TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam kumpulan NTT, pada hari ini mengumumkan pelancaran segera kit pembangunan perisian (SDK) SkyWay yang diperbaharui. SDK SkyWay baharu menjadikannya lebih mudah melaksanakan komunikasi suara, video dan data masa nyata untuk aplikasi dan laman web berbanding sebelum ini.
Orang ramai yang berminat merancang atau membangunkan perkhidmatan komunikasi dalam talian boleh memohon untuk menghadiri webinar percuma secara peribadi (50 orang) atau secara dalam talian (100 orang) untuk mengetahui tentang SDK SkyWay yang diperbaharui di ibu pejabat NTT Communications di Tokyo mulai dari 3:00 petang (JST) pada 23 Februari.Mudah digunakan dan disokong dengan dokumentasi meluas, SkyWay tidak memerlukan kemahiran teknikal atau pengetahuan khas dalam komunikasi suara/video atau membina pelayan dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi, seperti pelajaran dalam talian, Internet Benda (IoT) dan robot. Sehingga kini, SkyWay telah digunakan untuk pembangunan lebih daripada 20,000 perkhidmatan.
SkyWay sesuai untuk format panggilan pelbagai termasuk suara dan video, panggilan seorang ke seorang dan kumpulan, serta komunikasi video semasa berkongsi skrin. Perisian ini juga merupakan SDK berbilang platform untuk membangunkan perkhidmatan komunikasi yang sesuai dengan kategori industri dan perniagaan tertentu. SkyWay memastikan komunikasi masa nyata yang berkualiti tinggi, sebagaimana yang dibuktikan oleh kadar masa hidup perkhidmatannya sebanyak 99.96% pada tahun fiskal 2021. Perisian ini juga mencapai panggilan luar negara yang berkualiti tinggi dengan menyediakan pelayan untuk menyampaikan komunikasi ke/dari Asia, Amerika Utara dan Eropah¹. Di samping itu, SkyWay boleh digunakan secara percuma untuk tujuan pengesahan dan pembangunan perkhidmatan sehingga perkhidmatan pengguna benar-benar berjaya dilancarkan. Tambahan pula, yuran diselaraskan mengikut skala perkhidmatan dan pengebilan dibuat berasaskan bayar waktu keluar.
No comments:
Post a Comment