Tuesday, February 28, 2023

WESTERN UNION DAN BEFOREPAY MENAWARKAN PERKHIDMATAN 'HANTAR SEKARANG, BAYAR KEMUDIAN' KEPADA PENGGUNA UNTUK PINDAHAN WANG ANTARABANGSA

· Kerjasama yang pertama seumpamanya, membolehkan pengguna di Australia meningkatkan pindahan wang antarabangsa mereka (kiriman wang).
· Pengguna boleh meminjam sehingga AUD$2000 untuk menambahkan pindahan, dengan fleksibiliti membayar balik dalam beberapa ansuran.
· Kerjasama menunjukkan komitmen Western Union dan Beforepay untuk memastikan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses oleh semua. 

SYDNEY, 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Western Union dan Beforepay pada hari ini mengumumkan kerjasama pertama seumpamanya, membolehkan pengguna meningkatkan pindahan wang rentas sempadan mereka dengan mengakses pinjaman jangka pendek yang boleh dipercayai, beretika dan berpatutan. Pengguna boleh ‘Hantar Sekarang, Bayar Kemudian’ dengan meminjam sehingga AUD 2000 melalui produk pendahuluan upah Beforepay di saluran digital Western Union.

Memenuhi jangkaan pengguna

Cerapan eksklusif daripada penyelidikan Western Union menunjukkan bahawa kira-kira 44% daripada pengguna Australia ingin mempunyai pilihan untuk 'Hantar Sekarang, Bayar Kemudian' apabila memindahkan wang ke seluruh dunia. Pengumuman hari ini bermakna bahawa pengguna akan dapat berbuat demikian. Dengan mengakses produk pendahuluan upah Beforepay melalui aplikasi mudah alih dan laman web Western Union, pelanggan akan dapat meningkatkan jumlah pindahan mereka. Pendaftaran untuk mengakses dana tambahan boleh dilengkapkan dalam masa beberapa minit dan sebaik sahaja dikeluarkan, ia boleh dibayar balik dalam beberapa ansuran. Pindahan wang antarabangsa melalui Western Union boleh dihantar ke lebih daripada 200 negara dan wilayah.

“Kami komited untuk membantu pelanggan kami dan komuniti mereka dengan menawarkan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, beretika dan boleh dipercayai,” kata Gregory Laurent, Naib Presiden Serantau Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik di Western Union. “Misi Western Union ialah untuk menjadikan perkhidmatan kewangan mudah diakses oleh orang ramai di mana-mana sahaja. Kerjasama kami dengan Beforepay ialah satu lagi langkah ke arah mencapai misi ini - memberikan pelanggan peluang untuk mengakses dana tambahan semasa mereka menghantar wang kepada keluarga dan komuniti. Kami teruja tentang impak positif yang boleh diberikan kepada pengguna, kerana mereka secara proaktif mencari pilihan mudah untuk memenuhi keperluan kewangan mereka.”

Perkhidmatan kewangan yang mudah diakses oleh semua

Pengumuman pada hari ini memperkukuh strategi ‘Evolve 2025’ Western Union bagi menggabungkan perkhidmatan runcit dan kewangan digital bernilai tinggi, serta mudah diakses. Produk pendahuluan upah Beforepay direka bentuk untuk memberikan peluang kepada pelanggan menangani cabaran aliran tunai sementara. Purata pendahuluan yang ditawarkan oleh Beforepay kepada pelanggan ialah lebih kurang AUD$400. Jumlah penuh dibayar balik dalam tempoh purata tiga hingga empat minggu.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Western Union bagi membantu pelanggan mereka dengan akses kepada pinjaman jangka pendek yang selamat dan berpatutan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Beforepay, Jamie Twiss. “Beforepay dan Western Union berkongsi wawasan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang inklusif kepada bakal pengguna di seluruh dunia.” 

Monday, February 27, 2023

PELANCARAN SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN DEXCOM G6 DI SINGAPURA

Sistem CGM baharu yang inovatif menghapuskan keperluan mencucuk jari untuk pesakit diabetes

SINGAPURA, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dexcom, Inc. (NASDAQ:DXCM), peneraju global dalam pemantauan glukosa berterusan (CGM) masa nyata untuk pesakit diabetes, hari ini mengumumkan pelancaran Sistem CGM Dexcom G6 di Singapura untuk pesakit diabetes yang berumur dua tahun ke atas serta wanita hamil dan juga pelantikan DKSH Singapore Pte Ltd sebagai penyedia perkhidmatan jualan, pemasaran dan pengedaran.

Dexcom G6 menggunakan sensor dan pemancar yang kecil dan tahan lasak untuk mengukur secara berterusan dan menghantar paras glukosa secara wayarles ke penerima atau peranti pintar yang serasi*, membolehkan pesakit menerima data glukosa masa nyata tanpa perlu mencucuk jari mereka. Sistem ini juga menawarkan makluman dan penggera yang boleh disesuaikan untuk membantu mengelakkan kejadian tahap gula dalam darah jatuh ke paras rendah atau meningkat ke paras tinggi yang boleh membahayakan pesakit.

“Pelancaran Dexcom G6 di Singapura merupakan detik bersejarah bagi syarikat kami,” kata Scott Moss, Naib Presiden Dexcom, Asia Pasifik. “Pelancaran ini menandakan kali pertama CGM Dexcom memasuki pasaran untuk pesakit diabetes di Asia Tenggara, dan dengan pembukaan ibu pejabat serantau kami di Singapura baru-baru ini, kami berharap dapat membawa CGM Dexcom ke pasaran tambahan di rantau ini dalam masa terdekat.”

Aplikasi Dexcom G6 untuk peranti iOS dan Android yang serasi* juga membolehkan pesakit berkongsi maklumat glukosa mereka dengan sehingga sepuluh orang pengikut. Fungsi ini membolehkan ahli keluarga, insan tersayang dan penyedia jagaan kesihatan memantau pesakit dari jauh dengan lebih tenang.

Ciri-ciri Dexcom G6 yang membolehkan pengguna mengawal kesihatan mereka:

• Penghapusan keperluan untuk mencucuk jari untuk penentukuran dan membuat keputusan rawatan diabetes
• Bacaan glukosa berterusan dihantar secara automatik menggunakan teknologi Bluetooth ke mana-mana peranti pintar* yang serasi atau ke alat penerima Dexcom, dalam selang masa lima minit
• Makluman dan penggera yang boleh disesuaikan, termasuk makluman Penting Rendah Tidak Lama Lagi, yang boleh memberi pengguna amaran sehingga 20 minit lebih awal daripada kejadian hipoglisemia penting, supaya mereka boleh mengambil langkah pencegahan
• Perkongsian data masa nyata dengan aplikasi Dexcom G6, membolehkan pengguna berkongsi data glukosa mereka dengan sehingga sepuluh pengikut untuk memantau paras glukosa mereka dari jauh dengan lebih tenang
• Sensor dengan jangka hayat 10 hari membolehkan pemakaian yang lebih lama
• Pemancar nipis dengan profil yang lebih rendah untuk ketahanan yang tidak terlalu menonjol
• Aplikator automatik direka untuk memudahkan sensor dimasukkan dengan hanya satu sentuhan butang
• Penerima yang baru direka dengan paparan skrin sentuh (peranti penerima/paparan adalah aksesori pilihan)
• Membran sensor baharu yang membolehkan penggunaan asetaminofen tanpa sebarang kesan pada bacaan glukosa§

Sistem CGM Dexcom G6 dipadankan kepada aplikasi Dexcom G6 yang tersedia untuk dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play store, untuk digunakan dengan peranti pintar Apple atau Android yang serasi. Sebagai alternatif, pesakit boleh melihat bacaan glukosa pada penerima skrin sentuh Dexcom G6 pilihan yang boleh dibeli secara berasingan.

CGM Dexcom G6 telah diluluskan oleh HSA Singapura pada akhir tahun lalu dan kini boleh diakses oleh warga Singapura bulan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dexcom G6, lawati www.dexcom.com/sg.

Maklumat Mengenai Dexcom, Inc.

DexCom, Inc. membolehkan orang ramai mengawal kesihatan mereka pada masa nyata melalui sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM) yang inovatif. Beribu pejabat di San Diego, Calif., dan dengan operasi di seluruh Eropah serta kawasan-kawasan terpilih di Asia/Oceania, Dexcom telah muncul sebagai peneraju teknologi penjagaan diabetes. Dengan mengambil kira keperluan pengguna, penjaga dan penyedia, Dexcom berusaha untuk memudahkan dan menambah baik pengurusan diabetes di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dexcom, lawati https://www.dexcom.com/en-us/about-dexcom.
_________________________

*Untuk mendapatkan senarai peranti yang serasi, lawati www.dexcom.com/compatibility.

Jika makluman dan bacaan glukosa anda daripada G6 tidak sepadan dengan gejala atau jangkaan, gunakan meter glukosa darah untuk membuat keputusan rawatan diabetes.

Aplikasi Follow yang berasingan diperlukan.

§Bacaan G6 boleh digunakan untuk membuat keputusan rawatan diabetes apabila mengambil dos asetaminofen maksimum sehingga 1,000mg setiap 6 jam. Pengambilan dos yang lebih tinggi boleh menjejaskan bacaan G6.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16846

SHENZHEN DAN HONG KONG BEKERJASAMA DI DALAM PENGISYTIHARAN 16 LANGKAH-LANGKAH UNTUK PENCIPTAAN BAGI SEBUAH HAB HARTA INTELEK DAN INOVASI

SHENZHEN, China, 27 Feb., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
16 Langkah-langkah Kerjasama untuk Pembangunan Hab Harta Intelek dan Inovasi Qianhai Shenzhen-Hong Kong (16 Langkah), diisytiharkan bersama oleh Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong bagi Perbandaran Shenzhen dan Biro Pembangunan Perdagangan dan Ekonomi bagi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, yang berkuat kuasa pada 23 Februari. Langkah ini bukan sahaja menandakan satu tahap kerjasama yang dipertingkatkan di antara Shenzhen dan Hong Kong di dalam bidang harta intelek (IP), tetapi juga menandakan langkah-langkah termaju Qianhai ke arah kedua-dua "pembinaan bagi sebuah lokasi pilihan utama untuk penyepaduan Hong Kong ke dalam pembangunan nasional" dan sebuah hab harta intelek dan inovasi.

Adalah difahamkan bahawa 16 Langkah-langkah itu merangkumi inisiatif di dalam empat bidang utama: menggalakkan pengharmonian peraturan dan sistem IP di antara Shenzhen dan Hong Kong, menyokong eksploitasi dan transformasi bagi IP Hong Kong di Qianhai, memupuk perkhidmatan IP rentas sempadan, dan membangunkan Hab IP dan Inovasi Qianhai Shenzhen-Hong Kong. Di bawah 16 Langkah-langkah itu, mana-mana pusat pemindahan teknologi, yang ditubuhkan bersama oleh sebuah syarikat terkemuka dan sebuah Universiti atau pusat R&D Hong Kong, akan menerima subsidi dengan 50% daripada perbelanjaan operasi sebenar (sehingga 1 juta yuan setahun). Selain itu, mana-mana penyedia perkhidmatan IP Hong Kong atau antarabangsa yang menetap di Qianhai akan layak untuk mendapatkan subsidi sehingga 2 juta yuan.

Sesetengah penganalisis mengatakan bahawa 16 Langkah-langkah itu akan secara efektif membantu penyedia perkhidmatan IP Hong Kong untuk memanfaatkan pasaran di tanah besar dengan menggunakan Qianhai sebagai sebuah "pangkalan hadapan". Juga perlu dinyatakan, perniagaan industri IP yang sudah berada di Qianhai boleh menggunakan kelebihan dan platform unik Hong Kong untuk berhubung dengan pasaran antarabangsa dan mempercepatkan pembangunan mereka sendiri.

Victor YANG, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Purplevine IP Group (Shenzhen) Co, Ltd., berkata 16 Langkah-langkah itu berkemungkinan akan mempercepatkan proses bagi perniagaan Qianhai di dalam memantapkan kedudukan mereka di kawasan ini.

Victor mencirikan 16 Langkah-langkah itu sebagai berpandangan ke hadapan, dan bahawa ia merangkumi satu perspektif yang lebih luas. Satu arahan panduan penting ialah untuk menggalakkan dan menyokong operasi IP, yang membolehkan nilai IP lebih ditunjukkan di dalam tempat pasaran. 16 Langkah-langkah itu menyediakan inisiatif yang sangat disasarkan. "Melalui reka bentuk bersatu bagi sistem dan peraturan peringkat atasan, 'pulau terpencil' itu telah disambungkan." Penubuhan sebuah hab IP dan inovasi di Qianhai yang dihubungkan dengan Shenzhen, Kawasan Greater Bay (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau, dan secara berkesan ke seluruh dunia, akan menyelesaikan isu bagi perkhidmatan penyambungan dan pengelompokan, yang mengakibatkan di dalam peningkatan kecekapan. Hab baharu itu akan menarik bakat penting untuk memenuhi permintaan bagi profesional perkhidmatan IP yang pakar di dalam undang-undang, teknologi, kewangan, perniagaan, dsb.

Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2022, perniagaan Qianhai memperoleh 21,742 kebenaran paten baharu, mengemukakan 762 permohonan PCT, dan memiliki 11,864 paten penciptaan yang sah. Satu sistem perlindungan holistik, yang meliputi perkhidmatan kehakiman, pentadbiran, timbang tara, notari dan perundangan yang berkaitan dengan harta intelek sedang dibentuk di Qianhai.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16843

Friday, February 24, 2023

SYNTAGMA CAPITAL MENYERTAI PERUNDINGAN EKSKLUSIF, UNTUK MENGAMBIL ALIH ERASTEEL, BAHAGIAN KELULI BERKELAJUAN TINGGI DAN KITAR SEMULA ERAMET S.A. (EURONEXT PARIS: ERA)

BRUSSELS, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syntagma Capital hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai perundingan eksklusif dengan Eramet, untuk mengambil alih Erasteel (https://www.erasteel.com). Perniagaan ini adalah peneraju global dalam metalurgi konvensional dan serbuk keluli berkelajuan tinggi yang digunakan untuk alat pemesinan, penggerudian dan pemotongan berprestasi tinggi.  Selain itu, Erasteel mempunyai keupayaan mengitar semula logam unik di Eropah, yang menawarkan penyelesaian lestari untuk pemulihan bateri, pemangkin dan logam.  Perniagaan ini menggajikan lebih kurang 850 orang pekerja merentasi enam tapaknya di Perancis, Sweden dan China.  Pada tahun 2022, Erasteel menjana pendapatan sebanyak lebih kurang. €275m terutamanya dalam sektor aeroangkasa, automotif dan perindustrian.

Cadangan transaksi, yang akan dikemukakan kepada majlis maklumat dan perundingan kerja yang diperlukan, tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan merangkumi penyempurnaan syarat persetujuan biasa, termasuk kelulusan kawal selia, dan dijangka akan diselesaikan menjelang penghujung separuh pertama 2023.

“Walaupun pasaran M&A amat mencabar, Erasteel mewakili perjanjian kedua kami dalam tahun 2023 dan perjanjian ketiga kami dalam tempoh 6 bulan yang lalu, menunjukkan keupayaan kami untuk menjamin kelajuan dan kepastian bagi penjual.  Kami gembira dengan prospek untuk membangunkan Erasteel selanjutnya di seluruh dunia.  Erasteel juga merupakan usaha ketiga kami dan menguatkan lagi kedudukan kami sebagai Rakan Kongsi pilihan di Eropah untuk usaha yang kompleks” kata Rakan Kongsi Pengurusan Syntagma Sebastian Kiekert Le Moult.

“Kami bertekad untuk memanfaatkan pengalaman global kami dalam logam dan R&D Erasteel yang menyeluruh dan pengetahuan teknikal, keberadaan global dan perhubungan pelanggan yang rapat untuk meningkatkan lagi pertumbuhannya, secara organik dan melalui sasaran M&A. Kami juga bertekad untuk meningkatkan pembangunan bahagian kitar semula Erasteel di Perancis” kata Rakan Kongsi Syntagma Frank Coenen.

Pasukan Syntagma yang terlibat dalam transaksi ini termasuk Sebastien Kiekert Le Moult (Rakan Kongsi Pengurusan), Frank Coenen (Rakan Kongsi), Benjamin Dahan (Rakan Kongsi), Fabio Yamasaki (Prinsipal), Gabriele Lo Monaco (Ahli Bersekutu Kanan).

Syntagma mendapat nasihat daripada Willkie Farr Gallagher (penasihat undang-undang), Lincoln International (Penasihat M&A), PwC (penasihat kewangan) dan Advention Business Partners (penasihat komersial dan strategi).

Tentang Syntagma Capital

Syntagma melabur dalam syarikat yang boleh mendapat manfaat daripada kepakaran operasi secara amali untuk mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan prestasi untuk semua pihak berkepentingan.  Kami adalah operator sebenar dengan pengalaman bekerja dalam dan menguruskan syarikat pada skala global, memanfaatkan sumber dalaman kami untuk membangunkan strategi yang berjaya, melaksanakannya untuk merealisasikan potensinya sepenuhnya dan mencipta nilai jangka panjang yang lestari.  Syntagma melabur dan mengoperasikan syarikat dalam pelbagai industri dengan tumpuan khusus pada pasaran bahan, kimia, industri dan perkhidmatan perniagaan dan termasuk pembuatan, pengedaran, pengangkutan dan logistik, sewaan peralatan, perkhidmatan logam dan industri lain.  Syntagma, sebagai penandatangan UNI PRI, komited kepada standard ESG yang tinggi dalam semua pelaburannya dan berpangkalan di Brussels, Belgium.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://syntagmacapital.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16833

SYARIKAT SEWA KERETA SUPER CLASSIC PARADE MELANCARKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MATA WANG KRIPTO PERTAMA DI UK

LONDON, 23 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Salah satu syarikat sewa kereta super terkemuka di UK baru sahaja melancarkan sistem pembayaran mata wang kripto untuk menyewa supercar terunggul di dunia. Pelanggan kini boleh memilih untuk membayar untuk pilihan lebih daripada 100 kereta super daripada 28 jenama mewah dalam mata wang Bitcoin atau Ethereum serta dalam Pound Sterling. Salah satu kereta yang tersedia di bilik pameran mereka di London, Manchester dan Edinburgh ialah £ 2.4m Bugatti Chiron, yang berharga £ 200,000 sehari untuk disewa, atau 220.75 ETH, atau 11.696 BTC. 

Pengasas dan pemilik Classic Parade, Andrew Brown berkata: "Kami mempunyai pelanggan antarabangsa yang mahu membayar untuk menyewa kereta super kami tanpa kerumitan dan kos kadar pertukaran serta yuran pemindahan. Kebanyakan pelanggan kami mempunyai pegangan yang signifikan dalam mata wang kripto. Oleh itu, pilihan ini amat sesuai untuk mereka. Urus niaga adalah serta-merta dan kami juga boleh mengambil deposit dalam crypto, kemudian kami mengembalikan deposit dengan mudah selepas sewa tamat tempoh."

Pembayaran Crypto dibuat ke dompet selamat Classic Parade dan semua langkah yang diperlukan diambil untuk memastikan keselamatan pemindahan kewangan. Sebaik sahaja dana dipindahkan dan perjanjian sewa ditandatangani, kereta super sama diambil atau dihantar ke alamat pelanggan di UK. 

Andrew Brown menambah: “Kami perlu melalui pemeriksaan identiti biasa yang diperlukan untuk menyewa kenderaan, tetapi langkah ini mudah diproses dan menjadi lebih mudah dengan setiap transaksi berulang. Dengan cara ini, kami juga boleh menyediakan pemeriksaan "kenali pelanggan anda" yang mencukupi." Salah satu kereta Classic Parade yang paling popular untuk sewaan musim panas ialah Lamborghini Huracan Spyder yang berharga £ 1,100 sehari untuk disewa, atau 1.21 ETH atau 0.064 BTC. Andrew Brown berkata: “Kami menjangkakan banyak minat daripada pelabur kripto dalam beberapa bulan akan datang untuk menyewa kereta super kami yang luar biasa. Ramai pelabur masih muda dan mahu menunjukkan kekayaan mereka, oleh itu minat terhadap kereta super sangat tinggi untuk pasaran ini."

Anda boleh melihat semua kereta super dan harganya di https://www.classicparade.co.uk 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16835

Thursday, February 23, 2023

SYNCHRONOSS AKAN MEMPAMERKAN PLATFORM AWAN PERIBADI YANG DIKUASAKAN AI DI MOBILE WORLD CONGRESS



Dibina Secara Bermatlamat dan Digunakan Secara meluas oleh Operator Telekom Terkemuka, the Synchronoss Personal Cloud Baharu Termasuk Genius, BackTrack dan Ciri-ciri Lain untuk Memastikan Keselamatan dan Privasi Data


BRIDGEWATER, N.J., 24 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss” atau “Syarikat”) (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan inovator dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan syarikat itu akan mempamerkan versi terkini Personal Cloud Synchronoss di Mobile World Congress di Barcelona, Sepanyol.

Platform Personal Cloud Synchronoss baharu membolehkan pengendali telekomunikasi menawarkan perkhidmatan premium dan nilai tambah untuk membuat sandaran dan mengurus fail, foto, video dan kandungan digital yang disimpan pada telefon mudah alih dan peranti lain.

Memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) ciri Genius baharu menyediakan alatan untuk mengoptimumkan foto. Pengguna boleh mewarnakan foto hitam putih, mempertingkatkan foto, dan mengedit wajah, antara kesan lainnya. Penambahan BackTrack menyediakan keupayaan untuk mengembalikan semula dan memulihkan fail jika fail tersebut dipadam, rosak atau hilang. Selain itu, dengan menyepadukan pembelajaran mesin, ciri Advanced Highlights platform lebih memudahkan untuk mengkategorikan dan mengetegkan foto, video, dan kandungan digital lain supaya dapat diserlahkan, diurus dan dikongsi dengan mudah.

“Tidak seperti aplikasi OTT, platform awan kami menyediakan penyelesaian gred pembawa untuk penyedia perkhidmatan untuk menyampaikan perkhidmatan nilai tambah yang juga menumpukan sepenuhnya pada keselamatan dan privasi data,” kata Jeff Miller, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Synchronoss. “Keupayaan AI generatif dan pembelajaran mesin membolehkan kami menyampaikan fungsi inovatif seperti Genius, BackTrack, dan Advanced Highlights, yang memberikan cara baharu kepada pengguna untuk melibatkan diri dan berkongsi kandungan digital mereka.”

Ciri baharu Personal Cloud Synchronoss sedang dilancarkan kepada berjuta-juta pelanggan, termasuk pengguna awan di AT&T, Verizon, dan salah satu pengendali global terbesar yang baru-baru ini menandatangani perjanjian awan berbilang tahun yang dilancarkan pada akhir tahun ini.

Memasuki Mobile World Congress, Synchronoss juga akan mempamerkan platform e-mel gred pembawanya, Synchronoss Email Suite. Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan pengembangan kontrak baharu dengan penyedia perkhidmatan terkemuka yang menyampaikan perkhidmatan e-mel kepada lebih 50 juta pengguna, dikuasakan oleh Synchronoss Email Suite dan platform pemesejan teras Mx9.

“Mewakili masa depan kesambungan dan melakarkan nama terbesar dalam industri, Mobile World Congress ialah tempat yang hebat untuk membina momentum baharu platform Synchronoss Personal Cloud dan Synchronoss Email Suite. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan global, rakan kongsi dan prospek baharu kami untuk menyampaikan penyelesaian awan, pemesejan dan penyelesaian digital inovatif yang memacu peluang pendapatan baharu untuk perniagaan mereka,” kata Miller lagi.

Temui Kami di Barcelona

Untuk menjadualkan pertemuan di Mobile World Congress, kunjungi: https://synchronoss.com/events/#schedule.

Mengenai Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dengan cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, memudahkan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan memasuki pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal segerak dengan individu, perkhidmatan dan kandungan yang mereka gemari. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com.

Hubungan Perhubungan Media:
Domenick Cilea
Springboard
dcilea@springboardpr.com

Hubungan Pelabur:
Matt Glover / Tom Colton
Gateway Group, Inc.
SNCR@gatewayir.com 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

NEC CORPORATION MENAIK PANGKAT AALOK KUMAR KE PERANAN GLOBAL; UNTUK MEMIMPIN PERNIAGAAN BANDAR PINTAR GLOBAL SELAIN DARI TANGGUNGJAWAB INDIA.




Table

En. Aalok Kumar, Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global (Gambar: Business Wire)


● Aalok Kumar kini adalah Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Bandar Pintar Global dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, NEC Corporation India Pvt. Ltd.
● Beliau akan memimpin Perniagaan Bandar Pintar Global, dan pelan jangka panjang NEC termasuk menubuhkan Pusat Keunggulan Bandar Pintar global di India.



DELHI, India, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NEC Corporation India, sebuah anak syarikat milik penuh NEC Corporation, telah mengumumkan kenaikan pangkat Aalok Kumar sebagai Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global.

Aalok akan terus memimpin perniagaan di India dan memperkukuhkan kedudukan strategik India bagi NEC Group secara keseluruhan. Beliau akan meneruskan usaha dalam membina kerjasama dengan kerajaan dan sektor swasta, selaras dengan visi syarikat "Di India, untuk India" dan "Dari India, untuk global". Aalok akan mengambil alih peranan global baru sebagai Pegawai Korporat dan Naib Presiden Kanan serta Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global. Sebagai sebahagian daripada Pasukan Pengurusan Korporat NEC, beliau bertanggungjawab untuk membangunkan perniagaan global dengan merangkaikan pengalaman globalnya yang unik.

En. Takayuki Morita, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NEC Corporation mengulas tentang kenaikan pangkat tersebut, "Dengan memimpin beberapa projek utama kami bagi organisasi awam dan swasta semasa bekerja di NEC Corporation India, Aalok telah memainkan peranan yang penting dalam meneguhkan kedudukan NEC Corporation sebagai rakan transformasi digital yang dipercayai oleh kerajaan dan perusahaan di India. Kedudukan baru beliau sebagai Pegawai Korporat dan ahli pengurusan NEC yang memimpin India menunjukkan kepentingan India bagi NEC dan komitmen NEC terhadap India."

Objekif NEC ialah pembinaan vertikal Bandar Pintar Global yang kukuh, dan diwakili oleh bakat dari seluruh dunia dengan kepakaran teknologi yang mendalam dan pengalaman yang meluas. India akan memainkan peranan penting dalam membentuk impian ini. Dengan memanfaatkan kepakaran Aalok dalam mendorong transformasi digital di India dan pengalaman yang diperoleh daripada projek bandar pintar yang telah dilaksanakan di negara ini, pencapaian impian ini akan dipercepatkan. Pada jangka panjang, beliau akan berusaha untuk menubuhkan Pusat Keunggulan Bandar Pintar global di India, dengan demikian mempercepatkan realisasi visi syarikat untuk mengembangkan penyelesaian "Dari India, Untuk Global".

Aalok Kumar telah menamatkan pengajian di St. Stephens College, Delhi dan Institut Pengurusan India, Ahmedabad. Beliau membawa hampir tiga dekad pengalaman dalam jawatan kepemimpinan kanan dalam transformasi perniagaan, peningkatan prestasi, dan pengembangan margin. Sebelum menjabat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di NEC India pada tahun 2020, beliau pernah menjadi Naib Presiden Kanan di McKinsey & Company. Beliau juga pernah bekerja di syarikat seperti GE Healthcare, GE Capital dan ABN Amro Bank.

"Dengan rendah hati saya menerima peluang yang diberikan oleh kepemimpinan global. Saya beruntung memimpin pasukan yang amat cemerlang di India, dan dengan bakat dan dukungan mereka yang tak tertandingi, kami telah berhasil mencapai beberapa tonggak penting untuk NEC Corporation India selama ini. Saya berharap dapat memenuhi tanggungjawab peranan baru ini dan akan berusaha untuk membawa NEC ke puncak yang lebih tinggi dengan kolaborasi yang erat bersama seluruh pasukan," kata Aalok Kumar, Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global & Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, NEC Corporation India Pvt. Ltd.

Sebagai sebahagian daripada perubahan organisasi NEC Corporation, unit perniagaan dan struktur pengurusan organisasi sedang mengalami proses penyelarasan dan konsolidasi pada peringkat global. Selaras dengan visi syarikat iaitu "2030VISION", NEC bertujuan untuk memperkuat tadbir urus korporat dan meningkatkan kecekapan pengurusan untuk merangsang pertumbuhan tonggak perniagaan globalnya. Ini akan membantu NEC Corporation mencapai Rancangan Pengurusan Pertengahan Tempoh 2025 dan meningkatkan nilai korporat jangka sederhana dan jangka panjang sebagai suatu syarikat teknologi global.

Mengenai NEC Corporation India (NEC India)

NEC merupakan pemimpin dalam pengintegrasian teknologi IT dan rangkaian dan membawa hampir 125 tahun pengalaman dalam inovasi teknologi untuk menyediakan penyelesaian bagi pemberdayaan manusia, perniagaan, dan masyarakat. Beribu pejabat di Jepun, NEC memulakan operasinya di India pada tahun 1950-an dan mempercepat pertumbuhannya melalui pembukaan perniagaan di pasaran global. NEC di India memperluaskan perniagaannya dari telekomunikasi ke keselamatan awam, logistik, pengangkutan, runcit, kewangan, komunikasi bersatu, dan platform IT, memberi perkhidmatan kepada kerajaan, perniagaan, serta individu. Dengan Pusat Keunggulan untuk penyelesaian platform analitik, data besar, biometrik, mudah alih, dan runcit, NEC di India menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian baru yang inovatif untuk India dan pasaran global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://in.nec.com/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53335907/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi Kami

Arvind Saxena: arvind.saxena@india.nec.com
 
Sumber: NEC Corporation India

Wednesday, February 22, 2023

PANGGILAN UNTUK PENYERTAAN TELAH DIKELUARKAN UNTUK THE 20TH ANNUAL INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS®

 Kategori Anugerah Baharu untuk Pencapaian dalam Kelestarian


FAIRFAX, Va., 23 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- The Stevie Awards kini menerima pencalonan untuk The 20th Annual International Business Awards®, pertandingan anugerah perniagaan utama dunia, yang menarik pencalonan daripada organisasi di lebih 60 negara dan wilayah setiap tahun.

Semua individu dan organisasi di seluruh dunia - awam dan persendirian, untuk keuntungan dan bukan keuntungan, besar dan kecil - boleh menyerahkan pencalonan kepada The International Business Awards. Tarikh akhir kemasukan awal penyertaan, serta yuran penyertaan yang dikurangkan, ialah 12 April. Tarikh akhir penyertaan ialah 10 Mei, tetapi penyertaan lewat akan diterima sehingga 14 Jun dengan bayaran yuran lewat. Butiran penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Juri yang menampilkan lebih daripada 150 eksekutif di seluruh dunia akan menentukan pemenang Stevie Awards Emas, Perak dan Gangsa. Pemenang akan diumumkan pada 11 Ogos dan diraikan pada jamuan gala di Rom, Itali pada Oktober ini.

The International Business Awards mengiktiraf pencapaian dalam setiap faset tempat kerja. Kategori termasuk:

· Anugerah Pengurusan 
· Anugerah Kelestarian
· Usahawan Terbaik Tahun Ini
· Syarikat Terbaik Tahun Ini
· Anugerah Khidmat Pelanggan 
· Anugerah Sumber Manusia 
· Anugerah Teknologi Maklumat
· Anugerah Pemasaran 
· Anugerah Produk Baharu 
· Anugerah Perhubungan Awam 
· Anugerah Laman Web, Aplikasi, Acara, Video dan media lain
· Anugerah Media Sosial
· Anugerah Kepimpinan Pemikiran

Terdapat banyak ciri baharu dan disemak semula bagi The International Business Awards untuk 2023:

· Terdapat kumpulan bagi lima kategori yang sama sekali baharu untuk mengiktiraf pencapaian Kelestarian.  Setiap lima kategori itu dibahagikan kepada enam subkategori geografi.

· Terdapat kategori baharu yang dipecahkan dalam kebanyakan kumpulan kategori, terutamanya dalam kategori untuk PencapaianAcaraPemasaranTapak & Aplikasi Mudah AlihProduk & Perkhidmatan BaharuPerhubungan AwamVideo dan Tapak Web.

· Kumpulan kategori yang dahulunya dikenali sebagai Teknologi Maklumat telah dinamakan semula sebagai Teknologi, untuk menggambarkan dengan lebih baik bahawa semua jenis pencapaian berkaitan teknologi adalah dialu-alukan untuk dicalonkan dalam kategori ini.

· Kategori COVID-19 telah dihapuskan.

Pemenang Stevie Award pada IBA 2022 termasuklah Anexa BPO (Mexico), Abu Dhabi Ports Group (UAE), DHL Express (seluruh dunia), Filinvest Alabang Inc. (Filipina), Halkbank (Turki), IBM (AS), LLYC (Sepanyol), Lotte Duty Free (Korea Selatan), MDI Ventures (Indonesia), Megaphone (Australia), MetLife China, Octopus Energy (UK), Ooredoo (Singapura), Sleepm Global Inc. (Kanada), Unicef Cambodia, Viettel Group (Vietnam), Wolters Kluwer Legal & Regulatory A.S., dan banyak lagi.

Perihal Stevie Awards
Stevie Awards dianugerahkan dalam lapan program: Stevie Awards Asia-Pasifik, Stevie Awards Jerman, Stevie Awards Timur Tengah & Afrika Utara, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Stevie Awards untuk Majikan Hebat, Stevie Awards untuk Wanita dalam Perniagaan dan Stevie Awards untuk Jualan & Khidmat Pelanggan. Pertandingan Stevie Awards menerima lebih daripada 12,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 70 buah negara. Memberikan penghormatan kepada semua jenis dan saiz organisasi dan warga kerja di belakang mereka, Stevies mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Stevie Awards di http://www.StevieAwards.com.

Hubungi:
Nina Moore
+1 (703) 547-8389
Nina@StevieAwards.com 

Sumber: The Stevie Awards

--BERNAMA

CHUNGHWA TELECOM SERTAI KONSORTIUM BANDAR PINTAR VIETNAM (VSCC) SEBAGAI PENGASAS BERSAMA

CHT Sertai VSCC Menandatangani MOU, (Kiri ke Kanan), H. L. Liu, Penolong Naib Presiden CHT-I, Hồ Huỳnh Hưng, CEO, DQ Group, Alfonso Vegara,
Pengasas dan Presiden Kehormat, Fundacion Metropoli. (Foto: Business Wire)

 

Kembangkan penyelesaian Bandar Pintar di Vietnam


TAIPEI, Taiwan, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Chunghwa Telecom (CHT) dan VSCC telah menandatangani MOU secara rasmi hari ini dan mengumumkan bahawa CHT menjadi ahli pengasas bersama baharu. Perkongsian dengan Chunghwa Telecom menandakan langkah baharu dalam penciptaan bandar-bandar pintar di Vietnam.

Pada masa ini, konsep bandar pintar Vietnam belum lagi terpiawai, sebagai hasilnya CHTCityOS – Platform Tadbir Urus Pintar yang dibangunkan oleh Chunghwa Telecom boleh menyelesaikan isu dengan baik. Platform ini menyediakan API terpiawai yang boleh disambungkan dengan mana-mana sistem dan menyepadukan semua maklumat ke dalam satu platform. CHTCityOS juga membenarkan pengguna untuk memantau setiap penjuru bandar pada bila-bila masa. Bersama dengan ciri pencetus peristiwa dan fungsi analisis AI, bukan sahaja boleh menghantar pelbagai peristiwa penggera dalam masa nyata malah mengaktifkan peranti atau program secara automatik untuk menambah baik keselamatan bandar dan kesan penjimatan tenaga pintar. Ini boleh memberikan pengurus bandar bantuan dasar yang paling tepat, iaitu salah satu penyelesaian pintar yang paling diperlukan untuk pembangunan bandar-bandar pintar di Vietnam pada masa ini.

Konsortium Bandar Pintar Vietnam diasaskan pada mulanya berdasarkan pada 2 pengasas iaitu Fundacion Metropoli dan Dien Quang. Fundación Metropoli ialah sebuah syarikat asas Eropah dengan pengalaman dalam mencipta ekosistem serantau untuk bandar, landskap bandar dan seni bina; Dien Quang ialah sebuah syarikat yang menyelidik dan membangunkan produk teknologi pintar, serta penyelesaian digunakan secara meluas dalam banyak bidang. Bersama dengan Chunghwa Telecom, pemimpin perkhidmatan telekomunikasi Peringkat 1 Taiwan, VSCC boleh memanfaatkan pengalaman permohonan terbaik Chunghwa pada infrastruktur, Internet dan perkhidmatan pintar 5G yang boleh membantu Vietnam dalam menaik taraf teknologi komunikasi moden. Selain daripada menyediakan penyelesaian pintar 5G yang terkini, Chunghwa Telecom juga boleh menyediakan penyelesaian keseluruhan untuk mengoptimumkan kelajuan sambungan, pengurusan cekap dan pengurusan data besar. Tiga ahli pengasas ini dijangkakan akan membawa sumbangan yang besar kepada bandar-bandar Vietnam.

Chunghwa Telecom berkata: Dengan menyertai VSCC, ia dijangkakan bahawa skala kerjasama dengan rakan kongsi daripada pelbagai negawa akan dikembangkan secara berkesan. Pengalaman yang berharga dalam pembangunan bandar-bandar pintar di Taiwan telah dilanjutkan ke Vietnam. Dengan bantuan pengalaman VSCC dalam reka bentuk seni bina dan penyelesaian pintar Vietnam, Chunghwa Telecom membangunkan lebih banyak peluang dan terus membina pembangunan bandar pintar Vietnam.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53335958/en

Hubungan
Angela Tsai
chofen@cht.com.tw
 
Sumber: Chunghwa Telecom

--BERNAMA

AURA NETWORK BERJAYA MENGUMPUL $4 JUTA DALAM PUSINGAN PEMBIAYAAN PRASIRI DITERAJUI OLEH HASHED DAN COIN98

(Foto: Business Wire)

 Aura Network memulakan tahun 2023 dengan pusingan kutipan dana sebanyak $4 juta yang diterajui oleh Hashed dan Coin98. Dalam keadaan pasaran pada masa ini, Aura Network mengumpul momentum untuk mengharungi tahun yang akan datang.


HANOI, Vietnam, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aura Network telah menutup pusingan kutipan dana sebanyak $4 juta, dengan Hashed dan Coin98 Ventures menerajui bersama pusingan tersebut. Berikutan pengumuman perkongsian khidmat nasihat strategik dengan Republic Crypto, ini merupakan pencapaian komited yang seterusnya menjelang pelancaran Jaringan Utama (Mainnet) kami dalam Q1 2023.

Ini ialah satu daripada kutipan dana yang amat penting untuk Aura Network dengan pelaburan Hashed, firma pelaburan kripto paling berprofil tinggi di Korea Selatan. Dalam tempoh 5 tahun penubuhan firma tersebut, portfolio pelaburan Hashed telah memasukkan lebih daripada 80 projek merentasi pelbagai kategori, iaitu jenama NFT seperti Axie Infinity dan The Sandbox, rangkaian blok rantai seperti Cosmos dan Klaytn, protokol DeFi seperti MakerDAO.

"Hashed amat berbesar hati untuk menyokong Aura Network dalam pusingan prajaringan utamanya. Kami kagum dengan rekod prestasi teknikal Aura Network, yang membolehkannya berkembang menjadi satu daripada penyumbang sumber terbuka paling besar kepada Cosmos,” ulas Joseph Young, Pembantu Kanan Hashed. “Pada asasnya, kami berasa optimistik tentang ekosistem Cosmos dan juga percaya dengan wawasan Aura Network dalam membina lapisan pertama yang menyeluruh, serta berupaya menyokong NFT, permainan dan DeFi yang mampan."

Dalam pusingan kutipan dana ini, Aura Network menyertai beberapa projek Blok Rantai yang terkenal, termasuk GuildFi, Istari Ventures, Republic Crypto dan pelabur tidak formal lain. Tambahan pula, hubungan strategik dengan pelabur dan rakan niaga ini akan menawarkan nasihat mengenai operasi, pembangunan produk dan perniagaan, usaha pemasaran dan banyak lagi.

”Sungguh mengagumkan kerana dapat menyokong Giang dan pasukannya yang berbakat di Aura dari awal dan menyaksikan mereka berkembang setiap hari. Melalui penyediaan lapisan 1 yang boleh dipercayai, sepantas kilat, boleh skala dan berpusatkan NFT, Aura Network ialah padanan yang sesuai dalam usaha mempercepat penerimagunaan NFT dalam pelbagai utiliti di seluruh dunia,” dikongsi oleh Thanh Le, Pengasas Coin98. “Kami amat teruja untuk menyokong Aura, pasukan dengan kebolehan pelaksanaan yang cemerlang, pengetahuan teknikal yang mendalam, asas yang mantap untuk hubungan pengguna dan pembangun, serta komitmen sepenuh hati kepada kualiti dalam usaha menjadikan NFT diterima secara meluas."

Apakah rancangan seterusnya untuk Aura Network?

“Web3 dan NFT akan kekal di sini. Bersandarkan pada penemuan syarikat terdahulu dalam usaha mempelajari banyak perkara tentang tindakan selanjutnya, kami akan menggunakan jumlah dana ini untuk menyediakan kitaran pembangunan seterusnya secara berterusan tanpa mengambil kita apa-apa situasi pasaran,” kata Giang Tran, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Aura Network.

Dana itu diperuntukkan bagi pengembangan ekosistem Aura Network, termasuk meningkatkan bilangan projek dan produk Web3 global yang dibina dalam ekosistem. Bergerak maju ke arah pelancaran Jaringan Utama (Mainnet) dengan tujuan mencapai matlamat tertentu, pada masa ini pasukan pembangunan Aura Network sedang berusaha membina beberapa produk baharu. Jadual untuk melancarkan produk ini akan diumumkan tidak lama lagi dalam hala tuju bagi tahun 2023.

Bersama sokongan kukuh daripada pelabur tidak formal dan rakan niaga, Aura Network akan memacu pertumbuhan penerimagunaan NFT secara besar-besaran dan menjadi satu daripada pembina Web3 yang terkemuka.

Maklumat Tentang Aura Network

Aura Network ialah ekosistem yang dibina untuk mempercepat penerimagunaan NFT global. Aura Network memberikan tumpuan kepada membina Internet NFT dan membawa NFT dan web3 kepada umum.

Laman web | Twitter | Discord | Telegram | Blog

Maklumat Tentang Hashed

Diasaskan oleh pasukan usahawan dan jurutera bersiri pada tahun 2017, Hashed ialah firma blok rantai cemerlang di Asia dengan portfolio yang menjangkau di seluruh dunia.

Laman web | Twitter | Blog | Linkedin

Maklumat Tentang Coin98 Ventures

Coin98 Ventures ialah cabang modal usaha niaga Coin98 Finance, hab pembinaan berasaskan Web3 Vietnam. Firma tersebut berusaha melabur dalam pengasas dengan idea yang mengganggu dan pendekatan berinovatif merentasi tindanan Web3, daripada protokol dan infrastruktur lapisan 1 kepada aplikasi yang menghadap pengguna.

Laman web | Twitter

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53326355/en

Individu untuk Dihubungi
Cik Thu Tran
Aura Network
Ketua Pegawai Operasi (COO)
thu@aura.network
 
Sumber: Aura Network

--BERNAMA

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...