Friday, March 5, 2021

PINE LABS BERKEMBANG DI ASIA TENGGARA

 NEW DELHI, India, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pine Labs, sebuah platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, telah mengumumkan perubahan organisasi utama untuk memperkukuhkan lagi peluang-peluang pertumbuhan mereka, kehadiran dan komitmen mereka kepada rantau itu. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini https://www.businesswire.com/news/home/20210303005438/en/
Anak syarikat Pine Labs, Qwikcilver telah membuat kemajuan yang signifikan di dalam mengubah dan mempelopori kategori Nilai Disimpan Prabayar dan Kad Hadiah di rantau Asia Tenggara sepanjang dua tahun yang lalu. Platform teknologi Nilai Disimpan Qwikcilver kini menjadi suite Kad Hadiah yang paling digemari oleh organisasi dan rangkaian terkemuka di Singapura, Indonesia dan Malaysia. Beberapa daripada perusahaan, rangkaian dan jenama utama yang telah menggunakan suite teknologi Nilai Disimpan Qwikcilver termasuk Lazada, CapitaLand, Kumpulan Frasers, PT. Mitra Adiperkasa (Kumpulan MAP), Indonesia di antara lain. Suite produk Nilai Disimpan Qwikcilver telah benar-benar dihargai kerana ketahanan dan kelenturannya di dalam memperkemaskan inisiatif penglibatan pelanggan bagi jenama & peruncit bagi pengguna yang betul-betul faham digital yang pesat berkembang di rantau itu. Sebagai tambahan, Pine Labs kini telah memperluaskan penawaran teknologi Beli Sekarang Bayar Kemudian mereka ke dalam rantau Asia Tenggara dengan perkongsian strategik mereka dengan Mastercard. Ini akan membolehkan pelancaran bagi penawaran Beli Sekarang Bayar Kemudian di pasaran tumpuan di rantau itu. Dalam hubungan ini, Pine Labs telah melantik Dheeraj Chowdhry sebagai Ketua Pegawai Perniagaan, Qwikcilver untuk mengetuai perniagaan Nilai Disimpan dan Beli Sekarang Bayar Kemudian di rantau Asia Tenggara. Dheeraj membawa lebih dari dua dekad pengalaman di dalam industri perbankan Pengguna dan Komersial merentasi India, Singapura, dan Hong Kong setelah bekerja di organisasi seperti Standard Chartered, ABN AMRO, Royal Bank of Scotland, ANZ Bank dan American Express di dalam peranan kepimpinan merentasi domain dan fungsi. Dalam peranan terakhir beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi sebuah platform PKS pinjaman digital beliau telah mengetuai pembangunan, pelaksanaan, dan kebolehan strategi digital untuk kekal tangkas dan lincah dan menyampaikan satu perjalanan pelanggan digital. Mengulas mengenai rancangan pengembangan itu, B. Amrish Rau, Ketua Pegawai Eksekutif, Pine Labs, berkata, “Wilayah tenggara adalah satu bahagian yang sangat strategik bagi rancangan pengembangan kami. Kami gembira dengan sambutan itu sejak kami mempelopori kategori Nilai Disimpan dan Kad Hadiah di pasaran Asia Tenggara termasuk pasaran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan perkongsian strategik kami sepanjang dua tahun yang lalu. Dengan kehadiran Dheeraj, kami sangat yakin bagi pertumbuhan pesat dengan segmen Perbankan juga.” Dheeraj Chowdhry, Ketua Pegawai Perniagaan, Qwikcilver, berkata, “Saya sangat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan Pine Labs pada ketika syarikat itu semakin tertumpu & berkembang ke dalam segmen baharu di pasaran Asia Tenggara. Kami berhasrat untuk memperkukuhkan segmen nilai kedai digital dengan menggunakan keupayaan bagi penyelesaian Qwikcilver.” Pine Labs memberi perkhidmatan kepada lebih 150,000 saudagar di 3,700 bandar raya dengan lebih 450,000 titik sentuhan saudagar. Pada Julai 2020, Pine Labs telah juga mengumumkan satu pelaburan di Fave, sebuah platform fintech yang pesat berkembang di Asia Tenggara, untuk bersama-sama menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa tunai kepada PKS dan perusahaan luar talian di rantau itu. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14318


No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...