LONDON, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Anugerah Penjenamaan Dunia yang berprestij, penganugerahan pengiktirafan jenama global yang muktamad - kini dalam edisi ke-12, telah menyaksikan lebih daripada 400 jenama dari lebih 45 buah negara dinamakan “Jenama Terbaik” dalam Anugerah Penjenamaan Dunia 2020-2021, yang dicalonkan oleh lebih 250,000 pengguna dari seluruh dunia.
Di antara jenama peringkat teratas yang disenaraikan sebagai pemenang Peringkat Global adalah CoCo, Faber Castell, Fender, Heinz, IKEA, LEGO, Lurpak, McCain, Netflix, PILOT, Spotify, Yakult, dan Yamaha, antara lain.
Pemenang Peringkat Serantau termasuk Anchor (New Zealand), Cotton On (Australia), Elkjøp (Norway), LuLu (Emiriah Arab Bersatu), Isetan dan Uniqlo (Jepun), dan Shopee (Singapura), antara lain.
Pelbagai kemenangan juga dicapai oleh jenama-jenama Malaysia dengan banyak pemenang kali pertama termasuk AEON (Peruncit - Gedung Beli-belah), CS Chan (Peruncit - Perabot), Digi (Telekomunikasi - Mudah Alih), Thai Odyssey (Kesihatan & Kecantikan - Urut & Terapi), Top Glove (Penjagaan Kesihatan - Sarung Tangan), Twisties (Makanan Ringan - Berasaskan Jagung), dan Unifi (Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar/Internet).
Pemenang Peringkat Kebangsaan yang kembali dari Malaysia termasuk Getha (Peruncit - Katil & Tilam), MR. D.I.Y. (Peruncit - Pembaikan Rumah), Munchy's (Biskut), Spritzer (Air), dan Tenaga Nasional (Tenaga/Kuasa).
Jenama-jenama Singapura yang merangkul anugerah Peringkat Kebangsaan termasuk Axe Brand (Ubatan - Traditional), BreadTalk (Bakeri), dan StarHub (Telekomunikasi – Mudah Alih).
Pemenang kali pertama dari Singapura juga termasuk Ayam Brand (Makanan Dalam Tin), FoodRepublic (Medan Selera/Dewan), Kenko Wellness (Kesihatan & Kecantikan – Urut & Terapi), dan Shopee (Peruncit – Dalam Talian) yang memenangi anugerah Serantau, antara lain.
Pemenang dihakim secara unik melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna, dan pengundian dalam talian awam. Tujuh puluh peratus bagi proses pemarkahan datang daripada undian pengguna. Terdapat hanya satu pemenang di dalam setiap kategori bagi setiap negara.
Pencalonan dan pengundian telah berlangsung di tengah-tengah pandemik COVID-19 global sementara banyak negara berhadapan dengan langkah-langkah sekatan yang telah menjejaskan landskap ekonomi itu. Anugerah itu meraikan cara-cara berinovatif dan kreatif jenama-jenama yang berjaya ini dapat kekal berbeza dan relevan kepada pengguna mereka sepanjang tahun lalu.
“Ini adalah satu sambutan bagi pemasar terbaik dari seluruh pelusuk dunia. Anugerah itu adalah satu penghargaan di atas usaha yang tak henti-henti oleh pasukan-pasukan yang membina dan mengekalkan kehadiran jenama mereka di sebuah pasaran yang sentiasa berubah,” kata Richard Rowles, Pengerusi bagi Forum Penjenamaan Dunia.
Kini dalam tahun ketujuh, anugerah tersebut dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah organisasi global yang tidak mencari keuntungan yang didedikasikan kepada memajukan standard penjenamaan. Ia menganjur dan menaja pelbagai program pendidikan.
Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap bagi pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.
Maklumat mengenai Forum Penjenamaan Dunia
Forum Penjenamaan Dunia (WBF) adalah sebuah pertubuhan global berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Matlamat dan aktiviti mereka adalah untuk meningkatkan standard di dalam penjenamaan bagi kebaikan industri dan juga pengguna. WBF menghasil, mengurus dan menyokong pelbagai program yang meliputi penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, rangkaian dan jangkauan. Untuk maklumat lanjut, sila layari brandingforum.org.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14354
Saturday, March 13, 2021
JENAMA-JENAMA MALAYSIA DAN SINGAPURA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG PADA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2020-2021
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment