Informa Markets membuat kemunculan semula yang dipacu pelanggan kepada acara langsung, memacu pemulihan ekonomi, rangkaian dan inovasi melalui pendekatan saling kerjasama dan asas terhadap keselamatan
ORLANDO, Fla., 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sementara industri dan ekonomi di seluruh dunia sedang mencari peluang untuk membina semula perniagaan selepas pandemik COVID-19, Informa Markets, penganjur global yang menghasilkan platform untuk pelbagai industri berdagang, berhubung dan berkembang, melancarkan MAGIC Pop-Up Orlando dari 9-11 Februari di Orange County Convention Center. ‘Pop-Up', acara fesyen utama versi wilayah berskala lebih kecil yang lazimnya diadakan dua kali setahun di Las Vegas, Nevada merupakan peluang ‘beli-belah sehenti’ untuk pelbagai segmen industri fesyen, salah satu daripada banyak industri yang terjejas teruk akibat kesan ekonomi pandemik, mengenali jenama baharu, berhubung dengan selamat bersama peruncit yang berkongsi pendapat yang sama, dan menjana hasil yang sangat diperlukan.
Informa Markets Fashion, platform penganjur bagi portfolio pakaian lelaki, pakaian wanita, kasut dan platform penyumberan pakaian, melakukan tinjauan terhadap pelanggan pada akhir tahun 2020 bagi mengenal pasti cara terbaik untuk memenuhi keperluan komuniti fesyen. Jawapannya adalah keinginan luar biasa daripada jenama dan peruncit yang sama-sama mahu kembali ke lantai pameran pada S1 2021, masa pembelian kritikal bagi industri fesyen. Sebagai respons, Informa Markets menggunakan pendekatan hibrid, melancarkan pasaran dalam talian, MAGIC Digital, bersama acara fizikal di Orlando. Meskipun Informa Markets amat yakin dengan format maya sebagai alat pelengkap yang berkuasa dan enjin kembar jangka panjang untuk 450+ jenama mereka, minat orang ramai terhadap acara fizikal melebihi jangkaan mereka—merekodkan pendaftaran menakjubkan 40% lebih banyak daripada yang dijangkakan untuk pameran Orlando.
“Industri fesyen ialah industri yang sangat mementingkan sentuhan”, kata Kelly Helfman, Presiden Komersial, Informa Markets Fashion. “Pembeli perlu melihat dan merasa sendiri fabrik. Walaupun digital merupakan alat yang mengagumkan untuk mengekalkan ketersambungan, dan membantu untuk memenuhi trend pembelian, kuasa bersemuka tetap lebih penting—interaksi secara bersemuka tidak dapat direplikakan dalam format digital. Meskipun data boleh membantu dalam pembuatan keputusan, pembekal yang layak dengan bakal pelanggan bukan sekadar pengalaman sekali klik—dalam kebanyakan keadaan, pemahaman yang mendalam dan pembangunan hubungan lebih diperlukan. Tahun lalu telah membuktikan nilai sebenar hubungan manusia berbanding sebelum ini, dan kami telah melihat ini digambarkan melalui semangat dan kejayaan acara ini.”
MAGIC Pop up Orlando menampilkan pelbagai pereka baru dan terkini dan jenama yang lebih besar dan lebih mantap tidak sabar untuk berhubung dengan peruncit kedai besar, dalam talian, pengkhususan dan butik, dengan matlamat bersama yang menyegarkan semula industri fesyen yang terjejas teruk.
“Kami suka MAGIC dan sangat gembira dapat kembali ke sini”, kata Hanna Jung daripada By Together, sebuah gedung pemborong fesyen. “Kami dapat bertemu begitu ramai pelanggan baharu dan beraneka ragam di Orlando. Pembeli sangat teruja MAGIC kembali di pasaran dengan acara Pop-Up ini.”
Akan tetapi industri fesyen bukan satu-satunya sektor yang ingin kembali ke lantai pameran—Informa Markets melihatnya sebagai satu trend dalam banyak lagi sektor. Pada bulan Mei, Informa Markets akan menganjurkan platform untuk industri penerbangan, yang juga sedang mencari saluran untuk pembelajaran, inovasi dan penemuan yang boleh menjangkau lebih jauh daripada sekadar skrin. Kemudian pada bulan Jun, penganjur bercadang untuk kembali ke Las Vegas, tuan rumah bagi banyak acara dagangan terbesar negara, berikutan minat yang serupa daripada pelbagai komuniti, daripada pembinaan, kosmetik kepada komuniti kitar semula & sisa buangan.
“Acara kami merupakan platform untuk membina semula dan menggiatkan semula industri”, kata Nancy Walsh, Presiden, Amerika Utara, Informa Markets. “Acara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan perhubungan, mengenal pasti daya inovasi dan memacu pendapatan bagi komuniti, terutamanya apabila dilakukan dengan cara yang selamat dan terkawal. Acara ini bukan sahaja untuk komuniti Fesyen, tetapi juga untuk komuniti lain, Kesihatan & Pemakanan, Pelesenan Jenama, Pembinaan, Penerbangan, dan banyak lagi. Hampir setiap industri terjejas dengan pandemik dan pelanggan kami yang kebanyakannya merupakan pemilik perniagaan kecil benar-benar percaya platform ini adalah lebih penting berbanding daripada sebelum ini.”
No comments:
Post a Comment