Presiden bagi InComm Payments. “Penawaran produk baru ini akan menjadikan Walgreens sebagai satu destinasi untuk perkhidmatan kewangan, yang dibina di atas legasi Walgreens sebagai sebuah kedai sehenti bagi farmasi dan kemudahan.”

Selain itu, Walgreens dan InComm Payments merancang untuk melancarkan semula program kad hadiah berjenama Walgreens. InComm Payments akan menyelia pengurusan bagi program kad hadiah fizikal Walgreens yang sedia ada, melancarkan kad hadiah digital Walgreens, dan membolehkan pembelian dan penebusan digital di walgreens.com. InComm Payments akan juga memudahkan pengedaran secara meluas bagi kad hadiah Walgreens merentasi saluran B2B, kesetiaan, ganjaran dan e-dagang. Pengembangan itu memperkukuhkan lagi perkongsian 12 tahun antara InComm Payments dan Walgreens sambil meningkatkan pengalaman jenama dan pelanggan Walgreens di dalam kedai, dalam talian, dan melalui telefon bimbit.

*Akaun-akaun bank akan menuntut akaun deposit yang dibuat di, dengan kad debit yang dikeluarkan oleh, MetaBank®, N.A., Anggota FDIC, menurut lesen oleh Mastercard International Incorporated.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14412

Tuesday, March 30, 2021

MTC HASILKAN VIDEO SOP COVID-19, GESA INDUSTRI KAYU-KAYAN DAN PERABOT KEKAL WASPADA

 KUALA LUMPUR,  29 Mac (Bernama) -- Walaupun pandemik COVID-19 kebelakangan ini terkawal dan program vaksinasi di Malaysia sudah bermula, Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) terus menggesa pemain industri dari sektor kayu-kayan dan perabot supaya tidak mengambil ringan terhadap penularan wabak ini dan terus memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

MTC dengan kerjasama dua persatuan kayu-kayan iaitu Majlis Perabot Malaysia (MFC) dan Majlis Kayu Kumai dan Tanggam Malaysia (MWMJC) telah menghasilkan video berdurasi 3.53 minit bagi menekankan kepentingan mematuhi SOP untuk menangani penularan virus COVID-19.
 
Video ini memaparkan keperluan untuk menggunakan pelitup muka, mencuci tangan, melaksanakan proses sanitasi serta pemeriksaan suhu badan dan memastikan penjarakkan fizikal bagi para pekerja kilang dalam sektor kayu dan perabot.  Video SOP yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia boleh didapati dalam sarikata yang berbeza iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Bengali, Nepali dan Burma.  Ini bagi memberi kemudahan terutamanya kepada pekerja asing untuk memahami SOP ini.
 
"Kita boleh memenangi perang melawan wabak COVID-19 ini dengan bersatu. Ungkapan 'Kita Jaga Kita' bukanlah sesuatu yang hanya diterap dalam kehidupan peribadi tetapi juga dalam perniagaan kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif MTC Tuan Muhtar Suhaili menerangkan tujuan Majlis tampil dengan video ini untuk sektor kayu-kayan dan perabot.
 
Industri kayu-kayan merupakan sektor ketiga terbesar dalam industri komoditi selepas minyak sawit dan getah dengan nilai eksport sebanyak RM22.02 bilion pada tahun 2020 yang mewakili kira-kira 14% daripada sumbangan komoditi dalam pendapatan negara.
 
Industri kayu-kayan dan perabot rata-rata telah berjaya menangani pandemik COVID -19 dengan sumber yang terhad. Ia antara beberapa industri yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac tahun lalu. Pengusaha kilang kayu-kayan dan perabot telah mengambil tindakan proaktif bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengelak dari sebarang kejadian tidak diingini.

MTC akan berkongsi pautan ke video SOP dengan semua syarikat kayu-kayan dan perabot untuk digunakan sebagai rujukan membimbing dan mengingatkan pekerja dan kakitangan mereka supaya mematuhi SOP pada setiap masa.
 
Sila klik pautan di bawah untuk gambar MTC CEO Tuan Muhtar Suhaili:
 
http://mtc.com.my/i/corporate-mt-CEO.jpg

Mengenai Majlis Kayu-Kayan Malaysia

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) ditubuhkan pada Januari 1992 untuk menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan industri perkayuan Malaysia di peringkat global. Objektif utama MTC adalah untuk mempromosikan dan membangunkan pasaran bagi produk kayu Malaysia di peringkat global, menggalakkan pembangunan industri dengan meningkatkan penggunaan teknologi, meningkatkan bekalan bahan mentah, menyediakan perkhidmatan maklumat dan meningkatkan imej industri perkayuan Malaysia di persada dunia. Maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Majlis boleh diperolehi dari www.mtc.com.my

Dikeluarkan oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14401

INVNT® MENGUMUMKAN PERTUMBUHAN PASUKAN KREATIF DAN PENERBITAN DI SINGAPURA DAN SYDNEY

 Portfolio klien yang semakin berkembang membawa kepada enam penggajian baharu merentasi APAC



SYDNEY, Australia, 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- INVNT. The global live brand storytelling agency® telah mengembangkan operasi APAC dengan pelantikan bakat kreatif dan penerbitan baharu di Singapura dan Sydney. 

Berpangkalan di Singapura, Sarah Bailey menyertai INVNT sebagai Pengarah Kreatif, beliau akan bertanggungjawab untuk merancang idea kempen yang menarik untuk klien di seluruh rantau APAC. Bailey membawa lebih sepuluh tahun pengalaman kepada peranan ini, beliau pernah bekerja dalam peranan agensi dan pihak klien di syarikat termasuklah Freeman dan Publicis Singapore. Beliau menyertai Karen Ho dalam pasukan kreatif, yang menyertai syarikat sebagai Pereka Junior di Sydney.

Agensi ini telah membina lagi kepakaran penerbitan berikutan permintaan berterusan daripada klien untuk pengalaman maya dan hibrid tahap tinggi. Berpangkalan di Sydney, Ema Wakeford telah dilantik untuk peranan Penerbit Eksekutif dan menyertai dari George P. Johnson. Beliau pernah terlibat dalam acara termasuklah Light, Music & Ideas Festival yang terkenal, Vivid Sydney dan dengan jenama seperti Cadbury dan Johnson & Johnson.

Pasukan ini juga mengalu-alukan Caroline Bubb sebagai Penerbit Kanan yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam terlibat dalam acara di Australia dan UK, Penerbit Rebecca Wheatley yang berpengalaman dalam festival dan acara menghadap pengguna termasuklah Margaret River Gourmet Escape, Taste Festivals Australia, Mercedes-Benz Fashion Week Australia dan ARIA Awards, dan Penyelaras Penerbitan, Lauren Moorhouse yang menyertai dari CWT Meetings & Events.

Laura Roberts, Pengarah Pengurusan, INVNT APAC berkata: "Pertumbuhan INVNT di Singapura dan Sydney merupakan bukti kepada pasukan kami, yang telah berjaya menyesuaikan dan menjangkaui sempadan kreatif untuk menyampaikan pengalaman menarik kepada klien kami sepanjang perubahan besar untuk industri.   

"Sebagai agensi strategi dan diterajui kekreatifan, saya amat teruja untuk Sarah dan Karen menyertai pasukan kami bagi memastikan kami terus mengejutkan dan memuaskan klien dengan pemikiran yang luar jangkaan dan reka bentuk yang menonjol, serta sepasukan penerbit iaitu Ema, Caroline, Rebecca dan Lauren yang berbakat, yang akan merealisasikan pemikiran ini merentasi pengalaman maya,hibrid, secara berkembang tatkala pandemik berubah-ubah merentasi rantau APAC."

Klik di sini untuk visual.

Perihal INVNT

Diasaskan pada 2008 oleh Scott Cullather dan Kristina McCoobery, INVNT menggunakan seni penceritaan jenama langsung untuk mencipta dan menghasilkan pengalaman langsung yang menarik minat dan menyatukan khalayak fizikal dan maya secara global. Pernyataan pendekatan 'challenge everything' syarikat membantu pelanggan termasuk General Motors, Grant Thornton, Merck, PepsiCo dan Samsung untuk berkongsi kisah mereka dengan setiap khalayak yang penting. Sebahagian daripada [INVNT GROUP], THE GLOBAL BRANDSTORY PROJECT™, pejabat INVNT terletak secara strategik di New York, London, Sydney, Detroit, San Francisco, Washington D.C., Stockholm dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.invnt.com

Maklumat Hubungan:
Brea Carter
INVNT
bcarter@invnt.com
+61(0)431407006 


SUMBER : [INVNT GROUP]™

RIPPLE MEMPEROLEHI 40% KEPENTINGAN DALAM TRANGLO PAKAR PEMBAYARAN RENTAS SEMPADAN TERKEMUKA DI ASIA

 Memperkukuhkan perkongsian yang sedang berjalan untuk memperluaskan Kecairan Atas Permintaan RippleNet di pasaran-pasaran utama bermula di Asia Tenggara



SINGAPURA, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ripple, penyedia terkemuka bagi penyelesaian blok rantai perusahaan untuk pembayaran global, mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk memperolehi 40% dalam Tranglo, pakar pembayaran rentas sempadan terkemuka di Asia. Perkongsian ini akan membolehkan Ripple untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di rantau itu dan memperluaskan jangkauan Kecairan Atas Permintaan (ODL), yang menggunakan aset digital XRP untuk mengirim wang dengan serta-merta dan mengurangkan keperluan modal kerja.

Sebagai perintis untuk perkhidmatan pembayaran rentas sempadan, Tranglo akan memainkan satu peranan penting di dalam menyokong koridor sedia ada, seperti Filipina, dan memperkenalkan koridor ODL baharu di dalam rangkaian mereka yang ada sekarang. Ketika Ripple memperluaskan kehadiran ODL mereka di rantau itu, pelanggan RippleNet yang menggunakan ODL akan juga dapat memanfaatkan Kemudahan Kredit Ripple untuk membebaskan modal kerja dan menskalakan pembayaran rentas sempadan ke dalam lebih banyak pasaran berbanding sebelum ini. Tranglo akan terus menyedia dan memperluaskan perkhidmatan pembayaran semasa mereka untuk membuat urus niaga rentas sempadan lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat bagi pelanggan mereka.

Landskap pembayaran di Asia Tenggara sangat berpecah belah. Setiap negara dilengkapi dengan proses dan infrastruktur pembayaran mereka sendiri yang unik - kurangnya satu penyepaduan standard bagi pembayaran rentas sempadan serantau pada masa ini memerlukan penyelesaian yang mahal. Perkongsian ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat menggabungkan kepakaran tempatan mereka yang mendalam untuk menangani cabaran yang berkaitan dengan pembayaran rentas sempadan.

Pelaburan Ripple di dalam Tranglo adalah satu gambaran mengenai komitmen syarikat itu yang lebih mendalam untuk memperkayakan ekosistem pembayaran di Asia Tenggara, rantau yang paling cepat berkembang untuk penerimaan RippleNet. Minggu lalu, syarikat itu telah mengumumkan Brooks Entwistle sebagai Pengarah Urusan bagi Asia Tenggara untuk mengetuai dan meningkatkan operasi mereka di Asia Tenggara.

Jacky Lee, Ketua Pegawai Eksekutif di Tranglo, berkata: “Tranglo selalu membanggakan diri dalam menjadikan urus niaga rentas sempadan lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat. Dengan bekerjasama rapat dengan Ripple dan memperkenalkan Kecairan Atas Permintaan ke pasaran baharu, kami berhasrat untuk meningkatkan cita-cita bagi menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses dan adil kepada orang ramai.”

Asheesh Birla, Pengurus Besar RippleNet di Ripple, berkata: “Infrastruktur pembayaran Tranglo yang teguh ditambah dengan perkhidmatan dan kualiti pelanggan mereka yang tiada tandingan menjadikan mereka sebuah rakan yang ideal untuk menyokong pengembangan Kecairan Atas Permintaan kami bermula dengan rantau Asia Tenggara. Kami teruja untuk meneruskan dan melaksanakan misi bersama kami untuk mengubah urus niaga  rentas sempadan menjadi lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat dengan teknologi blok rantai dan aset digital.”

Penyiapan bagi urus niaga ini adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan syarat-syarat penutupan biasa dan dijangka akan berlaku pada tahun 2021. Apabila siap nanti, Amir Sarhangi, Naib Presiden bagi Produk dan Penghantaran di Ripple, dan Brooks Entwistle akan bergabung dengan lembaga pengarah Tranglo. Kumpulan TNG Fintech akan kekal sebagai pemegang saham majoriti di Tranglo dan akan bekerjasama dengan Ripple untuk mengembangkan lagi rangkaian pengiriman wang global Tranglo.

RippleNet memanfaatkan teknologi lejar yang diedarkan untuk menyampaikan penyelesaian kewangan - daripada pesanan dwi hala, penyelesaian, pengurusan kecairan dan kemudahan kredit – kepada satu rangkaian rakan global. Tahun lalu, Ripple mengumumkan Kemudahan Kredit, satu perkhidmatan di RippleNet yang membolehkan pelanggan menggunakan Kecairan Atas Permintaan (ODL) untuk mendapatkan sumber modal atas permintaan bagi memulakan pembayaran rentas sempadan pada skala dengan menggunakan aset digital XRP.

Maklumat mengenai Ripple

Ripple membolehkan pembayaran di mana sahaja, dengan segala cara, untuk semua orang menggunakan kuasa blok rantai. Dengan menyertai rangkaian global Ripple (RippleNet)  yang berkembang, institusi kewangan boleh memproses pembayaran pelanggan mereka di mana saja di dunia dengan serta-merta, dengan pasti dan menjimatkan kos. Bank dan penyedia pembayaran boleh menggunakan aset digital XRP untuk mengurangkan lagi kos mereka dan mengakses pasaran baharu. Dengan mempunyai pejabat di San Francisco, Washington D.C., New York, London, Mumbai, Singapura, São Paulo, Reykjavik dan Dubai, Ripple mempunyai ratusan pelanggan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Tranglo

Tranglo adalah sebuah hab pembayaran rentas sempadan dengan rekod prestasi yang terbukti di dalam pembayaran perniagaan, pengiriman wang asing dan penyelesaian pembayaran mudah alih. Ditubuhkan pada tahun 2008, kami mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Dubai dan London. Rangkaian global kami merangkumi lebih 100 buah negara, 2,500 operator mudah alih, 1,300 bank/dompet dan 130,000 titik pengambilan wang tunai.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005796/en/

Hubungi

Stacey Ngo
press@ripple.com

Sumber : Ripple

Monday, March 29, 2021

SEA ELECTRIC MENCAPAI PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI 1,000 SET BATERI KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK DARIPADA SOUNDON NEW ENERGY TECHNOLOGY CO.

Majoriti Pembelian Bateri adalah Dirancang untuk Amerika Syarikat susulan Pembiayaan Ekuiti AS$42 juta yang Diraih bagi SEA Electric

LOS ANGELES, 29 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat teknologi automotif global SEA Electric, berserta dengan teknologi SEA-Drive® proprietari miliknya– ramuan rahsia di sebalik kepimpinan syarikat itu dalam pengelektrikan kenderaan komersial – telah memperluas capaian globalnya menerusi pembelian 1,000 bateri kenderaan elektrik daripada Soundon New Energy Technology Co. yang telah lama menjadi rakan kongsi teknologinya. Pengaturan yang baru dibentuk ini susulan berita pembiayaan ekuiti sebanyak AS$42 juta kepada SEA Electric yang diumumkan baru-baru ini. (Latar belakang penuh dan foto: https://www.dropbox.com/sh/dulvd9izcotdfsm/AACe1q0VJpjuGHNfaWgbFPBpa?dl=0)

SEA ELECTRIC MENCAPAI PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI 1,000 SET BATERI KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK DARIPADA SOUNDON NEW ENERGY TECHNOLOGY CO.

Friday, March 26, 2021

BELIA BERKEMAHIRAN TINGGI MELALUI PENGAJIAN KRAF

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Institut Kraf Negara (di bawah pengurusan Kraftangan Malaysia) mempelawa golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).


Institut Kraf Negara menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri. Kini, Institut Kraf Negara telah membuka dua lagi kampus baru iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14396

Thursday, March 25, 2021

TOMMY HILFIGER MELANTIK ALEGRA O'HARE SEBAGAI KETUA PEGAWAI PEMASARAN GLOBAL



Table
 
Alegra O'Hare, Ketua Pegawai Pemasaran, Tommy Hilfiger Global (Foto: Business Wire)


AMSTERDAM, Belanda, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Alegra O'Hare sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, Tommy Hilfiger Global berkuat kuasa 12 April, 2021. Dalam peranan tersebut, O'Hare akan membangun dan melaksanakan strategi pemasaran global yang berinovatif untuk menjangkau dan melibatkan generasi pengguna TOMMY HILFIGER yang sedia ada dan akan datang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210325005086/en/

“Pelantikan Alegra adalah satu langkah penting yang seterusnya dalam era baharu ini bagi TOMMY HILFIGER,” kata Avery Baker, Presiden dan Ketua Pegawai Jenama, Tommy Hilfiger Global. “Beliau akan menjadi daya penggerak dalam menghidupkan visi jenama baharu kami melalui strategi pemasaran yang kreatif, digital, dan saluran semua arah yang bertaraf dunia. Hubungan beliau yang mendalam kepada budaya dan pengalaman yang terbukti dalam membangunkan hubungan dan perniagaan dengan pengguna global akan menjadi aset yang hebat. Saya sangat gembira apabila Alegra menyertai pasukan kami untuk memainkan satu peranan utama di dalam membina generasi peminat Tommy yang seterusnya.”

TOMMY HILFIGER sentiasa menjadi sebuah jenama yang ke hadapan, dan saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini dengan pasukan itu di tengah-tengah landskap pengguna yang berubah secara drastik,” kata O'Hare. “Bersama-sama, kami akan menghadapi realiti baharu ini secara bersemuka, dengan tumpuan kepada mencipta pengalaman jenama yang menarik dan memeranjatkan bagi semua pengguna, seterusnya mengembangkan kedudukan kita sebagai pemasar bertaraf dunia dengan mendorong batasan budaya dan kreatif.”

O'Hare membawa pengalaman pemasaran selama lebih 25 tahun, bekerja dengan jenama-jenama pengguna global termasuk adidas, Bang & Olufsen, Champion, Lee dan Wrangler. Kali terakhir, beliau memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di GAP, di mana beliau mengetuai pasukan pemasaran global itu untuk memberi inspirasi kepada pengguna merentasi semua titik sentuh jenama, termasuk komunikasi, peruncitan, digital, media sosial dan perhubungan awam, melalui pemasaran yang mengutamakan digital dan satu pendekatan peruncitan semua arah. Sebelum ini, O'Hare mengetuai pemasaran untuk jenama adidas Originals di mana beliau bertanggungjawab bagi semua kempen jenama, kerjasama dengan rakan-rakan seperti Pharrell Williams, Alexander Wang dan Childish Gambino, dan semua pengaktifan komunikasi pemasaran secara global.

TOMMY HILFIGER adalah satu daripada jenama gaya hidup terkemuka di dunia, dengan nama dan identiti yang diiktiraf di seluruh dunia. Inisiatif pemasaran syarikat itu telah berperanan untuk peningkatan jejak TOMMY HILFIGER melalui pertumbuhan kesedaran jenama global dan strategi yang berpusatkan pengguna yang konsisten yang membina dan mengekalkan pangkalan peminat yang setia. Hari ini, pendedahan jenama berada pada tahap paling tinggi sepanjang masa hasil daripada koleksi yang menonjol, kempen, perkongsian dan pengaktifan pengguna yang hebat.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah dalam mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk gaya hidup pelengkap seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus terkemuka dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik Calvin KleinTOMMY HILFIGERVan HeusenIZOD, ARROW, Warner’sOlga dan jenama-jenama Geoffrey Beene, serta jenama intim True&Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan kepada pengguna di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa di lebih 40 buah negara. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan strategi, objektif, harapan dan hasrat Syarikat itu, yang dibuat berdasarkan peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian tahun 1995. Pelabur diberi peringatan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut sememangnya tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagiannya mungkin tidak dapat dijangkakan, termasuk, tanpa had, (i) strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu yang boleh berubah pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu boleh dianggap sebagai mempunyai pengaruh yang tinggi dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menjelaskan hutang mereka, akibatnya Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan mereka dalam cara yang diinginkan atau telah dikendalikannya pada masa lalu; dan (iii) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210325005086/en/

Hubungi

Tommy Hilfiger:
Virginia Ritchie
Naib Presiden, Komunikasi Global
E-mel: virginia.ritchie@tommy.com
Tel: +31 6 4318 4870

Sumber : PVH Corp.

FORUM THE OPEN GROUP OSDU™ MELANCARKAN PLATFORM DATA OSDU PELEPASAN MERKURI

 ~ Sumber Terbuka, platform data berasaskan standard untuk merangsangkan inovasi, mengindustrikan pengurusan data, dan mengurangkan masa ke pasaran bagi penyelesaian baharu di dalam industri tenaga ~


SAN FRANCISCO, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Open Group, konsortium teknologi neutral vendor, hari ini mengumumkan Platform Data OSDU Pelepasan Merkuri. Dibangunkan oleh Forum The Open Group OSDU™, Platform Data OSDU itu adalah sebuah Sumber Terbuka, platform data berasaskan standard dan teknologi agnostik bagi industri tenaga yang merangsangkan inovasi, mengindustrikan pengurusan data, dan mengurangkan masa ke pasaran bagi penyelesaian baharu.

Platform Data OSDU itu akan menyediakan akses dari masa ke masa kepada sebuah portfolio yang luas bagi aplikasi terbuka dan terbukti yang dibangunkan oleh vendor daripada pelbagai sumber tenaga. Dengan mengakses ekosistem ini, pemaju tidak lagi perlu membangun dan mengekalkan seni bina monolitik yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan tambah nilai yang unik. Kini, dengan satu set tunggal API yang jelas dan khusus industri, organisasi dapat dengan mudah mempercepatkan reka bentuk platform dan membangunkan aplikasi proprietari di atas Platform Data OSDU itu.

Dengan satu pendekatan Sumber Terbuka, mana-mana syarikat – dari perbadanan yang telah lama bertapak sehingga kepada syarikat pesaing yang baharu – boleh menyumbangkan ciri-ciri baharu kepada platform itu, dengan menyokong pelbagai aliran kerja perniagaan. Semua kerja disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Program OSDU (PMC) bagi memastikan ia adalah selaras dengan arah haluan keseluruhan bagi Forum itu.

Dengan satu pandangan bagi data industri, Platform Data OSDU itu boleh dimanfaatkan untuk aplikasi perniagaan yang berinovatif. Platform Data OSDU Pelepasan Merkuri itu kini tersedia kepada Operator dan Pembangun Perisian yang ingin untuk:
  • Membebaskan data daripada silo tradisional dan membuat semua data boleh ditemui dan digunakan di dalam satu platform data tunggal
     
  • Membolehkan aliran kerja penerokaan dan pembangunan bersepadu baharu yang mengurangkan masa kitaran keseluruhan
     
  • Mengambil kesempatan daripada penyelesaian digital yang baru muncul untuk menyediakan skalabiliti  dan mempercepatkan pembuatan keputusan
Steve Nunn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Open Group, berkata: “Platform Data OSDU Pelepasan Merkuri itu merupakan satu pencapaian penting oleh Forum OSDU dalam jangka waktu yang sangat singkat. Ditubuhkan pada tahun 2018, Forum OSDU itu telah mengumpulkan lebih 185 Ahli organisasi yang bekerjasama untuk mempercepatkan inovasi dan mengurangkan kos di sektor tenaga. Dengan satu platform data standard, syarikat-syarikat tenaga akan dapat memacukan inovasi dengan menggabungkan teknologi digital dan menggunakan standard terbuka bagi membuat keputusan yang lebih baik. Melihat ke hadapan, ini akan menjadi sangat mustahak untuk memenuhi permintaan tenaga dunia yang semakin meningkat dan pada masa yang sama mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.”

Johan Krebbers, Pengurus Besar Teknologi Digital Baru Muncul/Naib Presiden Inovasi IT, Shell, berkata: “Perkara paling penting bagi strategi kebanyakan syarikat tenaga adalah merangkumi teknologi transformasi yang membawa kita ke hadapan di dalam era digital hari ini. Ini menjadikan keperluan bagi satu reka bentuk seni bina  umum amat jelas, yang menguatkan cara bagaimana industri kita berfungsi dengan data mereka.”

David Eyton, Naib Presiden Eksekutif Inovasi & Kejuruteraan, bp, berkata: “Data adalah teras bagi transformasi bp ke dalam sebuah syarikat tenaga yang bersepadu. Kami percaya bahawa masa depan bagi industri tenaga akan didorong oleh data dan bergantung kepada keupayaan mereka untuk menguruskan data dalam cara yang menggalakkan perkongsian data dengan rakan-rakan, inovasi melalui sains data, dan membuat keputusan yang pantas sepanjang kitaran hayat bagi rantaian nilai tenaga itu. Sebagai sebuah anggota pengasas Forum OSDU itu, bp telah mempunyai peluang untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang pada dasarnya mengubah landskap data bagi industri kita. Dengan menggabungkan organisasi tenaga, penyedia perkhidmatan awan, dan vendor perisian, Forum OSDU itu menyediakan satu peluang bagi kerjasama yang akan bermanfaat bagi semua pihak yang terlibat. Kami sangat teruja dengan Platform Data OSDU bagi Pelepasan Merkuri dan berharap dapat mengembangkan pendekatan ini ke dalam bidang kejuruteraan, pelepasan, dan tenaga baharu.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk membangunkan aplikasi Platform Data OSDU itu, sila layari halaman komuniti pembangun aplikasi itu di sini.

Senarai Ahli Forum OSDU masa ini boleh didapati di sini.

-AKHIR-

Maklumat mengenai Forum The Open Group OSDU

Forum The Open Group OSDUTM membolehkan industri Tenaga itu untuk membangunkan teknologi transformasi bagi menyokong keperluan Tenaga yang sentiasa berubah di dunia. Forum OSDU itu tersedia kepada semua pemegang kepentingan tenaga termasuk pemaju aplikasi, pengendali perkhidmatan, penyedia teknologi, syarikat perisian, ahli akademik, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Forum OSDU itu boleh didapati di sini.

Maklumat mengenai The Open Group

The Open Group adalah sebuah konsortium global yang membolehkan pencapaian bagi objektif perniagaan melalui standard teknologi. Keahlian kami yang pelbagai yang terdiri daripada lebih 800 organisasi termasuk pelanggan, pembekal sistem dan penyelesaian, vendor peranti, integrator, ahli akademik, dan perunding merentasi pelbagai industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.opengroup.org.


FORUM THE OPEN GROUP OSDU™ MELANCARKAN PLATFORM DATA OSDU PELEPASAN MERKURI

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PENYERTAAN DI BERBILANG ACARA DIGITAL UTAMA YANG BERFOKUS PADA ADAS DAN AD DALAM BULAN APRIL 2021

 QUEBEC CITY, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Peringkat 1-5 dan teknologi penderiaan AD, akan menyertai beberapa acara digital global pada bulan April sebagai pempamer, penyampai serta penaja. Syarikat ini akan mempamerkan platform teknologi hujung ke hujung menyeluruhnya yang membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal yang kritikal merentasi seluruh rantaian nilai bagi pasaran automotif dan mobiliti. Penyelesaian yang ditampilkan ini termasuk platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan platform pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala berdasarkan teknologi LeddarEngine™ berpaten.

“LeddarTech terus mencari peluang untuk menyatukan pelanggan, rakan kongsi kami, dan organisasi industri lain untuk berkongsi model perniagaan platform unik kami serta rangkaian tentang pembangunan dan penyelesaian baharu untuk menangani peluang ADAS dan AD hari ini,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran Global, Komunikasi, dan Pengurusan Produk. “Penyertaan kami dalam forum digital utama ini mencerminkan falsafah ini dan kami menanti-nantikan untuk bertemu pelanggan dan organisasi yang juga komited untuk memacu autonomi dan aspek keselamatan ditingkatkan yang disediakannya,” simpul En. Aitken.

ADAS Sensors 2021 Online – 6-8 April (Detroit, AS)

Sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) memerlukan banyak modus penderia dan keupayaan pergabungan data penderia dan persepsi lanjutan untuk menjalankan penilaian berterusan dengan tepat melalui pengesanan untuk memberikan respons kepada situasi pemanduan yang mungkin timbul. Pasaran ADAS dijangka mencapai $84 bilion pada tahun 2025. Apakah yang mendorong pertumbuhan ini dan apakah permintaan teknologi yang akan membentuk perkembangan seterusnya? Sertai LeddarTech di ADAS Sensors Online 2021 untuk mengetahuinya.
 
• Pembentangan Ditampilkan: “Sensing Modalities, Perception, and Fusion Technology Trends for ADAS Applications,” oleh Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech, 6 April @ 11:50 pagi -12:20 tengah hari Waktu Timur
 
• Reruai maya:LeddarTech akan mempamerkan penyelesaian penderiaan dan persepsi yang mentakrifkan pasaran untuk aplikasi ADAS dan AD, termasuklah platform LeddarVision dan pelbagai komponen dan perisian penderiaan. Penyelesaian pengimbasan berdasarkan cermin MEMS untuk LiDAR milik STMicroelectronics juga akan dipamerkan. Wakil teknikal kami akan tersedia dalam talian sepanjang acara ini.
 
• Daftar di sini
 
Hannover Messe Digital Edition – 12-16 April (Hannover, Jerman)

Tahun ini, ekspo dan persidangan mega Hannover Messe yang terkenal akan dianjurkan secara digital. LeddarTech akan menjadi pempamer bersama di pavilion Quebec ini dengan kerjasama Investissement Québec, yang misinya adalah untuk memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan ekonomi Québec dengan mendorong inovasi perniagaan, keusahawanan dan pemerolehan perniagaan serta pertumbuhan dalam pelaburan dan eksport. LeddarTech boleh ditemui di Kiosque Entreprise sepanjang tempoh acara tersebut.

Daftar sekarang di hannovermesse.de/en/conference/

AutoTech Council - Innovation Review on Connected Cars– 15 April (Amerika Utara)
 
• Acara Autotech Council akan berfokus pada teknologi dan inovasi baharu yang membolehkan kereta yang tersambung pada hari ini dan masa hadapan serta memperkenalkan hadirin kepada usahawan yang menjadikan masa hadapan ini realiti. Sertai OEM, pembekal, syarikat permulaan dan VC untuk membincangkan topik panas seperti 5G, ketersambungan dibenamkan lwn. tertambat, data peribadi dan privasi, analisis data yang besar, perkhidmatan nilai tambah dan lebih banyak lagi. Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech akan mengambil bahagian dalam panel perbincangan akan yang berlangsung 15 April dari 8:55 pagi hingga 9:25 pagi Waktu Pasifik
 
• Daftar di sini
 
6th Automotive Sensors and Electronics Summit – 28 April (Munich, Jerman)

Automotive Sensors and Electronics Summit ialah acara tahunan yang sentiasa menarik para pembuat keputusan utama merentasi pelbagai sektor industri. Acara ini mempunyai reputasi yang cemerlang dalam komuniti penderia automotif dan elektronik untuk menyerlahkan teknologi baharu dan menyokong peluang perangkaian yang berharga.
 
• Pembentangan Kajian Kes: “Sensor-Fusion and Perception Solutions for Key ADAS and AD Applications,” oleh Michael Poulin, Naib Presiden, Perkongsian Strategik dan Pembangunan korporat, 28 April, 2021 @ 4:30 petang Waktu Eropah Tengah
 
• E-buku ditampilkan:LeddarVision Sensor Fusion and Perception Technology
 
• Daftar di sini
 
Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

​http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14387

Wednesday, March 24, 2021

LIQUID INSTRUMENTS MEMPERKENALKAN MOKU:GO - PENYELESAIAN PENDIDIKAN MAKMAL YANG TEGAP UNTUK AHLI SAINS DAN JURUTERA BAGI GENERASI AKAN DATANG




Moku:Go menawarkan satu set lengkap bagi instrumen dan ciri-ciri yang direka untuk membantu pelajar sains dan kejuruteraan melepasi batasan tradisional bagi pengajaran makmal dan bilik kuliah


SAN DIEGO & CANBERRA, Australia, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Liquid Instruments, sebuah inovator di dalam instrumentasi yang ditentukan perisian ketepatan, melancarkan Moku:Go, sebuah platform mudah alih yang lengkap yang direka untuk membawa makmal kejuruteraan ke mana sahaja dan membawa satu era baharu bagi pendidikan saintifik dan kejuruteraan di universiti-universiti di seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210323005031/en/

Di dalam pendidikan tinggi, instrumentasi makmal secara peribadi pada masa ini tidak bergerak, mahal, perkakasan yang terhad dan ditetapkan pada masa pembelian. Penyelesaian mudah alih yang sedia ada tidak mempunyai antara muka perisian intuitif yang diharapkan oleh generasi pelajar semasa dan akan datang. Ia juga tidak menawarkan segala instrumen dan ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan pelajar untuk belajar secara efektif di luar makmal. Permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pembelajaran jarak jauh dan pengalaman kendiri di dalam dan di luar bilik kuliah telah mendorong keperluan pasaran bagi platform fleksibel yang dimiliki pelajar yang dapat menyokong jurutera dan ahli sains generasi akan datang.

Platform perkakasan dengan perisian baharu itu, Moku:Go, adalah sebuah makmal kejuruteraan yang boleh dimuatkan di dalam sebuah beg galas. Ia telah direka untuk mudah alih, kelenturan dan ketahanan yang maksimum, bagi mengambil bukan hanya pelajar kejuruteraan elektrik, tetapi fizik, biokejuruteraan, kejuruteraan kimia dan jurusan lain sepanjang empat tahun bagi pendidikan mereka dan bahkan seterusnya. Ia dimulakan dengan 8 instrumen yang terbukti dan berkuasa termasuk sebuah osiloskop, pengawal PID, penganalisis logik, penjana bentuk gelombang arbitrari, pencatat data, penganalisis spektrum, dan banyak lagi. Ia juga mempunyai ciri-ciri penyambungan penuh dengan kawasan khas Wi-Fi dan USB-C, ciri-ciri perkakasan yang tegap dan perlindungan elektrik untuk memastikan pelajar dapat meneroka projek-projek baharu tanpa membahayakan diri atau peralatan mereka. Bekalan kuasa bersepadu yang unik itu dapat diprogram oleh pengguna dengan pilihan voltan tinggi dan arus tinggi bagi sebarang projek.

“Pelajar-pelajar kami sangat teruja ketika kami pertama kali menambahkan Moku:Lab ke bilik kuliah kami dua tahun yang lalu, dan setelah melihat keupayaan baharu itu bagi Moku:Go, saya lebih teruja. Adalah jelas bahawa ia akan membantu membawa pengalaman pendidikan pelajar ke dalam era moden,” kata Kolonel Brian J. Neff, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Komputer di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat. “Saya tidak sabar untuk melihat ini menjadi satu bahagian standard bagi kurikulum kami.”

Perisian Moku:Go telah direka untuk menarik hati sebuah generasi yang sudah membiasakan diri dengan antara muka pengguna yang intuitif dan keserasian yang luas. Liquid Instruments membawa pengalaman pengguna itu keluar dari era telefon bimbit lipat dan telah mereka antara muka Windows dan Mac yang intuitif yang menarik dan hebat untuk pelajar. Ia menawarkan keupayaan akses jarak jauh dan pandangan gambaran yang jelas bagi rantai pemprosesan isyarat, yang menjadikannya mudah bagi pelajar untuk mempelajari konsep sukar sama ada secara langsung atau jarak jauh. Reka bentuk yang berpusatkan pelajar itu memastikan mereka mempelajari konsep teras, dan bukan hanya mempelajari peralatan itu sahaja.

Moku:Go bukan sahaja membantu meningkatkan penglibatan pelajar, tetapi penggabungan ke dalam kurikulum juga mengurangkan beban kerja fakulti dan pembantu pengajar. Platform itu menyokong Python, LabVIEW dan MATLAB API dan telah menerbitkan contoh-contoh skrip secara langsung MATLAB untuk arahan jarak jauh, bantuan pelajar secara langsung dan kawalan plagiarisme.

Set cirinya yang tegap dan perisian yang canggih boleh juga membuka keupayaan termaju untuk pembuat dan bahkan pelajar sekolah menengah yang ingin meneroka bidang kejuruteraan. Sama ada mereka belajar asas-asas perintang dan op-amp atau penguat kendalian atau mencipta sebuah kuadkopter termaju dengan sensor dan pengemudian berautonomi, Moku:Go membolehkan akses yang lebih mudah kepada konsep yang jika tidak adalah rumit dan projek kejuruteraan kendiri pada bila-bila masa, di mana sahaja pada satu harga yang berpatutan.

Liquid Instruments memperkenalkan Moku:Go untuk pelajar sains dan kejuruteraan sebagai sebahagian daripada portfolio produk penyelesaian instrumentasi berketepatan tinggi yang semakin berkembang bagi ahli fizik dan jurutera eksperimen yang mengetahui secara langsung apa yang perlu untuk mengubah cara pembelajaran dan penyelidikan dilakukan di semua peringkat. Produk yang sedia ada, Moku:Lab, telah digunakan selama bertahun-tahun oleh institusi ternama di seluruh dunia, yang memungkinkan penyelidikan penemuan ulung di dalam bidang fotonik, elektronik, dan sains bahan.

“Produk pertama kami, Moku:Lab, memberikan kepada ahli sains R&D kekuatan dan kelenturan yang mereka perlukan untuk melakukan tugas mereka, kesemuanya di dalam satu platform yang efisien dan kos efektif. Sekarang dengan Moku:Go, kami akan membawa kelebihan yang sama untuk meningkatkan kualiti keseluruhan bagi pendidikan dan mendorong pelajar untuk belajar sains dan kejuruteraan,” kata Profesor Daniel Shaddock, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama bagi Liquid Instruments. “Pelajar sepatutnya menggunakan peralatan makmal yang berkuasa dan fleksibel, tetapi juga mudah dan seronok untuk digunakan. Meningkatkan akses kepada peralatan pendidikan kritikal akan memberikan kuasa kepada pelajar dari segenap lapisan untuk meneruskan kerjaya di dalam STEM.”

Moku:Go bermula pada harga $499 dan boleh disesuaikan untuk memadankan warna sekolah, dengan pembelian volum untuk institusi pendidikan. Untuk maklumat mengenai diskaun pendidikan, aksesori dan spesifikasi lengkap, sila layari halaman produk itu di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Liquid Instruments dan rangkaian produknya yang lengkap, sila layari https://liquidinstruments.com.

Maklumat mengenai Liquid Instruments

Liquid Instruments adalah sebuah inovator di dalam instrumentasi yang ditentukan perisian ketepatan dan merevolusikan cara ahli sains, jurutera, dan pelajar memperluaskan pengetahuan mereka dan menjalankan penyelidikan & pembangunan. Rangkaian produk mereka bagi penyelesaian perkakasan dan perisian memanfaatkan kuasa kekuatan perkomputeran bagi FPGA moden untuk mewujudkan instrumentasi yang sangat disesuaikan untuk mengawal eksperimen dan memperoleh dan menganalisis data. IP pasukan itu di dalam perkakasan yang ditentukan perisian membolehkan produk Moku untuk dikonfigurasi secara dinamik di lapangan, memberi perkhidmatan kepada pelbagai situasi kawalan dan proses eksperimen yang sentiasa berubah. Moku:Lab digunakan oleh beratus-ratus institusi R&D utama di seluruh dunia, dan menyatukan lebih 12 instrumen bernilai tinggi bersama-sama ke dalam sebuah peranti kompak dan intuitif yang telah memperkemaskan aliran kerja eksperimen dengan banyaknya. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://liquidinstruments.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14389

ASIA BROADBAND MULA BEROPERASI HARI INI DENGAN JUALAN TOKEN MATA WANG KRIPTO DISOKONG EMAS

LAS VEGAS, 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- menerusi InvestorWire – Asia Broadband Inc. (OTC: AABB) (“AABB” atau “Syarikat”) berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran jualan hari ini bagi token mata wang kripto AABB Gold (AABBG) Syarikat yang dibangunkan oleh Core State Holdings, Corp. (CSHC). Untuk membuat pembelian token, pengguna AABB Wallet mesti mengemas kini aplikasi atau memuat turun versi aplikasi terbaru dan melepasi proses Know Your Client (KYC). Dalam versi AABB Wallet yang baharu ini, token ini hanya akan tersedia untuk pembelian dalam bentuk mata wang kripto utama lain seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin.

Oleh itu, pembeli perlu meletakkan mata wang kripto sedia ada dalam sebarang dompet pihak ketiga seperti Coinbase atau Binance. Kemudian, pembeli akan mendepositkan mata wang kripto daripada dompet pihak ketiga mereka ke dalam AABB Wallet untuk menukarkan dan membeli token AABB Gold (AABBG) untuk harga semasa bagi 0.1 gram emas (kira-kira $5.60 USD) serta sejumlah kecil yuran transaksi. Sokongan untuk pengguna AABB Wallet tersedia pada laman web www.AABBGoldToken.com dan melalui e-mel kepada AABBWallet@gmail.com.

Pengeluaran token awal disokong oleh $30 juta emas fizikal yang berada dalam pegangan Syarikat sekarang. Pada harga pasaran emas hari ini, pengeluaran token awal yang tersedia untuk dibeli ini ialah 5.4 juta token pada satu persepuluh (0.1) gram harga emas (kira-kira $5.60 USD) untuk setiap token AABBG. Harga token ini terikat kepada dan disokong oleh Syarikat pada harga pasaran emas pada minimum. Semasa turun naik harga emas, harga minimum yang disokong bagi token AABBG akan menaik atau menurun tetapi kemungkinan harga turun naik bagi token itu akan dipacu oleh permintaan pasaran.

Token AABB Gold (AABBG) 100% disokong oleh emas fizikal yang dipegang oleh Syarikat dan pengeluaran token tambahan akan terus disokong secara 100% oleh emas fizikal tambahan yang diperoleh daripada penghasilan perlombongan masa hadapan, emas yang dibeli daripada rizab wang tunai atau kredit.

AABB Wallet versi pelancaran akan membolehkan pembeli untuk memindahkan token AABBG kepada orang lain yang juga mempunyai AABB Wallet tetapi pada permulaannya token tidak boleh ditukarkan dalam AABB Wallet untuk mata wang kripto lain. AABB Wallet versi sulung ini akan membolehkan Syarikat untuk meningkatkan peredaran token dan mengumpulkan hasil untuk digunakan bagi sokongan dan penstabilan harga token apabila AABBG boleh ditukarkan secara bebas dalam pasaran terbuka.

Syarikat ini, bersama-sama CSHC, sedang membangunkan Tukaran mata wang kripto proprietari miliknya yang akan membolehkan pengguna AABB Wallet untuk menukarkan token AABB Gold mereka dengan cepat untuk mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin. AABB mendukung falsafah perintis dengan pendekatan operasi penyepaduan vertikalnya yang sangat unik iaitu Mine-to-Token yang berusaha menuju kebebasan sepenuhnya daripada mata wang FIAT.

Matlamat utama AABB untuk token ini adalah untuk menjadi standard pertukaran yang dilindungi dan dipercayai dengan sokongan emas, dengan memperluas peredaran token yang menyasarkan populasi besar dan pasaran yang pesat secara progresif di peringkat global termasuk China dan Asia Timur. Syarikat ini bekerjasama dengan CSHC untuk melancarkan kempen pemasaran bagi token AABB Gold, AABB Wallet dan pembangunan jenama korporat. Usaha pemasarannya bertujuan untuk menyebarkan pendedahan jenama dan reputasi secara pesat, meningkatkan penggunaan token AABB Gold dan AABB Wallet dan memperluas kesedaran orang awam dan komuniti pelaburan tentang Syarikat ini.

Perihal Asia Broadband

Asia Broadband Inc. (OTC: AABB) merupakan syarikat sumber yang memfokuskan pada pengeluaran, bekalan dan jualan logam berharga dan asas terutamanya pada pasaran Asia. Syarikat ini menggunakan kepakaran geografi khusus, pengalaman dan kenalan industri yang luas untuk memudahkan proses pengagihan inovatifnya daripada pengeluaran dan bekalan logam berharga dan asas di Mexico sehingga rangkaian jualan klien di Asia. Pendekatan penyepaduan vertikal ini dalam urus niaga jualan merupakan kekuatan unik AABB yang membezakan Syarikat ini dan mewujudkan nilai tersendiri untuk pemegang sahamnya. Syarikat ini baru mengeluarkan kripto wang disokong emas mine-to-token yang baru ditempa iaitu token AABB Gold (AABBG) dan bermatlamat untuk menjadi standard pertukaran sedunia yang dilindungi dan dipercayai dengan sokongan emas, kualiti yang hebat berbanding mata wang kripto lain.

Lawati www.AsiaBroadbandInc.com dan www.AABBGoldToken.com


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14391

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...