Portfolio klien yang semakin berkembang membawa kepada enam penggajian baharu merentasi APAC
SYDNEY, Australia, 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- INVNT. The global live brand storytelling agency® telah mengembangkan operasi APAC dengan pelantikan bakat kreatif dan penerbitan baharu di Singapura dan Sydney.
Berpangkalan di Singapura, Sarah Bailey menyertai INVNT sebagai Pengarah Kreatif, beliau akan bertanggungjawab untuk merancang idea kempen yang menarik untuk klien di seluruh rantau APAC. Bailey membawa lebih sepuluh tahun pengalaman kepada peranan ini, beliau pernah bekerja dalam peranan agensi dan pihak klien di syarikat termasuklah Freeman dan Publicis Singapore. Beliau menyertai Karen Ho dalam pasukan kreatif, yang menyertai syarikat sebagai Pereka Junior di Sydney.
Agensi ini telah membina lagi kepakaran penerbitan berikutan permintaan berterusan daripada klien untuk pengalaman maya dan hibrid tahap tinggi. Berpangkalan di Sydney, Ema Wakeford telah dilantik untuk peranan Penerbit Eksekutif dan menyertai dari George P. Johnson. Beliau pernah terlibat dalam acara termasuklah Light, Music & Ideas Festival yang terkenal, Vivid Sydney dan dengan jenama seperti Cadbury dan Johnson & Johnson.
Pasukan ini juga mengalu-alukan Caroline Bubb sebagai Penerbit Kanan yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam terlibat dalam acara di Australia dan UK, Penerbit Rebecca Wheatley yang berpengalaman dalam festival dan acara menghadap pengguna termasuklah Margaret River Gourmet Escape, Taste Festivals Australia, Mercedes-Benz Fashion Week Australia dan ARIA Awards, dan Penyelaras Penerbitan, Lauren Moorhouse yang menyertai dari CWT Meetings & Events.
Laura Roberts, Pengarah Pengurusan, INVNT APAC berkata: "Pertumbuhan INVNT di Singapura dan Sydney merupakan bukti kepada pasukan kami, yang telah berjaya menyesuaikan dan menjangkaui sempadan kreatif untuk menyampaikan pengalaman menarik kepada klien kami sepanjang perubahan besar untuk industri.
"Sebagai agensi strategi dan diterajui kekreatifan, saya amat teruja untuk Sarah dan Karen menyertai pasukan kami bagi memastikan kami terus mengejutkan dan memuaskan klien dengan pemikiran yang luar jangkaan dan reka bentuk yang menonjol, serta sepasukan penerbit iaitu Ema, Caroline, Rebecca dan Lauren yang berbakat, yang akan merealisasikan pemikiran ini merentasi pengalaman maya,hibrid, secara berkembang tatkala pandemik berubah-ubah merentasi rantau APAC."
Klik di sini untuk visual.
Perihal INVNT
Diasaskan pada 2008 oleh Scott Cullather dan Kristina McCoobery, INVNT menggunakan seni penceritaan jenama langsung untuk mencipta dan menghasilkan pengalaman langsung yang menarik minat dan menyatukan khalayak fizikal dan maya secara global. Pernyataan pendekatan 'challenge everything' syarikat membantu pelanggan termasuk General Motors, Grant Thornton, Merck, PepsiCo dan Samsung untuk berkongsi kisah mereka dengan setiap khalayak yang penting. Sebahagian daripada [INVNT GROUP], THE GLOBAL BRANDSTORY PROJECT™, pejabat INVNT terletak secara strategik di New York, London, Sydney, Detroit, San Francisco, Washington D.C., Stockholm dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.invnt.com
Maklumat Hubungan:
Brea Carter
INVNT
bcarter@invnt.com
+61(0)431407006
SUMBER : [INVNT GROUP]™
No comments:
Post a Comment