Thursday, March 11, 2021

EXONE MENAMBAHKAN USC SOLUTIONS KEPADA JARINGAN JUALAN UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN DI SINGAPURA

 USC Solutions telah berada di barisan hadapan bagi pembuatan aditif, bekerjasama rapat dengan pakar-pakar industri tempatan selama hampir satu dekad.

NORTH HUNTINGDON, Pa., 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — The ExOne Company (Nasdaq: XONE), peneraju dunia di dalam pencetakan 3D pasir dan logam perindustrian dengan menggunakan teknologi pengikat jet, hari ini mengumumkan bahawa USC Solutions kini merupakan sebuah rakan saluran yang sah untuk menjual penyelesaian perindustrian ExOne di Singapura, Malaysia, dan Indonesia.

“Kami sangat teruja kerana mempunyai pasukan berpengalaman dari USC Solutions untuk mewakili kami. Kami berharap dapat memanfaatkan reputasi mereka dalam menyediakan penyelesaian di dalam pasaran pembuatan tempatan,” kata Ben Leung, Naib Presiden, ExOne, Asia. “ExOne terus berkembang di Asia dan kami menjangka USC Solutions akan memainkan satu peranan penting di dalam mengukuhkan jaringan kami bagi perluasan yang berterusan ini.”

“Kami percaya pengikat jet melengkapkan portfolio pelanggan kami dengan baik kerana sifatnya yang unik yang membolehkan kelenturan bahan dan penggunaan serta keselamatan dan faedah kos,” kata Riyaz Vehmi, Pengurus Besar bagi USC Solutions Pte Ltd.

USC Solutions adalah yang terbaharu di dalam sejumlah rakan pengedaran yang semakin meningkat di rangkaian ExOne merentasi Asia. Pencetakan 3D pengikat jet semakin dikenali sebagai teknologi yang akan mempercepatkan penerimaan pembuatan aditif untuk pengeluaran bervolum tinggi kerana kelajuannya yang tinggi, kelenturan bahan, dan pembaziran dan kos yang rendah.

Proses pencetakan 3D pengikat jet ExOne yang dipatenkan itu mengubah bahan serbuk — logam, pasir atau seramik — untuk menjadi bahagian ketepatan yang sangat padat dan berfungsi atau perkakasan pada kelajuan tinggi. Mewujudkan satu bahagian padat satu lapisan nipis pada sesuatu masa sebagai satu kepala cetak perindustrian secara selektif memasukkan pengikat ke dalam sekelompok serbuk, teknologi itu dilihat sebagai satu kaedah pengeluaran yang mapan dengan tahap kitar semula yang tinggi, sisa rendah, dan keupayaan untuk bergabung dan bahagian yang ringan untuk rantaian pembekal yang lebih pendek dan penggunaan yang lebih menjimatkan bahan bakar.

“USC Solutions sedang memperkenalkan teknologi pengikat jet ExOne kepada pelanggan pembuatan aditif kami yang sedia ada untuk melengkapkan sistem mereka sekarang. Pelbagai jenis bahan logam dan seramik menangani keperluan penggunaan utama di dalam portfolio mereka dan ini akan menjadi satu penambahan yang berguna bagi mereka untuk meningkatkan keupayaan mereka di dalam kedua-dua penyelidikan dan pembuatan,” kata Vehmi.

ExOne telah memenuhi syarat lebih dari 20 bahan logam, seramik, dan komposit untuk proses pengikat jet mereka. Lebih separuh daripada bahan-bahan tersebut adalah logam aloi tunggal, seperti 17-4PH, 316L, 304L, M2 Tool Steel, Inconel 718, dan banyak lagi. Bahan dengan permintaan tinggi, seperti aluminium dan titanium, juga dipercepatkan kemajuannya untuk memenuhi kelayakan dan inovasi pengikat berterusan ketika ExOne berkembang untuk memasukkan sistem pengikat tak organik yang disesuaikan untuk tuangan aluminium.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14333

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...