Sunday, March 7, 2021

BANDAR RAYA SAINS BARAT CHONGQING MENETAPKAN DASAR-DASAR BAHARU BERHUBUNG BAKAT, INOVASI, INDUSTRI DAN KEWANGAN

 CHONGQING, China, 8 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Bandar raya Sains Barat (Chongqing) telah mengeluarkan dasar-dasar “Golden Phoenix” - sejumlah langkah-langkah baharu yang memberi tumpuan kepada bakat, inovasi, industri dan kewangan - dalam satu usaha untuk memacukan pertumbuhan, menurut sebuah persidangan media yang diadakan di Zon Pembangunan Industri Berteknologi Tinggi Chongqing pada 5 Mac.

Dasar-dasar baharu itu bertujuan untuk membangunkan Bandar raya itu menjadi sebuah hab sains utama yang telah memberi impak terhadap inovasi teknologi di peringkat nasional dan wilayah dengan secara aktif mengumpulkan sumber yang disasarkan untuk menggerakkan semula pemacu pertumbuhan, meningkatkan prestasi bagi industri berteknologi tinggi, dan menyelaraskan perkhidmatan kerajaan di dalam bidang sumber manusia, inovasi teknologi dan sokongan kewangan.

Di antara langkah-langkah ini, sepuluh yang berkaitan dengan sumber manusia menggalakkan syarikat-syarikat untuk membuat usaha untuk menarik pekerja yang berkemahiran tinggi ke Bandar raya itu dan menyumbang kepada pembangunan bagi empat sektor terkemuka termasuk teknologi maklumat, pembuatan termaju, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi. Ini akan mewujudkan sebuah persekitaran yang membolehkan di mana industri dan bakat saling memperkuatkan di antara satu sama lain, sekali gus menjadikan bandar raya itu sebagai sebuah magnet bakat dengan daya saing global.

Sepuluh langkah yang berkaitan dengan inovasi meletakkan penekanan yang lebih besar kepada meningkatkan perbelanjaan terhadap penyelidikan dan pembangunan, menyokong entiti pasaran, membangunkan kemudahan sains, dan menggalakkan penerapan bagi pencapaian teknologi, dalam satu usaha untuk meningkatkan rantaian inovasi, dan mewujudkan suatu persekitaran yang memupuk pemacu baharu bagi pertumbuhan, ketika Bandar raya itu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran seperti membina kemudahan R&D, menginkubasikan firma-firma teknologi, mencapai kejayaan cemerlang di dalam teknologi utama, dan menggalakkan penggunaan mereka.

Sepuluh dasar mengenai industri ditetapkan untuk menyokong pembangunan bagi  rantaian industri di dalam bidang bagi empat sektor yang diberikan keutamaan, menggalakkan industri untuk berkembang dengan kerjasama di antara satu sama lain. Dengan menangani momentum pertumbuhan yang lemah di dalam industri, menggalakkan peningkatan bagi industri tradisional dan pertumbuhan bagi industri yang baru muncul, Bandar raya Sains itu  berharap dapat membina sebuah kluster industri yang sangat berdaya saing.

Sepuluh dasar yang berkaitan dengan kewangan telah dirancang untuk menyegarkan sektor itu dengan menyokong pendaftaran dan perolehan bagi lesen bagi firma kewangan, membantu pertumbuhan mereka dan berkongsi risiko, dengan satu penekanan kepada inovasi kewangan. Membina di atas teknologi kewangan dan penyatuan bagi industri, inovasi, pelaburan dan sokongan dasar, langkah-langkah ini bertujuan untuk membuat usaha yang lebih besar di dalam membantu pertumbuhan bagi sektor-sektor utama dan firma-firma teknologi, dengan menarik lebih banyak firma kewangan untuk beroperasi dari Bandar raya itu dan membangunkan kluster fin-tech.

Zon Pembangunan Berteknologi Tinggi Chongqing berikrar untuk sepenuhnya melaksanakan langkah-langkah dasar ini dan memastikan akses firma dan orang perseorangan terhadap sokongan dasar ini, menyediakan satu asas yang kukuh untuk mempercepatkan peralihan Bandar raya Sains Barat kepada sebuah hab sains dan inovasi terkemuka di negara itu.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari:  
https://xhpfmapi.zhongguowangshi.com/vh512/share/9809204?channel=weixin
 
Sumber: Zon Pembangunan Industri Berteknologi Tinggi Chongqing

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...