Saturday, February 11, 2023

RAKAN KONGSI GLOBAL MENGUMUMKAN INOVASI UNTUK PENGURUS MARIN BAGI MEMBANTU LAUTAN KITA DENGAN SOKONGAN SEKTOR SWASTA DARIPADA MARY KAY INC.




Projek Merintis Platform Inovatif dan Mudah Diakses dengan Panduan Yang Membantu, Alat Sokongan Keputusan dan Pengetahuan Praktikal untuk Pengamal Marin


VANCOUVER, Kanada, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengurus dan pengamal pemuliharaan lautan, pakar global dan pegawai peringkat tinggi telah bersidang dalam Kongres Kawasan Perlindungan Marin Antarabangsa Kelima (IMPAC5) dari 3-9 Februari di Vancouver, Kanada untuk menyatakan pendirian melindungi lautan.

IMPAC5 terkenal sebagai persidangan terunggul untuk pertukaran pengetahuan dalam komuniti global pengurus, pengamal dan pembuat keputusan pemuliharaan marin. Persidangan ini memberi peluang untuk menyerlahkan sains terkini dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik bagi mengukuhkan pemuliharaan biodiversiti marin dan melindungi warisan semula jadi serta budaya lautan.

Satu simposium di IMPAC5 yang bertajuk “Inovasi dalam Meningkatkan Kawasan Perlindungan Marin (MPA)” telah menyediakan pratonton eksklusif tentang platform dalam talian baharu untuk perancangan dan pengurusan MPA. Platform pembelajaran ini memberi panduan kepada perancang dan pengamal MPA melalui pendekatan praktikal untuk menangani cabaran utama yang dihadapi oleh mereka. Simposium ini memperdengarkan suara dari semua aspek pemuliharaan marin dan menekankan kepentingan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan pengurusan lautan antara semua pihak berkepentingan pada setiap peringkat.

Terdapat keperluan mendesak untuk mengukuhkan usaha kita di seluruh dunia bagi meningkatkan kawasan marin yang dilindungi memandangkan lautan yang dilindungi secara berkesan adalah kurang daripada 3%. Kita juga mesti meningkatkan keberkesanan kawasan perlindungan marin untuk mencapai matlamat pemuliharaan dan kelestarian kawasan ini.  Kerangka Kerja Biodiversiti Global yang diguna pakai baru-baru ini merangkumi objektif utama untuk melindungi 30% daripada kawasan daratan dan marin planet ini dan memulihkan tanah serta pemandangan laut yang telah mengalami degradasi menjelang tahun 2030.

Dr. Lizzie McLeod, Ketua Terumbu Global untuk The Nature Conservancy berkata, “Memperoleh pengajaran dan amalan terbaik di seluruh dunia untuk mencapai sasaran tinggi dalam pengurusan lautan ialah keutamaan pemulihan termasuk penciptaan bersama penyelesaian dengan rakan kongsi utama.”

Dengan memanfaatkan inovasi saintifik dan teknologi baharu serta amalan terbaik global, pengurus marin lebih berkeupayaan menangani ancaman utama yang dihadapi oleh ekosistem marin di seluruh dunia. “MPA amat penting untuk kesihatan dan pembangunan lestari lautan.  Tetapi ia tidak sentiasa berkesan tanpa sokongan yang meluas.  Alat sokongan keputusan yang mendayakan reka bentuk dan pengurusan MPA yang diperbaik, perkongsian pengetahuan dan kolaborasi diperlukan untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada pihak berkepentingan marin demi perlindungan lautan yang lebih baik,” kata Ole Vestergaard, Pegawai Program, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Mary Kay gembira untuk menyokong TNC, dengan kerjasama UNEP dan pakar lain dari seluruh dunia, dalam usaha untuk melindungi aset dunia kita yang paling berharga: lautan,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay. “Organisasi ini berada di barisan hadapan dalam perjuangan untuk memulihara kawasan perairan dan kami berharap dengan sokongan pembiayaan Mary Kay, mereka akan mempunyai alat dan sumber yang diperlukan untuk memastikan lautan kita sihat untuk generasi akan datang.”

Perihal The Nature Conservancy

The Nature Conservancy ialah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara daratan dan perairan yang amat penting bagi semua kehidupan. Dengan panduan sains, kami mencipta penyelesaian inovatif secara langsung kepada cabaran yang paling besar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah dihadapi sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara lestari serta membantu menjadikan bandar lebih lestari. Kami bekerja di 79 buah negara dan wilayah serta menggunakan pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Perihal Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP)

UNEP ialah suara global terkemuka tentang alam sekitar. Ia memberikan kepimpinan dan menggalakkan kerjasama dalam penjagaan alam sekitar dengan memberi inspirasi, memaklumkan dan mendayakan negara serta orang untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka tanpa menjejaskan generasi akan datang.

Perihal Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash telah menubuhkan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 35 buah negara.  Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, perangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan nutrisi dan wangian yang termaju. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini demi hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang bertumpu pada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka.  Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami di Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16799

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...