Friday, March 19, 2021

SURI RUMAH MENANG KERETA HONDA HRV DALAM KEMPEN 'SIMPAN DAN MENANG LEBIH KAW KAW' BANK MUAMALAT

TANAH MERAH, Kelantan, 19 Mac (Bernama) -- Seorang suri rumah dari Tanah Merah, Kelantan membawa pulang sebuah kereta Honda HRV setelah muncul pemenang suku tahunan bagi kategori Cabutan Emas dalam Kempen Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ Bank Muamalat.

Pemenang berusia 61 tahun itu, Zawiah binti Mahmood, telah menerima hadiah beliau dari  Pengurus Wilayah Pantai Timur Bank Muamalat, Nik Mohd Hashim Abdul Hamid dan Pengurus Cawangan Bank Muamalat Tanah Merah, Tengku Sharifah Mastura Syed Ali di kediamannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata,  Kempen ‘Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ adalah sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran menarik untuk memenuhi keperluan mereka, terutama ketika ekonomi dijangka pulih susulan pandemik COVID-19.”

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Zawiah di atas kemenangan beliau. Kempen Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ yang diadakan untuk tahun kedua berturut-turut berlangsung selama setahun bermula 1 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2021 dan menyasarkan pertumbuhan nilai deposit sebanyak RM400 juta,” kata Khairul.

Jumlah keseluruhan hadiah bagi Kempen Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ ini bernilai RM2.5 juta, berbanding RM2.1 juta untuk kempen sebelumnya. Semua pendeposit berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan sekiranya pelanggan komited membuat simpanan dalam akaun secara berterusan.

Kempen ini menawarkan lebih daripada 900 hadiah menarik, termasuk hadiah utama  berupa wang tunai bernilai RM1,000,000.00, serta empat buah kereta premium popular (2x Honda HRV, Honda Civic dan Proton X70) untuk cabutan suku tahunan. Selain itu, hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk cabutan bulanan peringkat kebangsaan dan cabutan bulanan tempatan. Untuk kempen kali ini, Bank Muamalat turut memperkenalkan cabutan hadiah wang tunai bulanan khas untuk kategori pesara yang berumur 55 tahun ke atas.

Sehingga kini, lebih 450 orang pemenang telah diumumkan bagi tempoh enam bulan kempen bermula Ogos 2020 hingga Januari 2021. Kempen “Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw” dibuka untuk semua pelanggan sedia ada dan baharu yang mempunyai akaun simpanan, akaun semasa dan akaun gaji di Bank Muamalat. Pemegang akaun tersebut akan mendapat kelayakan secara automatik dengan menyimpan minimum RM100 dalam akaun Simpanan Bank Muamalat dan RM500 dalam akaun Semasa, sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Sebelum ini, kempen ‘Simpan dan Menang Kaw Kaw' yang berlangsung selama sembilan  bulan bermula dari 7 Ogos 2019 sehingga 30 April 2020 berjaya mencatatkan pertumbuhan nilai deposit sebanyak RM293 juta. Jumlah ini mengatasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM250 juta, dengan pertambahan akaun sebanyak 63 peratus secara keseluruhan.

“Semoga kemenangan Puan Zawiah menjadi dorongan kepada orang ramai tentang manfaat menabung untuk keperluan masa hadapan. Di sini, saya ingin mengalu-alukan orang ramai untuk menyimpan di Bank Muamalat di mana mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai Kempen ‘Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’, tambah Khairul.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ dan senarai nama pemenang, sila layari laman sesawang kami di www.muamalat.com.my.  

SURI RUMAH MENANG KERETA HONDA HRV DALAM KEMPEN 'SIMPAN DAN MENANG LEBIH KAW KAW' BANK MUAMALAT

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...