Dr. Monica Gostissa menyertai Lembaga Penasihat Saintifik Taconic Biosciences
RENSSELAER, N.Y., 16 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan Monica Gostissa, PhD, telah menyertai Lembaga Penasihat Saintifik (SAB). Dr. Gostissa menyertai ahli lembaga sedia ada, Frank Sistare, PhD; Andrew Goodman, PhD; David Hill, PhD; dan Robert Rosenthal, PhD.
SAB bekerjasama dengan pengurusan Taconic untuk memberikan pandangan dan panduan saintifik untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan syarikat. Kerjaya Dr. Gostissa yang meluas laman bidang imunologi dan imuno-onkologi membawakan kepakaran baharu kepada lembaga dan melengkapkan kepimpinan Taconic dalam bahagian penyelidikan ini.
Kepakaran ahli SAB dalam bidang mikrobiom, onkologi, neurobiologi dan toksikologi menggambarkan fokus Taconic terhadap inovasi dalam bahagian penyelidikan ini.
"Imunologi dan imuno-onkologi mewakili bahagian penyelidikan dan fokus yang berkembang pesat untuk Taconic. Kami mengalu-alukan Dr. Gostissa kepada pasukan kita. Beliau akan memberikan kepakaran dan hala tuju yang bernilai sementara Taconic terus membangunkan penyelesaian model haiwan terbaik hasil klinikal manusia yang termaklum," kongsi Nancy J. Sandy, ketua pegawai eksekutif Taconic Biosciences.
Dr. Monica Gostissa ialah Pengarah Kanan Sains In vivo dan Ex vivo di Jounce Therapeutics, di situ, beliau mengetuai pasukan berbilang disiplin dengan keupayaan merangkumi farmakologi in vivo, pembangunan model 3D ex-vivo, dan histopatologi. Sepanjang kerjaya 20 tahun beliau dalam penyelidikan asas, Dr. Gostissa memperoleh kepakaran yang meluas dalam membangunkan dan menyiasat model mencit kompleks bagi kemaglinanan hematologi dan pepejal. Beliau juga memiliki pengetahuan biologi sel dan imunologi tumor yang mendalam. Sejak 2014, Dr. Gostissa telah mengetuai program praklinikal di syarikat bioteknologi kecil dan besar, dengan memfokuskan pada penterjemahan saintifik terbaik kepada terapeutik kanser inovatif.
Dr. Gostissa memperoleh PhD dalam genetik molekular dari International School for Advanced Studies di Trieste, Itali dan melengkapkan kajian pascakedoktoran di Boston Children’s Hospital/Harvard Medical School. Beliau merupakan pengarang bersama untuk lebih daripada 40 penerbitan yang disemak semula setara dan merupakan penerima beberapa anugerah, termasuklah Leukemia and Lymphoma Society Special Fellow Award dan V Foundation Scholar Award.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14362
No comments:
Post a Comment