Eksekutif yang Berpengalaman Dinaikkan Pangkat untuk Mengetuai Operasi Jenama Kecantikan Global di Wilayah Asia Pasifik
DALLAS, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama kecantikan global Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi keusahawanan dan pemerkasaan wanita, dengan ibu pejabat global mereka di Addison, Texas, Amerika Syarikat, baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan Wendy Wang sebagai Presiden bagi Wilayah Asia Pasifik.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210310005138/en/
Dalam peranan baharu beliau, Wang akan menyediakan visi dan kepimpinan strategik sambil berusaha untuk mewujudkan pertumbuhan bagi Syarikat itu di rantau Asia Pasifik dan seterusnya. Wang menyertai Jabatan Undang-undang Korporat Mary Kay pada tahun 2002 sebagai Peguam untuk wilayah Asia Pasifik. Tidak lama selepas itu, beliau memulakan tugas pelbagai tahun di China. Sekembalinya ke ibu pejabat korporat global pada tahun 2012, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Naib Presiden dan Penasihat Umum Bersekutu di mana beliau bertanggungjawab untuk kerja undang-undang dan pematuhan di dalam kesemua keempat-empat wilayah. Pada tahun 2019, Wang kembali ke China untuk satu tugasan baharu dan telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pegawai Komersial bagi Wilayah Asia Pasifik pada tahun 2020. Dalam peranan ini, beliau membangun dan memacukan pelaksanaan bagi strategi komersial, dan memimpin pasukan serantau Asia Pasifik dalam menyokong penjualan, pemasaran, teknologi perniagaan dan operasi, menyiapkan diri beliau untuk menghadapi cabaran bagi tanggungjawab Presiden Wilayah.
“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Wendy ketika beliau beralih kepada peranan baharu beliau sebagai Presiden bagi Mary Kay Asia Pasifik,” kata David Holl, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay. “Wendy sangat ghairah dengan tenaga jualan bebas Mary Kay dan merupakan seorang pemimpin yang terbukti di Mary Kay. Sepanjang tempoh tugas beliau, beliau tanpa mengenal penat telah membina sebuah pasukan undang-undang yang mantap dan berbakat yang mewujudkan sebuah budaya kepatuhan dan belas kasihan terhadap China dan seluruh Rantau Asia Pasifik. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan beliau sebagai seorang ahli bagi jawatankuasa eksekutif ketika kami membina di atas usaha kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia.”
Seorang lulusan dari The University of Texas di Austin, Wang memperolehi ijazah undang-undang beliau dan juga ijazah sarjana muda dalam bidang Ekonomi. Beliau telah menerima pelbagai penghormatan dan penghargaan termasuk pengiktirafan beliau pada tahun 2017 oleh majalah D CEO sebagai ‘Timbalan Penasihat Umum Cemerlang/Umum Bersekutu’ dan anugerah ‘Kepelbagaian Eksekutif Korporat’ oleh Dewan Perniagaan Asia Amerika Greater Dallas.
“Saya komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka di rantau Asia Pasifik,” kata Wang. “Menyokong tenaga jualan bebas Mary Kay adalah penghormatan terbesar buat saya dan selalu membawakan saya harapan, kecintaan dan keyakinan di dalam masa depan kita. Kami adalah sebuah perniagaan bagi rakyat dengan satu misi untuk memperkayakan kehidupan wanita dan satu visi untuk memperkasakan Perunding Kecantikan Bebas. Saya dan pasukan saya komited untuk menyampaikan peluang perniagaan yang terbaik, membina di atas nilai-nilai yang didukung oleh Mary Kay sebagai tonggak bagi budaya dan misi korporat kami.”
Kenaikan pangkat bagi Wang adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. selama beberapa dekad bagi memperkasakan wanita untuk berkhidmat di dalam jawatan kepimpinan di seluruh dunia. Mary Kay adalah sebuah syarikat yang dibina oleh wanita untuk wanita, dan bahawa nilai teras tersebut digambarkan di dalam data kepelbagaian jantina tenaga kerja global Mary Kay (setakat Mac 2021):
• 61% daripada tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita
• 59% daripada Pengarah dan ke atas adalah wanita
• 54% daripada Naib Presiden Global dan ke atas adalah wanita
• Lebih daripada 50% bagi pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14350
No comments:
Post a Comment