Friday, February 10, 2023

WORLD MODE MALAYSIA: PAKAR PERUNDING PERUNCITAN FESYEN TERKEMUKA JEPUN KINI DI MALAYSIA

 

Perkhidmatan WM Malaysia (Grafik: Business Wire)

World Mode Malaysia menyasarkan untuk membina komuniti seramai 1,000 orang peruncit profesional yang berkelayakan di Malaysia menjelang akhir tahun 2023

TOKYO & KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- World Mode Holdings Group (WMH Group) bersedia untuk memartabatkan industri peruncitan kecantikan dan fesyen di negara ini dengan menubuhkan World Mode Malaysia (WM Malaysia) dan mula menawarkan perkhidmatan pada Februari 2023. WM Malaysia merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan WMH Group ke beberapa buah pasaran baharu lain termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam.

WMH Group ialah pakar perunding peruncitan fesyen dan kecantikan terkemuka Jepun dengan rekod terbukti meningkatkan kehadiran jenama pelanggannya dalam landskap runcit yang sentiasa berubah, memiliki pegangan pasaran terbesar bagi merekrut profesional jualan untuk industri fesyen dan kecantikan Jepun.

Kehadiran WM Malaysia di Malaysia menyokong komitmen negara untuk menghidupkan semula dan mengubah suasana peruncitan dengan memberikan sokongan profesional dan perkhidmatan perundingan untuk meningkatkan ciri kemahiran kakitangan industri peruncitan. Dengan senarai pengiktirafan dan rekod prestasi yang terbukti di Jepun, Singapura, Vietnam, Australia dan Taiwan, WMH Group percaya bahawa mereka berada dalam kedudukan utama untuk melatih kakitangan runcit bagi generasi akan datang melalui penyelesaian dan metodologi bersepadu yang disesuaikan.

“Kami mempunyai pegangan pasaran terbesar dalam penempatan kerja peruncitan yang berjaya di Jepun, setelah berjaya menempatkan 120,000 kakitangan runcit dalam senarai panjang pelanggan kami yang berjumlah sekitar 1,200 pelanggan dengan kebanyakannya dalam industri fesyen dan mewah. Perkhidmatan pengambilan dan latihan untuk peruncit profesional kekal sebagai perniagaan terbesar kami di WMH. Kami ingin membawa kepakaran kami ke Malaysia dan memperkenalkan konsep 'Kerja Impian'. Konsep ini mewakili sokongan yang boleh kami berikan untuk menjadikan impian peruncit profesional agar berjaya dalam kerjaya peruncitan menjadi kenyataan.”, kata Shinsuke Kafuku, Ketua Pegawai Eksekutif WMH Group.

Terdapat 6 tonggak perniagaan di bawah pelbagai kepakaran perundingan oleh WMH Group, iaitu iDA, BRUSH, Four Ambition, AIAD, AIAD LAB dan Visual Merchandising Studio; setiap tonggak mengkhususkan dalam pelbagai aliran perkhidmatan seperti pengambilan pekerja, penempatan, latihan, pengurusan operasi kedai, pemasaran digital, E-dagang, CRM, promosi kedai, teknologi runcit dan barang niaga visual. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16798

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...