Wednesday, March 3, 2021

PELANGGAN NZMP™ BAKAL MENDAPAT MANFAAT DARIPADA BAHAN-BAHAN KARBON SIFAR BAHARU YANG DIPERAKUI

 Jenama bahan tenusu Fonterra akan mula menghasilkan Mentega Organik NZMP™ karbon sifar baharu mereka yang diperakui



AUCKLAND, New Zealand, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NZMP™, jenama bahan dan penyelesaian tenusu Fonterra, telah melancarkan sebuah Mentega Organik karbon sifar baharu yang diperakui. Melancarkan kemunculan pertamanya di Amerika Utara, Mentega Organik baharu itu akan membantu pelanggan NZMP untuk mencapai matlamat kelestarian mereka sendiri dan memenuhi permintaan pengguna untuk produk yang lebih lestari.

Dengan 72 peratus bagi pengguna global menyatakan minat terhadap jenama-jenama yang secara aktif menyampaikan pencapaian berhubung kelestarian1, pengenalan bahan-bahan karbon sifar adalah hanya satu cara di mana pelanggan NZMP™ dapat memanfaatkan penyelesaian kelestarian Fonterra.

Bahan karbon sifar pertama yang diperakui NZMP™ telah diaudit dan disahkan oleh Toitū Envirocare, sebuah pengesah bebas.

Lara Phillips, Pengurus Kanan bagi Fonterra Sustainability Solutions, berkata: “Perubahan iklim adalah satu daripada cabaran yang paling mendesak pada masa ini dan kami komited untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan jejak kita selanjutnya sebagai sebahagian daripada perjalanan kita yang berterusan di dalam kelestarian.

“Untuk mendapatkan pensijilan karbon sifar bagi sesuatu ramuan, Toitū mengaudit dan mengesahkan pelepasan karbon bagi bahan tersebut merentasi rantaian bekalan itu. Kami juga harus menunjukkan cara bagaimana kami telah mengurangkan pelepasan kami sehingga kini, dan juga rancangan yang kami ada untuk mengurangkan pelepasan kami seterusnya.

“Langkah terakhir di dalam pensijilan itu adalah mengimbangi jejak karbon yang telah disahkan dengan kredit karbon berkualiti tinggi yang diluluskan oleh Toitū, sebagai contoh daripada projek penjanaan semula hutan asli atau projek tenaga boleh diperbaharui. Dengan melalui proses ini, ia dapat membantu pelanggan mengurangkan pelepasan di dalam rantaian bekalan mereka dan membolehkan pengguna untuk membeli produk yang boleh membuat satu perbezaan.

“Mencapai pensijilan karbon sifar bagi produk seperti Mentega Organik adalah satu cara terbaik bagi kami untuk membantu pelanggan dan alam sekitar kami dalam jangka masa pendek, dan pada masa yang sama kami berusaha ke arah mencapai sifar bersih di dalam operasi kami.”

Kelvin Wickham, Ketua Eksekutif AMENA, percaya ramuan Karbon Sifar, seperti Mentega Organik NZMP™, dapat membantu membuka faedah sebenar bagi pelanggan kami dengan membantu untuk memenuhi sasaran kemapanan mereka, memberi isyarat nilai-nilai alam sekitar, dan membangunkan keutamaan jenama dan bahagian pasaran melalui produk yang dibezakan.

“Fonterra New Zealand memiliki satu daripada jejak karbon di ladang yang paling rendah di dunia, kira-kira satu pertiga daripada purata global, sekali gus meletakkan NZMP™ di dalam satu kedudukan yang kukuh untuk menawarkan penyelesaian kelestarian yang membantu pelanggan mengurangkan impak alam sekitar mereka, dan pada masa yang sama menuntut satu kelebihan di pasaran.”

Mentega Organik NZMP™ dengan pensijilan karbon sifar pada masa ini tersedia kepada pelanggan di Amerika Syarikat. Secara beransur-ansur, untuk menyokong keperluan dan permintaan pelanggan, NZMP™ akan berusaha untuk memperluaskan portfolio itu kepada lebih banyak kategori produk dan wilayah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mentega Organik NZMP™ karbon sifar baharu yang diperakui layari https://www.nzmp.com/global/en/products/ingredients/types/dairy-fats/butter/organic-unsalted-butter-carbonzero.html 
 
 
1 Laporan penyelidikan Kelestarian Gurus FMCG, 2019

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210303005210/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sophie Coley, Porter Novelli, bagi pihak NZMP.
Sophiec@porternovelli.kiwi
+64 22 565 8919

Sumber : NZMP

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...