HONG KONG, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sangfor Technologies adalah sebuah vendor Keselamatan Siber, Pengkomputeran Awan dan Pengoptimuman Rangkaian terkemuka, yang mempunyai lebih 6,000 orang pekerja di seluruh dunia di dalam dunia digital yang berubah dengan pantas ini. Sangfor sangat berbangga untuk mengumumkan pemenang bagi Anugerah Rakan Global Sangfor 2020, satu acara tahunan yang menghargai pencapaian rakan-rakan kongsi Sangfor yang paling hebat dari seluruh dunia! Sangfor dan rakan-rakan kongsi mereka menawarkan pelbagai penyelesaian keselamatan, Cloud dan pengoptimuman bagi industri seperti kerajaan, kewangan, pembuatan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Untuk satu penyelesaian yang dinamik, komprehensif dan berinovatif yang anda boleh percayai, perusahaan pintar memilih Sangfor.
Rakan-rakan kongsi Sangfor merupakan teras struktur perniagaan Sangfor, kerana mereka menawarkan pertumbuhan dan sokongan bersama, peningkatan yang tetap dan komprehensif berdasarkan kepada kes penggunaan daripada rakan-rakan kongsi di seluruh dunia, sokongan pemasaran dan bantuan untuk berjaya di dalam pasaran yang paling mencabar dan berkembang dengan pantas di dunia.
“Kita semua tahu tahun ini adalah sangat mencabar,” kata Jason Yuan, Naib Presiden bagi Pasaran Antarabangsa Sangfor, “tetapi tempoh ini entah bagaimana telah menghasilkan terbaik di dalam diri kita – atau setidak-tidaknya itulah apa yang pernah kita lihat dengan Rakan-rakan kongsi Sangfor pada tahun 2020. Kita telah melihat produk baru, inovasi, pertumbuhan dan perubahan, dan adalah penting untuk meluangkan sedikit masa untuk mengakui semua kejayaan itu di dalam satu tahun yang penuh cabaran.”
Pemenang Anugerah Rakan Global Sangfor 2020
- Pengedar Terbaik: Pengedar yang berprestasi tinggi secara konsisten merentasi kategori produk.
Pemenang:
○ TriTech Distribution Limited
○ CIPS Informatica
○ IT Depot Inc.
- VAD Terbaik: Pengedar tambah nilai yang menyampaikan penyelesaian siap guna.
Pemenang:
○ Homitech Joint Stock Company
○ ICOS S.p.A.
○ OGX Networks Sdn Bhd
○ PT. Festino Indonesia
- Rakan Kongsi Emas Terbaik: Rakan Kongsi berharga yang konsisten dan lama komited kepada kejayaan bersama menerusi usaha gigih.
Pemenang:
○ MSE DotNet Sdn Bhd
○ Preelion Technologies Sdn Bhd
○ Microware Limited
○ Xenus Technology Limited
○ Multisoft Limited
○ PT. Symcaw Solution Indonesia
○ Megaplus
○ ONE Consulting Co., Ltd.
○ PTC System (S) Pte Ltd
- Rakan Kongsi Keselamatan Rangkaian Terbaik: Rakan Kongsi keselamatan rangkaian yang paling berjaya dan konsisten.
Pemenang:
○ Vietnam Hong Wei Co., Ltd.
○ NS Distribution (M) Sdn Bhd
○ Amidas Hong Kong Limited
○ Supplier Development Asia Pacific Limited
○ PT. Sysware Indonesia
○ Hybrid Technologies
- Rakan Kongsi Pengkomputeran Cloud Terbaik: Rakan Kongsi pengkomputeran Cloud yang paling berjaya dan konsisten.
Pemenang:
○ Big Band Sdn Bhd
○ Data Alliance Sdn. Bhd.
○ Fuji Xerox (Hong Kong) Limited
○ Long Data Technology Limited
○ ITD Solutions SPA
○ Data2cloud
○ Be The First Co., LTD.
○ Total Information Management Corporation
○ Depth First Co., Ltd.
- Rakan Kongsi Berkembang Paling Pantas: Rakan-rakan kongsi yang mengalami pertumbuhan monumental dalam satu jangka masa yang singkat.
Pemenang:
○ Al Nahla Technologies
○ ActionLabs I.T. Services Phils. Corp.
- Pelaku Industri Terbaik: Rakan-rakan yang berjaya di dalam industri khusus yang mereka pilih.
Pemenang:
○ Macrologic Diversified Technologies, Inc.
○ Telekom Malaysia Berhad
○ MYI Technologies Sdn Bhd
○ PT. Gwen Tekno Pratama
Maklumat mengenai Sangfor Technologies Inc.
Sangfor Technologies adalah sebuah vendor terkemuka dunia, berasaskan APAC bagi penyelesaian infrastruktur IT yang mengkhususkan diri di dalam Keselamatan Rangkaian dan Pengkomputeran Cloud. Layari kami di www.sangfor.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Sangfor, dan biarkan Sangfor menjadikan IT anda lebih mudah, lebih selamat dan berharga.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210228005002/en/
Hubungi
Wilson Yek
wilson.yek@sangfor.com
639162409389
Sumber : Sangfor Technologies
No comments:
Post a Comment