Thursday, March 18, 2021

POWER INTEGRATIONS MENGUMUMKAN PENYELESAIAN LITIGASI DENGAN SILANNA SEMICONDUCTOR

WILMINGTON, Del., 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Power Integrations (Nasdaq: POWI), peneraju di dalam litar bersepadu bervoltan tinggi untuk penukaran kuasa yang cekap tenaga, hari ini mengumumkan satu penyelesaian komprehensif berhubung pertikaian undang-undang mereka dengan Silanna Semiconductor, sebuah syarikat Amerika Syarikat, dan beberapa bekas pekerja Power Integrations (PI) yang berpangkalan di Filipina. PI telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Silanna dan bekas pekerja dengan mendakwa mengetahui mengenai pelanggaran bagi perjanjian pekerjaan PI dengan pekerja itu, dan campur tangan oleh Silanna. Di bawah syarat-syarat penyelesaian itu, Silanna telah membuat pembayaran tunai yang tidak ditentukan kepada Power Integrations, bersetuju untuk memberhentikan bekas pekerja PI itu, dan komited kepada menghormati perjanjian pekerjaan PI di masa hadapan.

Naib presiden Power Integrations Clifford Walker berkata: “Kami komited kepada melindungi harta intelek yang kami hasilkan secara bersusah payah. Kami berasa senang hati kerana kami telah berjaya menyelesaikan tuntutan undang-undang ini, dan kami akan terus menegaskan bahawa pesaing menghormati perjanjian pekerjaan kami, yang direka untuk melindungi harta intelektual kami, termasuk rahsia perniagaan.”

Maklumat mengenai Power Integrations

Power Integrations, Inc. adalah sebuah inovator terkemuka di dalam teknologi semikonduktor untuk penukaran kuasa bervoltan tinggi. Produk syarikat itu adalah asas blok binaan di dalam ekosistem kuasa bersih, yang membolehkan penjanaan bagi tenaga yang boleh diperbaharui serta penghantaran dan penggunaan kuasa secara cekap di dalam aplikasi yang merangkumi dari milliwatt sehingga megawatt. Untuk maklumat lanjut sila layari www.power.com.

Power Integrations dan logo Power Integrations adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi Power Integrations, Inc. Semua tanda perniagaan lain adalah merupakan hak milik pemilik mereka masing-masing.

POWER INTEGRATIONS MENGUMUMKAN PENYELESAIAN LITIGASI DENGAN SILANNA SEMICONDUCTOR



No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...