En. Aalok Kumar, Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global (Gambar: Business Wire)
● Aalok Kumar kini adalah Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Bandar Pintar Global dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, NEC Corporation India Pvt. Ltd.
● Beliau akan memimpin Perniagaan Bandar Pintar Global, dan pelan jangka panjang NEC termasuk menubuhkan Pusat Keunggulan Bandar Pintar global di India.
DELHI, India, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NEC Corporation India, sebuah anak syarikat milik penuh NEC Corporation, telah mengumumkan kenaikan pangkat Aalok Kumar sebagai Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global.
Aalok akan terus memimpin perniagaan di India dan memperkukuhkan kedudukan strategik India bagi NEC Group secara keseluruhan. Beliau akan meneruskan usaha dalam membina kerjasama dengan kerajaan dan sektor swasta, selaras dengan visi syarikat "Di India, untuk India" dan "Dari India, untuk global". Aalok akan mengambil alih peranan global baru sebagai Pegawai Korporat dan Naib Presiden Kanan serta Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global. Sebagai sebahagian daripada Pasukan Pengurusan Korporat NEC, beliau bertanggungjawab untuk membangunkan perniagaan global dengan merangkaikan pengalaman globalnya yang unik.
En. Takayuki Morita, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NEC Corporation mengulas tentang kenaikan pangkat tersebut, "Dengan memimpin beberapa projek utama kami bagi organisasi awam dan swasta semasa bekerja di NEC Corporation India, Aalok telah memainkan peranan yang penting dalam meneguhkan kedudukan NEC Corporation sebagai rakan transformasi digital yang dipercayai oleh kerajaan dan perusahaan di India. Kedudukan baru beliau sebagai Pegawai Korporat dan ahli pengurusan NEC yang memimpin India menunjukkan kepentingan India bagi NEC dan komitmen NEC terhadap India."
Objekif NEC ialah pembinaan vertikal Bandar Pintar Global yang kukuh, dan diwakili oleh bakat dari seluruh dunia dengan kepakaran teknologi yang mendalam dan pengalaman yang meluas. India akan memainkan peranan penting dalam membentuk impian ini. Dengan memanfaatkan kepakaran Aalok dalam mendorong transformasi digital di India dan pengalaman yang diperoleh daripada projek bandar pintar yang telah dilaksanakan di negara ini, pencapaian impian ini akan dipercepatkan. Pada jangka panjang, beliau akan berusaha untuk menubuhkan Pusat Keunggulan Bandar Pintar global di India, dengan demikian mempercepatkan realisasi visi syarikat untuk mengembangkan penyelesaian "Dari India, Untuk Global".
Aalok Kumar telah menamatkan pengajian di St. Stephens College, Delhi dan Institut Pengurusan India, Ahmedabad. Beliau membawa hampir tiga dekad pengalaman dalam jawatan kepemimpinan kanan dalam transformasi perniagaan, peningkatan prestasi, dan pengembangan margin. Sebelum menjabat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di NEC India pada tahun 2020, beliau pernah menjadi Naib Presiden Kanan di McKinsey & Company. Beliau juga pernah bekerja di syarikat seperti GE Healthcare, GE Capital dan ABN Amro Bank.
"Dengan rendah hati saya menerima peluang yang diberikan oleh kepemimpinan global. Saya beruntung memimpin pasukan yang amat cemerlang di India, dan dengan bakat dan dukungan mereka yang tak tertandingi, kami telah berhasil mencapai beberapa tonggak penting untuk NEC Corporation India selama ini. Saya berharap dapat memenuhi tanggungjawab peranan baru ini dan akan berusaha untuk membawa NEC ke puncak yang lebih tinggi dengan kolaborasi yang erat bersama seluruh pasukan," kata Aalok Kumar, Pegawai Korporat & Naib Presiden Kanan - Ketua Perniagaan Bandar Pintar Global & Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, NEC Corporation India Pvt. Ltd.
Sebagai sebahagian daripada perubahan organisasi NEC Corporation, unit perniagaan dan struktur pengurusan organisasi sedang mengalami proses penyelarasan dan konsolidasi pada peringkat global. Selaras dengan visi syarikat iaitu "2030VISION", NEC bertujuan untuk memperkuat tadbir urus korporat dan meningkatkan kecekapan pengurusan untuk merangsang pertumbuhan tonggak perniagaan globalnya. Ini akan membantu NEC Corporation mencapai Rancangan Pengurusan Pertengahan Tempoh 2025 dan meningkatkan nilai korporat jangka sederhana dan jangka panjang sebagai suatu syarikat teknologi global.
Mengenai NEC Corporation India (NEC India)
NEC merupakan pemimpin dalam pengintegrasian teknologi IT dan rangkaian dan membawa hampir 125 tahun pengalaman dalam inovasi teknologi untuk menyediakan penyelesaian bagi pemberdayaan manusia, perniagaan, dan masyarakat. Beribu pejabat di Jepun, NEC memulakan operasinya di India pada tahun 1950-an dan mempercepat pertumbuhannya melalui pembukaan perniagaan di pasaran global. NEC di India memperluaskan perniagaannya dari telekomunikasi ke keselamatan awam, logistik, pengangkutan, runcit, kewangan, komunikasi bersatu, dan platform IT, memberi perkhidmatan kepada kerajaan, perniagaan, serta individu. Dengan Pusat Keunggulan untuk penyelesaian platform analitik, data besar, biometrik, mudah alih, dan runcit, NEC di India menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian baru yang inovatif untuk India dan pasaran global.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://in.nec.com/
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53335907/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi Kami
Arvind Saxena: arvind.saxena@india.nec.com
Sumber: NEC Corporation India
No comments:
Post a Comment