Wednesday, March 10, 2021

TOSHIBA MENGELUARKAN MOSFET KUASA SAMBUNGAN SUPER 650V DI DALAM PAKEJ TOLL YANG MEMBANTU MENINGKATKAN KECEKAPAN BAGI PERALATAN ARUS TINGGI

 


Table

Toshiba: Siri DTMOSVI bagi MOSFET kuasa sambungan super 650V di dalam pakej TOLL (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan MOSFET kuasa sambungan super 650V, TK065U65ZTK090U65ZTK110U65ZTK155U65Z  dan TK190U65Z, di dalam siri DTMOSVI mereka yang ditempatkan di dalam sebuah pakej TOLL (TO-leadless). Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210310005381/en/

TOLL adalah sebuah pakej peletakan permukaan yang mempunyai kira-kira 27% tapak yang lebih kecil daripada pakej D2PAK yang biasa. Ia juga merupakan sebuah pakej jenis 4-pin yang membolehkan penyambungan Kelvin bagi terminal sumber isyarat mereka bagi pemacu get. Ini dapat mengurangkan pengaruh oleh induktans bagi sumber wayar di dalam pakej untuk menampilkan prestasi pensuisan berkelajuan tinggi oleh MOSFET, menahan ayunan ketika pensuisan. Berbanding dengan produk semasa Toshiba, TK090N65Z[1], kehilangan pensuisan ketika menghidupkan dikurangkan sebanyak kira-kira 68% dan kehilangan pensuisan ketika mematikan sebanyak kira-kira 56%[2][3]. MOSFET baharu itu sesuai untuk bekalan kuasa bagi peralatan perindustrian seperti pusat data dan penyesuai kuasa fotovoltan.

Gabungan bagi pembungkusan TOLL dengan teknologi proses DTMOSVI generasi terkini[4]  memperluaskan barisan itu sehingga meliputi rintangan-On rendah sehingga 65mΩ(maksimum)[5]. Toshiba akan terus meningkatkan produk dengan pakej TOLL itu untuk menyumbang kepada pengurangan saiz peralatan dan peningkatan kecekapan.

Nota:
[1] Sebuah produk di dalam siri DTMOSVI dengan voltan yang setara dan rintangan-On yang menggunakan pakej TO-247 tanpa penyambungan Kelvin
[2] Setakat 10 Mac, 2021, nilai diukur oleh Toshiba (Keadaan ujian: VDD=400V, VGG=+10V/0V, ID=15A, Rg=10Ω, Ta=25℃).
[3] TK090U65Z sahaja
[4] Setakat 10 Mac, 2021
[5] TK065U65Z sahaja

Penggunaan
  • Pusat data (Bekalan kuasa pelayan, dll.)
  • Penyesuai kuasa untuk penjana fotovoltan
  • Sistem kuasa tanpa gangguan
Ciri-ciri
  • Pakej peletakan permukaan nipis dan kecil
  • Kehilangan pensuisan ketika menghidupkan dan mematikan dikurangkan dengan menggunakan pakej jenis 4-pin.
  • Siri DTMOSVI generasi terkini[4] 
 

Table


Nota:
[6] Pakej VDSS=600V, D2PAK

Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk baharu.
TK065U65Z
TK090U65Z
TK110U65Z
TK155U65Z
TK190U65Z
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET.
MOSFETs
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TK065U65Z
TK090U65Z
TK110U65Z
TK155U65Z
TK190U65Z

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210310005381/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...