FPT Software dan Anaplan Asia Pacific Mengadakan Perkongsian bagi Meningkatkan Prestasi Perusahaan di seluruh Asia Tenggara (Foto: Business Wire) |
Gabungan tersebut meluaskan capaian Anaplan kepada segmen pelanggan baharu dalam portfolio peneraju transformasi digital dunia FPT Software di seluruh rantau Asia Tenggara. Pelanggan perniagaan akan dapat merangsangkan prestasi dengan perancangan seluruh perusahaan, pengumpulan dan analisis data. Tambahan pula, dengan memanfaatkan keupayaan kedua-dua belah pihak, perkongsian itu juga memberikan tumpuan kepada menggalakkan kerjasama berterusan dalam kalangan jabatan kewangan dan operasi.
Sebagai rantau perdagangan dan penggunaan keempat terbesar di dunia, dengan satu daripada segmen celik digital terbesar, perniagaan di Asia Tenggara terus melabur dalam membina keupayaan dan teknologi digital baharu bagi mengekalkan daya saing. Penyelidikan oleh Altimeter mendedahkan bahawa sebilangan besar pemimpin di Asia Tenggara (72%) bukan sahaja secara aktif menaja transformasi digital ini, malah mereka juga menganggap transformasi digital sebagai satu daripada tiga keutamaan perniagaan paling penting bagi mereka pada tahun yang akan datang.
Dipimpin oleh Kumpulan Transformasi Digital FPT Software, perkongsian itu menggabungkan kepakaran FPT Software dalam memanfaatkan teknologi digital dengan platform perancangan bersambung Anaplan. Pelanggan FPT Software dalam beberapa industri: automotif, pembuatan, logistik & pengangkutan dan utiliti akan dapat memanfaatkan kuasa unik keupayaan perancangan, peramalan dan membuat keputusan Anaplan. Lantaran, meningkatkan prestasi kewangan, rantaian bekalan, jualan, pemasaran dan tenaga kerja syarikat masing-masing. Bersama penyelesaian perancangan yang menyambungkan data dan menerangi titik buta merentasi jabatan, perusahaan boleh membina sumber kebenaran tunggal, menghapuskan keperluan kepada anggaran dan mengakses kecerdasan yang diperlukan untuk bersedia menghadapi masa depan yang tidak menentu dengan penuh keyakinan.
“Perkongsian dengan Anaplan akan membolehkan FPT Software meluaskan jangkauannya dalam portfolio perkhidmatan Transformasi Digital. Kami berasa gembira kerana Anaplan berkongsi wawasan yang sama dalam infrastruktur awan sambil membawa masuk tawaran berguna dalam perancangan perniagaan. Melalui perkongsian dengan Anaplan ini, kami mempersiapkan diri untuk berusaha keras demi mengukuhkan keupayaan kami dalam Perancangan Kewangan Awan bagi membantu pelanggan kami dengan lebih baik, terutamanya syarikat dalam Fortune 500, kerana perusahaan ini mempunyai pandangan yang mantap berkenaan strategi perniagaan,” ikrar Frank Bignone, Naib Presiden Transformasi Digital Global FPT Software.
Mark Micallef, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Anaplan berkata: “Perusahaan di seluruh Asia Tenggara daripada banyak industri telah menerima Anaplan untuk mempercepat dalam membuat keputusan, memacu kecekapan dan kekal berdaya tahan. Kerjasama kami dengan FPT Software akan membolehkan pelanggan mencipta sokongan digital untuk organisasi masing-masing dan membina rancangan yang tangkas, serta berpandangan ke hadapan yang menyemarakkan inovasi dan pertumbuhan merentasi kewangan, rantaian bekalan, tenaga kerja dan jualan dengan penuh keyakinan.”
FPT SOFTWARE DAN ANAPLAN ASIA PACIFIC MENGADAKAN PERKONGSIAN BAGI MENINGKATKAN PRESTASI PERUSAHAAN DI SELURUH ASIA TENGGARA |
No comments:
Post a Comment