Sunday, March 21, 2021

MENARA KEDIAMAN TERTINGGI DI HEMISFERA SELATAN MERAIKAN PENYIAPAN BESAR-BESARAN

MELBOURNE, Australia, 22 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Menara kediaman tertinggi di Hemisfera Selatan – Australia 108, oleh pemaju World Class Global – akan menganjurkan konsert Melbourne Symphony Orchestra yang tertinggi untuk meraikan sambutan penyiapan besar-besaran bagi menara berketinggian 319 meter pada bulan ini.


Terletak di Melbourne, menara yang tinggi ini kini siap dan merupakan pemandangan hebat yang baharu di latar langit bandar. Menara ini menaik taraf bandar ini dari segi alamat kediaman, menampilkan kediaman tertinggi di Hemisfera Selatan.

Untuk meraikan penyiapan bangunan ini, ahli orkestra akan memainkan repertoir di menara pencakar langit dari 7:30 petang pada Ahad, 21 Mac (Waktu Siang Timur Australia AEDT) dari ruang berbeza di mercu tanda menara itu, Star Club berkeluasan 2,800 meter per segi yang mewah, termasuk dari salah satu kolam renang infiniti menonjol yang terapung 212 meter dari atas jalan.

Persembahan itu akan disiarkan secara percuma daripada saluran YouTube MSO (pautan di sini) dan memberikan peluang untuk peminat seni bina dan reka bentuk berserta pencinta muzik untuk melihat ke dalam Star Club, sebuah kelab persendirian berprestij yang menempatkan antara pengalaman kemudahan paling mewah di dunia.

Star Club terletak di dalam ruang Starburst bangunan itu yang berjulur emas yang tersendiri, yang berketinggian hingga lapan meter dari struktur tingkat 70 dan 71.

CEO World Class Global David Ng berkata konsert itu diadakan untuk meraikan penyiapan mercu tanda Australia 108 pada latar langit Melbourne dan mengalu-alukannya ke skap bandar raya itu.

“Melbourne Symphony Orchestra telah menentukan rentak bandar ini dengan persembahan bertaraf dunianya selama lebih 100 tahun. Kami tidak dapat memikirkan cara yang lebih sesuai untuk mengalu-alukan Australia 108 ke latar langit ini berbanding melalui sebuah konsert untuk semua warga Melbourne nikmati,” kata Encik Ng.

“Kami berharap persembahan ini memberikan inspirasi kepada pencinta muzik dan pencinta Melbourne untuk berimpian besar dan tidak berputus asa kerana ketinggian Australia 108 mengingatkan kita tentang perkara yang tidak mustahil.”

Pembinaan Australia 108 yang terdiri daripada 1,105 apartmen, bermula pada 2015 dengan Multiplex yang mengambil masa 12 bulan pertama untuk persediaan asas, memasang lebih 200 tiang pancang hingga kedalaman 46 meter. Tenaga kerja seramai 3,252 tukang mahir dan perunding diambil kerja dalam perjalanan pembinaan projek $1 bilion ini.

Diilhamkan oleh firma reka bentuk yang pernah memenangi anugerah Fender Katsalidis, yang juga mereka bentuk bangunan tertinggi Melbourne sebelum ini, Eureka Tower, muka bangunan Australia 108 terdiri daripada 14,854 panel dan 24 kekuda emas untuk ciri reka bentuk seni bina ‘Starburst’.

Dilancarkan pada bulan lepas, Star Club di Australia 108 menampilkan segalanya yang diharapkan untuk dinikmati oleh penghuni termasuk dua kolam renang pinggir infiniti yang berada bertenggek 212 meter dari atas tanah, ruang istirahat yang luas, ruang mesyuarat, ruang makan yang elegan, panggung wayang, dua gimnasium yang luas serta sebuah taman terapung yang menegak. Ruang sivik dilihat bakal menjadi hab penghuni dan pilihan bekerja jarak jauh di atas awan.

Nicky Drobis, pengarah di Fender Katsalidis, berkata firma ini menanti-nantikan peluang untuk memberikan sumbangan bermakna kepada latar langit Melbourne sekali lagi dalam cara yang melengkapi bentuk urban persekitaran bangunan itu.

“Pembangunan Australia 108 telah menjadi perjalanan yang hebat untuk firma kami dan kami teruja dengan hasil yang dicapai oleh kami untuk Melbourne, dalam konteks kediaman dan seni bina,” kata Ms Drobis.

“Australia 108 ialah menara inovatif dan asli dengan kemudahan kediaman bertaraf dunia yang meletakkannya di barisan hadapan kehidupan moden bertingkat tinggi sambil menjadi bangunan yang menyerlah di latar langit untuk dinikmati semua orang.”

Pada Disember tahun lepas, beberapa Cloud Residences premium terpilih telah dilancarkan di pasaran, yang berharga $1.9 juta untuk tempat tinggal tiga bilik sehingga $5,558,000 untuk submegapuri Nova pada tingkat 97.

Galeri jualan persendirian terletak di tingkat bawah di 70 Southbank Boulevard, dengan janji temu persendirian tersedia tujuh hari seminggu. Untuk membuat janji temu, hubungi CBRE di 1300 888 770.

Perihal World Class Global:  

World Class Global (“WCG”) ialah kumpulan harta tanah yang menjalankan pembangunan hartanah dan pelaburan hartanah di bandar besar di Australia dan Malaysia. Beribu pejabat dan tersenarai di Singapura, portfolio WCG terdiri daripada projek harta tanah yang berkualiti dan direka bentuk dengan baik, yang terletak di lokasi yang strategik.

Projek pembangunan hartanah WCG di Australia yang telah dilancarkan, termasuklah Australia 108, AVANT dan Nova City. Kumpulan itu juga memegang beberapa bidang tanah yang kebanyakannya terdiri daripada rumah kedai di Pulau Pinang, Malaysia.

Kumpulan ini mungkin akan memperluas pembangunan hartanah dalam sektor lain seperti sektor industri dan hospitaliti dan mungkin memperoleh atau membangunkan hartanah baharu di Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand dan Filipina.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8bc10dc4-2478-46f9-b7b7-a45ed958c83f/ms
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1fc9a31f-5fc5-4fef-801e-876d65dd2fe4/ms


Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bastion Effect: 
Tiffany Ellul | tiffany@bastioneffect.com | 0404 303 308
Ted Mitchell | ted@bastioneffect.com | 0400 104 738   

SUMBER : World Class Global Ltd

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...