DALLAS, 15 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kecantikan dan keusahawanan ikonik Mary Kay Inc., pada hari ini mengumumkan pelantikan Sheryl Adkins-Green sebagai Ketua Pegawai Pengalaman. Dalam peranan baharu ini, Adkins-Green akan menyokong kejayaan jutaan perniagaan Perunding Kecantikan Bebas melalui pengalaman pelanggan berintegrasi 360 darjah.
“Tiada yang lebih penting di Mary Kay selain pengalaman yang memberikan kepuasan kepada Perunding Kecantikan Bebas kami dan pelanggan mereka,” kata Nathan Moore, Presiden Jualan & Pemasaran Global di Mary Kay. “Pengalaman Sheryl sebagai pemasar yang mengutamakan pelanggan dengan menitikberatkan pada perkhidmatan yang tiada bandingannya membuatkan wajar bagi beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengalaman kami. Beliau mempunyai minat yang terlalu mendalam dengan peluang di Mary Kay dan kami amat teruja untuk melihat sejauh mana strategi global beliau akan terus membuat perubahan dalam kehidupan wanita di seluruh dunia.”
Adkins-Green, yang telah bersama Mary Kay sejak tahun 2009, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Beliau akan terus memimpin Bahagian Pengalaman Jenama Global dan agensi kreatif dalaman syarikat yang mencipta kempen pemasaran, aset reka bentuk berbilang media, kandungan media sosial dan komunikasi digital berintegrasi yang membolehkan Pasukan Jualan Bebas menawarkan pengalaman kecantikan peribadi dan perkhidmatan yang disesuaikan kepada pelanggan mereka. Melalui gabungan penyelidikan, analisis data dan ramalan trend, Adkins-Green dan pasukan beliau akan menduga keperluan dan jangkaan Perunding Kecantikan Bebas dan pelanggan mereka di lebih daripada 35 negara.
No comments:
Post a Comment