SAN DIEGO & CANBERRA, Australia, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Liquid Instruments, sebuah inovator di dalam instrumentasi yang ditentukan perisian ketepatan, melancarkan Moku:Go, sebuah platform mudah alih yang lengkap yang direka untuk membawa makmal kejuruteraan ke mana sahaja dan membawa satu era baharu bagi pendidikan saintifik dan kejuruteraan di universiti-universiti di seluruh dunia.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210323005031/en/
Di dalam pendidikan tinggi, instrumentasi makmal secara peribadi pada masa ini tidak bergerak, mahal, perkakasan yang terhad dan ditetapkan pada masa pembelian. Penyelesaian mudah alih yang sedia ada tidak mempunyai antara muka perisian intuitif yang diharapkan oleh generasi pelajar semasa dan akan datang. Ia juga tidak menawarkan segala instrumen dan ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan pelajar untuk belajar secara efektif di luar makmal. Permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pembelajaran jarak jauh dan pengalaman kendiri di dalam dan di luar bilik kuliah telah mendorong keperluan pasaran bagi platform fleksibel yang dimiliki pelajar yang dapat menyokong jurutera dan ahli sains generasi akan datang.
Platform perkakasan dengan perisian baharu itu, Moku:Go, adalah sebuah makmal kejuruteraan yang boleh dimuatkan di dalam sebuah beg galas. Ia telah direka untuk mudah alih, kelenturan dan ketahanan yang maksimum, bagi mengambil bukan hanya pelajar kejuruteraan elektrik, tetapi fizik, biokejuruteraan, kejuruteraan kimia dan jurusan lain sepanjang empat tahun bagi pendidikan mereka dan bahkan seterusnya. Ia dimulakan dengan 8 instrumen yang terbukti dan berkuasa termasuk sebuah osiloskop, pengawal PID, penganalisis logik, penjana bentuk gelombang arbitrari, pencatat data, penganalisis spektrum, dan banyak lagi. Ia juga mempunyai ciri-ciri penyambungan penuh dengan kawasan khas Wi-Fi dan USB-C, ciri-ciri perkakasan yang tegap dan perlindungan elektrik untuk memastikan pelajar dapat meneroka projek-projek baharu tanpa membahayakan diri atau peralatan mereka. Bekalan kuasa bersepadu yang unik itu dapat diprogram oleh pengguna dengan pilihan voltan tinggi dan arus tinggi bagi sebarang projek.
“Pelajar-pelajar kami sangat teruja ketika kami pertama kali menambahkan Moku:Lab ke bilik kuliah kami dua tahun yang lalu, dan setelah melihat keupayaan baharu itu bagi Moku:Go, saya lebih teruja. Adalah jelas bahawa ia akan membantu membawa pengalaman pendidikan pelajar ke dalam era moden,” kata Kolonel Brian J. Neff, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Komputer di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat. “Saya tidak sabar untuk melihat ini menjadi satu bahagian standard bagi kurikulum kami.”
Perisian Moku:Go telah direka untuk menarik hati sebuah generasi yang sudah membiasakan diri dengan antara muka pengguna yang intuitif dan keserasian yang luas. Liquid Instruments membawa pengalaman pengguna itu keluar dari era telefon bimbit lipat dan telah mereka antara muka Windows dan Mac yang intuitif yang menarik dan hebat untuk pelajar. Ia menawarkan keupayaan akses jarak jauh dan pandangan gambaran yang jelas bagi rantai pemprosesan isyarat, yang menjadikannya mudah bagi pelajar untuk mempelajari konsep sukar sama ada secara langsung atau jarak jauh. Reka bentuk yang berpusatkan pelajar itu memastikan mereka mempelajari konsep teras, dan bukan hanya mempelajari peralatan itu sahaja.
Moku:Go bukan sahaja membantu meningkatkan penglibatan pelajar, tetapi penggabungan ke dalam kurikulum juga mengurangkan beban kerja fakulti dan pembantu pengajar. Platform itu menyokong Python, LabVIEW dan MATLAB API dan telah menerbitkan contoh-contoh skrip secara langsung MATLAB untuk arahan jarak jauh, bantuan pelajar secara langsung dan kawalan plagiarisme.
Set cirinya yang tegap dan perisian yang canggih boleh juga membuka keupayaan termaju untuk pembuat dan bahkan pelajar sekolah menengah yang ingin meneroka bidang kejuruteraan. Sama ada mereka belajar asas-asas perintang dan op-amp atau penguat kendalian atau mencipta sebuah kuadkopter termaju dengan sensor dan pengemudian berautonomi, Moku:Go membolehkan akses yang lebih mudah kepada konsep yang jika tidak adalah rumit dan projek kejuruteraan kendiri pada bila-bila masa, di mana sahaja pada satu harga yang berpatutan.
Liquid Instruments memperkenalkan Moku:Go untuk pelajar sains dan kejuruteraan sebagai sebahagian daripada portfolio produk penyelesaian instrumentasi berketepatan tinggi yang semakin berkembang bagi ahli fizik dan jurutera eksperimen yang mengetahui secara langsung apa yang perlu untuk mengubah cara pembelajaran dan penyelidikan dilakukan di semua peringkat. Produk yang sedia ada, Moku:Lab, telah digunakan selama bertahun-tahun oleh institusi ternama di seluruh dunia, yang memungkinkan penyelidikan penemuan ulung di dalam bidang fotonik, elektronik, dan sains bahan.
“Produk pertama kami, Moku:Lab, memberikan kepada ahli sains R&D kekuatan dan kelenturan yang mereka perlukan untuk melakukan tugas mereka, kesemuanya di dalam satu platform yang efisien dan kos efektif. Sekarang dengan Moku:Go, kami akan membawa kelebihan yang sama untuk meningkatkan kualiti keseluruhan bagi pendidikan dan mendorong pelajar untuk belajar sains dan kejuruteraan,” kata Profesor Daniel Shaddock, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama bagi Liquid Instruments. “Pelajar sepatutnya menggunakan peralatan makmal yang berkuasa dan fleksibel, tetapi juga mudah dan seronok untuk digunakan. Meningkatkan akses kepada peralatan pendidikan kritikal akan memberikan kuasa kepada pelajar dari segenap lapisan untuk meneruskan kerjaya di dalam STEM.”
Moku:Go bermula pada harga $499 dan boleh disesuaikan untuk memadankan warna sekolah, dengan pembelian volum untuk institusi pendidikan. Untuk maklumat mengenai diskaun pendidikan, aksesori dan spesifikasi lengkap, sila layari halaman produk itu di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Liquid Instruments dan rangkaian produknya yang lengkap, sila layari https://liquidinstruments.com.
Maklumat mengenai Liquid Instruments
Liquid Instruments adalah sebuah inovator di dalam instrumentasi yang ditentukan perisian ketepatan dan merevolusikan cara ahli sains, jurutera, dan pelajar memperluaskan pengetahuan mereka dan menjalankan penyelidikan & pembangunan. Rangkaian produk mereka bagi penyelesaian perkakasan dan perisian memanfaatkan kuasa kekuatan perkomputeran bagi FPGA moden untuk mewujudkan instrumentasi yang sangat disesuaikan untuk mengawal eksperimen dan memperoleh dan menganalisis data. IP pasukan itu di dalam perkakasan yang ditentukan perisian membolehkan produk Moku untuk dikonfigurasi secara dinamik di lapangan, memberi perkhidmatan kepada pelbagai situasi kawalan dan proses eksperimen yang sentiasa berubah. Moku:Lab digunakan oleh beratus-ratus institusi R&D utama di seluruh dunia, dan menyatukan lebih 12 instrumen bernilai tinggi bersama-sama ke dalam sebuah peranti kompak dan intuitif yang telah memperkemaskan aliran kerja eksperimen dengan banyaknya. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://liquidinstruments.com.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14389
No comments:
Post a Comment